Tidak dinafikan bahagian dapur sering menjadi salah satu ruang kegemaran bagi setiap wanita.
Namun ruang dapur yang sempit menyebabkan barang aksesori di bahagian dapur tidak tersusun dan akan menyakitkan mata memandang.
Gambar sekadar hiasan. Sumber: Google
Perkongsian di laman sosial Facebook oleh seorang wanita ini yang bijak mengemas ruang dapurnya menjadi lebih tersusun, kemas dan jadi sangat menarik.
Tidak memerlukan bajet mahal, sebaliknya wanita ini Zilly Ekieda Full ini berjaya DIY pintu kabinet dengan hanya menggunakan barangan berharga RM2.10 saja.
Sebelum itu dia dikatakan buntu kerana membeli tempat gantung barang berkenaan tanpa tujuan.
Walau bagaimanapun ketika sampai di rumah, dia terus mendapat idea dengan meletakkannya di pintu kabinet ada bahagian dalam.
Ads
Kemudian rak tersebut dijadikan tempat simpanan barang seperti makanan dalam tin, span basuh pinggan dan juga kain lap.
Malah dia turut mendapat pujian dari suami kerana bila buka saja terus dikatakan seperti membuka peti sejuk.
Jadi, anda boleh ikuti cara dilakukan ini dan hasilnya dapur menjadi lebih kemas, tersusun dan cantik.
Kalau suka beli kuih akok tapi selalu frust sebab rasanya ‘kureng’, banyak tepung dari telur, mungkin tiba masanya kita buat sendiri.
Nampak macam remeh nak buat kuih tradisional ini tapi sebenarnya kalau ikut cara yang dikongsi Ain Niey takdelah sesusah mana.
Tak perlu nak cari sabut bagai untuk bakar, pakai apa yang ada saja di dapur rumah kita.
Akok kedut cara saya
Bahan A
3 keping nise atau gula melaka saiz kecil
1 cawan air
2 helai daun pandan- simpul
Bahan B
10 biji telur ayam gred A
1 cawan santan + air 50ml
(saya guna Santan Kotak KARA )
1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil garam
Cara buat akok kedut
1. Mula-mula masak gula melaka dengan secawan air serta dua helai daun pandan yang telah disimpulkan. Tutup api apabila gula melaka sudah larut sepenuhnya.
2. Tapis dan keluarkan daun pandan, masukkan ke dalam bekas lain. Biarkan ianya sejuk seketika pada suhu bilik.
3. Masukkan bahan B ke dalam pengisar bersama air gula melaka yang kita telah sejukkan. Kisar sekali sampai sebati.
4. Sapu minyak masak pada acuan. Tuang adunan ke dalam acuan. Bakar atas dapur gas hingga masak. Tutup dengan penutup periuk yang sesuai dengan acuan tu ya.
5. Agak-agak akok dah kembang dan naik boleh angkat. Sebenarnya nak bakar atas apa dan acuan apa terpulang pada kita. saya guna acuan kuih cara, itu saja yang ada.
Satu masalah biasa peti ais adalah bila tiba-tiba kurang sejuk. Kadang kat atas sejuk tapi bahagian bawah tak menyebabkan makanan yang disimpan rosak.
Peti sejuk ini antara peralatan rumah yang penting, jadi kena baiki cepat. Kalau kerosakan ini yang berlaku pada peti sejuk anda sekarang, boleh ikut DIY cara baikinya seperti dikongsi oleh saudara Jannatun Naim
Modal baiki peti sejuk RM12
Penah tak tiba-tiba peti sejuk bahagian atas beku, tapi dibawah tak sejuk pun. Atau pun atas bawah kurang sejuk. Selalunya yang jadi masalah ialah defrost thermostat / defrost sensor yg rosak.
Jadi saya nak tunjuk cara nak tukar benda ni. Sensor ni saya beli online, sebab kedai tak buka waktu PKP ini. Modal lebih kurang RM12 untuk benda di bawah:
Alat yang diperlukan:
Screwdriver Philip Cable tie Defrost thermostat Shirnk tube/ selotape hitam Hair dryer (optional)
Cara baiki:
1. Mula -mula off dulu suis peti sejuk.
2. Buka cover bahagian atas peti sejuk. Ni rupa sebelum bukak, yg ni pakai clip ( petak kecil kiri dan kanan kat atas sekali tu) ada yg guna screw, ikut model.
3. Bila dah bukak cover bahagian atas peti sejuk, macam ni rupanya. Semua dah frozen sebab tu bahagian bawah tak sejuk.
4. Tunggu ais mencair . Saya tak kuasa nak tunggu jadi guna hair dryer untuk cepat cair kemudian tadah dengan bekas untuk buang ais yang cair.
5. Dah cair perasan tak benda macam tiub warna pink tu. Ha Itu lah sensor tu. Potong cable tie tarik keluar sensor tu.
6. Ok ni keadaan sensor, yang bawah tu baru punya.
7. Ok Macam ni.
8. Potong wayar yang asal kemudian sambung pada yang baru. Jangan risau takde polarity. Bubuh saja ikut suka. Kemaskan guna heat shirnk tube (wana hijau tu), kalau takde boleh guna selotape hitam pun ok.
