‘Hijrah Aku Pada Tarikh Hijrah Nabi,’ Farah Lee Bawa Diri & Maream Ke U.K. Beri Inspirasi Pada Ibu Tunggal Untuk Kejar Impian

Share

 

 

 

Farah Lee nama yang tidak asing lagi di medium media sosial. Bukan sekadar terkenal sebagai usahawan hijab tapi juga kerana kegigihan dan ketabahannya sebagai ibu tunggal yang meneruskan kehidupan bersama seorang anak.

Terbaru dia terus menginspirasikan wanita bila melakukan hijrah diri. Bersamaan dengan tahun baru Hijrah 1440 Farah terbang ke United Kingdom (UK) mengejar impiannya menyambung pengajian dalam bidang Pendidikan Kanak-kanak di University Of Leeds.

” MA in Chidlhood Studies University of Leed. 10.09.18 and the journey begins.”
Hijrah aku pada tarikh hijrah Nabi. Salam Maal Hijrah. Moga penghijrahan ini membahagi kebaikan.

Demikian tulis Farah dalam satu status di instagramnya yang kemudian diikuti status dia selamat sampai di UK.

Rumah untuk setahun

Melalui perkongsiannya lagi, Farah akan berada di UK selama setahun selain turut dilihat membawa anaknya Maream Esabel, 4 tahun.

Status penghijrahan Farah ini juga mendapat reaksi dari pengikutnya. Selain dari ucapan tahniah penghijrahan bekas isteri Ally Iskandar ini juga memberi semangat dan inspirasi buat mereka mengejar impian.

Farah, 29 tahun sebelum ini pernah melanjutkan pengajian di Korea Selatan dalam bidang kejuruteraan.

Ok VK pun terinspirasi untuk sambung belajar. Chaiyok!

 

Sumber: farahlee_

 

 

 

 

IKLAN