Terung berbuah sulung tapi punyalah besar. Seronok tengok pokok sayur subur begini. Ini adalah hasil usaha Nur Allia Zahra yang hanya berkebun di depan rumah saja. Memang tak rugi berbudi pada tanah.
Hantaran yang dikongsi oleh beliau di Facebook telah mendapat respon ramai yang turut memintanya berkongsi cara penanaman yang dilakukan. Berikut adalah perkongsian daripada beliau;
Cara tanam pokok terung supaya hasil buahnya subur & besar
Terung saya dah berbuah, yang besar itu semua buah sulung. Suami saya memang teruja, seronok berkebun depan rumah saja.
-Semai – dari biji benih
Ads
-Tanah – guna tanah hitam campur tanah kuning dan cocopeat.
-Baja – saya guna Yara 3×16
-Kawalan serangga – pakai Strex (masa pokok masih kecil dah sembur)
Ads
-Siram – waktu petang saja supaya kelembapan lebih tahan lama.
Cuti hujung minggu atau musim cuti sekolah Cameron Highland selalunya masih dalam destinasi percutian jangka pendek.
Suasana sejuk dan nyaman buat kita rasa seolah-olah di luar negara. Tak dapat ke sana Cameron Highland pun jadilah. Kalau hujung minggu ini ada yang nak ke sana, pastikan anda sampai ke 16 tempat ini. Barulah berbaloi.
1. Boh Tea Center
Ada dua ladang teh Boh di Cameron Highland, iaitu Boh Tea Center Ringlet dan Boh Tea Center Sungai Palas. Memang terbaik untuk relaks dan menikmati pemandangan indah ladang teh yang menghijau. Waktu operasi: 8.30am – 4.30pm.
2. Bharat Tea
Tidak seperti lokasi Boh Tea Centre, Bharat Tea lebih senang untuk dikunjungi. Di sini juga boleh beli teh-teh keluaran Bharat Tea. Waktu operasi: 9.00am – 6.00pm
3. Big Red Strawberry Farm
Ada macam-macam produk makanan berasaskan strawberi yang korang boleh dapatkan di sini. Antaranya adalah seperti waffle, aiskrim sundae, muffin, tart, scone, milkshake dan banyak lagi.
4. Kebun strawberi
Di Cameron Highland ada beberapa kebun strawberi yang boleh dikunjungi. Di sini bolehlah petik sendiri strawberi, fefiling oversea. Antara tempatnya adalah: KHM Strawberries & Jam, Kampung Taman Sedia, Tanah Rata, EQ Strawberry Farm, Brinchang, Kok Lim Strawberry Farm, Brinchang, Raju’s Hill Strawberry Farm
5. Cactus Valley Farm
Bagi yang minat tumbuhan kaktus mesti rambang mata kalau datang ke Cactus Valley Farm ni. Daripada sekecil-kecil saiz kaktus, sampailah yang paling besar pun ada.
Waktu operasi: 8.00am-6.00pm
6. Cameron Adventurous
Siapa kata datang Cameron Highland kena buat aktiviti petik strawberi je? Korang boleh juga cuba aktiviti lasak seperti menaiki 4×4 Safari, ATV Safari dan ATV Extreme di ladang teh. Style gila kan? Dengan cuaca sejuk buat aktiviti ekstrem, confirm syok gila.
Waktu operasi: 9.00am – 6.00pm
7. Pasar Kea (Kea Farm)
Pasar sayur-sayuran yang terletak di puncak di antara Tringkap dan Brinchang. Sayurannya segar dan kebanyakkannya lebih murah berbanding tempat lain. Bukan sayur je, pelbagai jenis bunga segar juga korang boleh dapatkan disini.
Waktu operasi: 8.30am – 6.00pm
8. Pasar Malam Pekan Brinchang
Kalau pasar Kea jualannya siang hari, waktu malam boleh pergi ke sini. Jualannya sama seperti di Pasar Kea ada segala jenis sayuran dan buah-buahan yang segar jagung, strawberi & cili capsicum. Segar & manis. Susu segar old school pun ada di jual disini.
Waktu Operasi: Jumaat – Sabtu (6.00pm – 11.00pm)
9. Lavender Garden
Taman ini bukan hanya khusus untuk tuumbuhan lavender, malah ia juga menggabungkan dengan bunga-bungaan yang lain. Kalau nak try aiskrim color purple, disinilah tempatnya.
Waktu operasi: Isnin – Khamis (9.00am – 6.00pm), Jumaat – Ahad (9.00am – 7.00 pm)
10. Avant Chocolate
Avant Chocolate telah menanam strawberi dan menghasilkan coklat terbaik sejak 1995 lagi. Kalau anda peminat coklat, mesti akan rambang mata sebab ada macam-macam jenis coklat dekat sini. Aiskrim pun ada. Waktu operasi: 9.00am – 6.30pm.
11. Time Tunnel Museum
Untuk korang yang dah masuk fasa ‘faktor usia’ mesti suka pergi muzium ini mempunyai koleksi bahan pameran yang mungkin kita pernah guna waktu kanak-kanak dulu. Barang pamerannya juga unik dan menarik. Waktu operasi: 9.00am – 6.00pm.