9. Letakkan pada posisi asal, bahagian metal sensor tu hala ke bahagian bawah. Guna cable tie ikat balik dengan kemas supaya tak bergerak. Tutup balik cover. Siap. Senang saja.
INFO
Tiub belah bawah tu pulak nama dia thermal fuse. Macam fius besar untuk elakkan coil terlebih panas (fius putus) masa peti sejuk ini auto untuk cairkan ais ( defrost heater) yg terjadi masa compressor off.
Ramai yang tanya macam mana rupa defrost thermostat. Inilah rupa dia, ada banyak jenis bulat, petak. Bagi saya tak kisah guna yg mana pun. Ikut bajet kita, fungsi tetap sama walaupun bentuk dia berlainan.
Benda ni cuma sensor je, nak test benda ni ok ke tak bole guna multimeter periksa continuity dia. Dalam keadaan tak sejuk takda continuity, dah sejuk baru ada.
Musim cuti sekolah ni ramailah anak-anak lelaki yang berkhatan. Ibu bapa pun ramai yang mengambil cuti untuk menjaga anak.
Bagi ibu bapa yang kali pertama menjaga anak yang berkhatan mungkin sedikit keliru dengan bermacam-macam tip yang dikongsi, tambah suspen bila ada yang bercerita tentang anak bentan selepas khatan kerana tidak dijaga dengan betul.
Walau ada macam-macam tip yang didengar tapi paling elok ambil dari pakar. Antaranya boleh ikut tip yang diberikan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan yang berkongsi cara penjagaan betul agar luka khatan tak bernanah dan anak cepat sembuh.
Sekarang ni musim berkhatan, ramai ibu bapa mohon saya tip penjagaan selepas berkhatan agar tidak bentan atau bernanah dan luka cepat sembuh. Jadi hari ni saya nak beri sedikit penerangan tentang penjagaan luka selepas berkhatan.
1.Jangan biar lebih 72 jam
Jangan biarkan balutan luka tidak dibuka lebih 72 jam. Ia perlu dibuka, untuk pantau komplikasi berikut:
– Jangkitan/nanah
– Bengkak/bentan
– Jahitan terbuka
– Keruping melekat pada balutan
2. Cuci 2-3 hari sekali
Luka berkhatan perlu dicuci 2-3 hari sekali menggunakan normal saline. Caranya:
– Bersihkan daki / darah beku sekitar luka
– Cuci luka dengan normal saline
– Periksa jika ada jahitan & tanda jangkitan
– Tutup semula luka jika tiada tanda-tanda.
3. Ubat doktor
Ada beberapa ubat yang dibekalkan oleh doktor selepas prosedur berkhatan:
– Tahan sakit: diambil bila perlu
– Antibiotik: perlu diambil ikut jadual
– Ubat cucian: lazimnya normal saline
– Elak sapu minyak/herba pada luka
4. Jika anak mengadu ngilu
Anak-anak kadangkala mengadu berasa ngilu bila kepala zakar bergesel dengan pakaian(seluar/kain). Itu perkara normal kerana ia bahagian yang sensitif dan sebelum ini ia dilitupi kulit, tetapi kini terdedah. Ngilu itu akan beransur-ansur hilang.
5. Pakaian longgar
Pakai pakaian yang longgar dan selesa supaya aliran darah tidak terganggu dan dapat pengudaraan yang secukupnya. Ini membantu proses penyembuhan luka. Boleh pakai seluar, asalkan tidak terlalu ketat.
6. Boleh berjalan
Selepas berkhatan, anak-anak dibenarkan berjalan. Malah mereka tidak digalakkan hanya berbaring sahaja. Aktiviti ringan ini membantu pengaliran darah dan mengurangkan tempoh penyembuhan luka. Cuma jangan lasak sangatlah.
7. Pastikan minum air secukupnya
Ada petua lama yang mengatakan minum air banyak selepas berkhatan menyebabkan bentan. Itu tidak benar. Air yang cukup adalah satu faktor yang penting untuk penyembuhan luka.
8. Jaga pengambilan makanan
Perlu ambil makanan yang mengandungi protein, serat, vitamin secukupnya. Boleh makan: ayam, telur, ikan, kicap, sayur. Ia tidak akan menyebabkan kegatalan atau kehitaman pada luka berkhatan.
9. Luka akan sembuh 10-14 hari
Luka berkhatan akan sembuh dalam masa 10-14 hari. Jika ada tanda-tanda berikut, jumpa doktor:
– Sakit/bengkak melampau
– Nanah yang banyak
– Demam tinggi
– Tak boleh kencing
10. Bawa untuk rawatan susulan
Bergantung pada teknik khatan, mungkin perlu bawa anak berjumpa doktor untuk rawatan susulan.
– Jahitan konvensional: tak perlu dibuka
– Klamp: perlu jumpa doktor untuk dibuka
– Gam: tak perlu jumpa doktor semula
– Mesih jahit: perlu jumpa tukang jahit.
OK, yang last tu bergurau je. Jangan kau minta tukang jahit jahitkan cara tulang belut, mata lalat apa semua.