Idea ‘Cover’ Dinding Banyak Suis Supaya Nampak Kemas. Buat Kabinet Pelbagai Guna Macam Ni

Share

Dalam rumah selalu ada bahagian dinding yang banyak suis.  Di situlah kotak loceng rumah, suis kipas, lampu, kotak elektrik atau Main Circuit Breaker (MCB) dan kadang-kadang situlah tempat kita gantung kunci.

Bagi yang suka rumah dalam keadaan tersusun, mungkin akan nampak ruang dinding ini tak kemas dan mencari cara untuk memastikan ia nampak teratur atau menutupinya. Antara idea yang boleh dipraktikkan adalah dari Siti Fatimah Ahmad

ini.

Idea cover dinding banyak suis

Sebelum ini kalau ambil pic mesti dinding ni dielakkan. Rasa macam tak elok gambar yang diambil sebab kedudukkan suiz, loceng dan kotak MCB yang berselerak.

Jadi saya build in satu kabinet untuk cover semua bahagian dan cuba pelbagaikan kegunaan untuk menyimpan kunci dan bil- bil rumah.. Taraa ini lah hasilnya…

Boleh panggil tukang buat kabinet buat macam ni. Selain ‘cover semua suis dan kotak MCB, kabinet ini juga pelbagai guna.

Bahagian atas jadi tempat letak kunci.

Bahagian bawah boleh jadi tempat letak kasut.

Cantik deko bila dah tambah dengan kabinet pelbagai guna.

Semoga bermanfaat

Sumber: Siti Fatimah Ahmad

Subscribe juga YouTube Channel Vanilla Kismis untuk video tip menarik

IKLAN