12. Nasi Lemak Sambal Strawberi
Macam mana rasanya nasi lemak sambal strawberi ni eh? Ha, korang kena la datang sendiri untuk mencuba menu ini di 200 Seeds Café. Ada yang datang dari jauh semata-mata nak cari nasi lemak ni tau. Waktu operasi: 8.00am – 8.00pm
13. Rose Centre
Peminat bunga ros mesti ‘gila’ kalau ada kat sini. Ada lebih daripada 100 jenis bunga mawar, termasuklah yang berwarna hitam dan hijau. Waktu operasi: 8.00am – 6.00pm
14. Taman Agroteknologi Mardi Cameron
Buat mereka yang suka bercucuk tanam, jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi Taman agroteknologi Mardi ini. Ada bermacam macam tanaman seperti Strawberi, Markisa, Epal & bunga tanah tinggi di tanam di sini. Taman ini satu ketika dulu digunakan oleh penjajah sebagai pusat penyelidikan tanaman-tanaman seperti teh. Waktu lawatan: Di buka dari jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang
15. Cameron Square
Satu satunya kompleks membeli belah di Cameron Highland untuk kita membeli belah.
Di dalam kompleks membeli belah ini terdapat banyak butik & kedai. Antanya 3D Art Muzium.
Bayaran masuk untuk dewasa RM18, dan untuk kanak kanak pula RM10. Waktu Operasi: Isnin – Ahad. Dibuka dari 10am hingga 10pm.
16. Air Terjun Robinson
Kalau nak kelainan daripada melawat ladang teh dan petik strawberi,boleh cuba aktiviti jungle trekking atau mandi manda di air terjun Robinson.
Bendi goreng memang sayur kegemaran ramai tapi kalau tak betul cara masak, sayur ini akan berlendir. Ini menyebabkan bendi jadi lembik dan kurang rangup. Tak syok makan.
Untuk elakkan sayur bendi yang digoreng ini jadi sedemikian boleh ikut tip yang dikongsi oleh Mohd Rozmie.
2. Toskan bendi dan biarkan kering. Kalau nak cepat, boleh keringkan dengan tisu dapur. Jangan dipotong lagi bendi tersebut.
3. Jangan goreng bendi dengan bawang besar untuk elakkan berlendir.
4. Waktu masukkan bendi dalam kuali baru dipotong. Kalau potong awal bendi akan lebih berlendir
5. Selepas masukkan bendi dalam kuali, besarkan api, goreng dalam keadaan api sedikit besar.
6. Jangan dimasukkan air dalam bendi yang digoreng, sebab bendi itu sendiri akan berlendir. Kalau ditambah air menyebabkan lendir makin banyak.
Bahan-bahannya:
Bendi
1 keping tauhu putih
Ikan bilis (segenggam)
6 ulas bawang putih (ketuk/ potong kasar)
1 biji cili merah (potong serong nipis)
Garam
Cara membuat:
1. Panas minyak dalam kuali.
2. Masukkan bilis dan goreng bilis sehingga keperangan.
3. Bila ikan bilis dah keperangan masukkan tauhu basah yang dipotong dadu.
4. Bila tauhu keperangan baru masukkan bawang putih. Tumis sampai bahan-bahan ini garing sedikit. Masukkan sedikit garam, sesuaikan rasanya. Garam jangan lebih kerana bilis dah masin.
5. Masukkan bendi yang dah dipotong dan cili merah, baru dibesarkan api. Gaul bendi hingga sebati dengan bahan tadi.
Kalau suka makan ulam elok sangat cuba tanam salad kerinting ini di rumah. Boleh tanam dalam pasu dan cara penanamannya juga ringkas. Paling best lebih kurang sebulan kita dah boleh makan hasil salad yang ditanam sendiri.
Bila tengok, pokok salad kerinting ini naik segar memang seronok dan puas hati. Bagi korang yang nak cuba tanam sendiri, boleh guna panduan yang dikongsi oleh Syed Petani Muda.
Menurut beliau sebaiknya jika mahu tanam salad ini cari biji benih yang berkuali tinggi kerana lebih cepat bercambah.
1. Cari biji benih berkualiti tinggi. Biji benih begini dalam 2 hari dah pecah mata (bercambah).
2. Sediakan medium cocopet/sabut hancur.
3. Tabur biji benih atas sahaja dan tutup dengan cocopeat tipis-tipis.
4. Pastikan cocopet sentiasa berada dalam keadaan lembap selalu.
5. Siram dengan air kosong sahaja. Jika nak baja sedikit pastikan dos yang rendah.
6. Bila dah ada lebih kurang 3-4 helai daun boleh pindah anak pokok dalam bekas yang lebih besar sedikit.
7. Sebaiknya untuk satu pasu tanam 1-2 pokok salad saja.
8. Boleh gunakan tanam yang dicampur dengan baja organik.
9. Siram setiap hari
10. Salad ini sudah boleh dituai dalam masa lebih kurang satu bulan. Caranya sama ada dengan kaedah cabut semua atau potong beberapa helai, dan daun salad akan tumbuh semula.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...