Ramai yang memilih untuk mengecat sendiri kediaman terutama di bahagian dalam untuk menjimatkan kos. Maklumlah upah mengecat pun mahal juga sekarang.

Tapi sebelum mula melakukannya sendiri elok jika mengetahui kerja asas untuk mengecat dinding rumah. Supaya hasilnya cat bukan saja cantik, sekata tapi juga tahan lama.

Tip ini dikongsi oleh Ben Safwan yang selalu berkongsi kerja-kerja bertukang di rumah.

Cara Kerja Asas / Pilihan Untuk Cat Dinding Rumah

Kerja Asas Kena Tahu Kalau Nak Cat Sendiri Dinding Rumah

1. Atasi dulu masalah pada dinding

Kalau ada masalah kelembapan dinding, kena rawat masalah kelembapan dulu baru cat. Kalau pakai cat waterproof sekalipun,kelembapan dari dalam dinding akan tolak cat. Sebab ianya rosak dari dalam. Cat hanya melindungi dari luar.

Kalau dinding tak sama atau berlekuk pun kena setelkan dengan plaster atau tampal putty wall tutup lubang,tempat terkopek sebelum gosok dengan kertas pasir bagi rata baru boleh mula mengecat. Baru rata cantik sedap mata memandang. Bila dah selesai semua baru boleh guna step di bawah ini.

Ads
2. Guna undercoat, Asas, Primer, Sealer

Ia merujuk kepada lapisan pertama. Antara dinding bata dinding simen plaster dengan lapisan cat nanti. Untuk pegang cat, tutup sedikit kelembapan, atau kalau dinding asal warna A nak tukar warna B,pakai juga lapisan ini.

Ada yang guna satu lapisan . Seeloknya dua lapisan. Baru masuk cat warna Harga cat macam-macam ikut jenama ya dan jenis ya. Dari rendah ke tinggi. Ikut poket sendiri.

3. Cat Warna

Pilih cat apa yang disukai. Macam saya guna Nippon. Cat warna Ungu 1 (0.87 liter sebenar) harga RM162. Kalau pakai warna putih 5 liter RM152. Harga cat bewarna lebih mahal dari cat warna putih disebabkan penggunaan pigment dan harga ini bergantung pada jenama,kelebihan dan sebagainya.

Ads
Selain itu:  Pintu Kabinet Dapur Ini Buat Guna Board Plastik & Railing Langsing Saja. Tapi Hasilnya Kemas & Bajet

Seeloknya 2 lapisan. Kalau cat warna ,jangan tunggu lama untuk selesaikan lengkap satu-satu kawasan. Baru cantik seragam warna dia. Seeloknya buat dan selesaikan bahagian demi bahagian dinding.

Boleh pilih nak warna tak nak berkilat ( Matt ) berkilat sikit je ( Glossy Matt ) atau berkilat ( Glossy )

Kerja Asas Kena Tahu Kalau Nak Cat Sendiri Dinding Rumah

Ads
4. Lapisan Akhir / Clear Coat

Ia untuk melindungi cat terutama cat putih. Contoh kalau kena air kunyit pada lapisan yang telah disapu clear coat, mudah tanggal dan tak merebak pada cat putih lain. Fungsi melindungi cat dari kotor dan menaikkan seri serta bagi warna tahan lama.

Bukan guna seluruh rumah tapi guna pada bahagian tertentu seperti di dapur,di feature wall, di bahagian tv supaya lebih cantik lebih menarik. Cat nampak lebih lembab, naik warna, selain melindungi bahagian itu.

Sama juga ada pilihan tak nak berkilat ( matt ) atau berkilat ( Glossy )
Secara asasnya,ini lah cara kerja dan clear coating ini adalah pilihan sama ada nak guna atau tak.

Sumber: Ben Safwan

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI