Bunga telang selain daripada digunakan untuk membuat nasi kerabu yang berwarna biru ia juga ada manfaat untuk kesihatan. Bunga telang dikatakan berguna untuk membantu pesakit kencing manis.

Berdasarkan kajian bunga telang mampu menstabilkan kadar gula dalam darah. Malah, ia juga dapat mengurangkan risiko penyakit diabetes dan simptom yang berkaitan.

Selain itu bunga telang ini juga berguna untuk kecantikan rambut dan juga kulit wajah. Ia berkemampuan membuat kulit tampak lebih sihat dan rambut jadi berkilat.

IKLAN

Jadinya berbaloi sangat kalau tanam pokok bunga telang ini di rumah. Tambah lagi bunganya cantik sekali gus dapat menyerikan laman.

Cara semai biji benih

Berguna Untuk Pesakit Kencing Manis, Ini Cara Tanam Pokok Bunga Telang Supaya Mudah Hidup

IKLAN
  • Pokok telang boleh ditanam menggunakan keratan batang akan tetapi jika disemai dari biji benih peratusannya untuk hidup lebih tinggi.
  • Sebelum menyemai biji benih sebaikkan rendam dahulu biji benih lebih kurang 6 jam. Ambil biji benih yang terapung saja kerana ia lebih berkualiti.
  • Sediakan tanam campuran dan buat lubang sedalam 1-2 cm, kemudian isi 1-2 biji benih. Jarak yang sesuai antara lubang adalah lebih kurang 12-15 cm.
  • Kemudian tutup lubang dengan tanah dan siram. Siram sekadar untuk melembapkan tanam kemudian letak di tempat teduh. Benih akan bercambah dalam tempoh lebih kurang dua minggu.

Berguna Untuk Pesakit Kencing Manis, Ini Cara Tanam Pokok Bunga Telang Supaya Mudah Hidup

Penjagaan
  • Apabila pokok sudah stabil dan membesar, pemasangan pancang perlu dilakukan untuk menyokong dahannya.
  • Bila pokok semakin besar pemangkasan perlu dilakukan supaya pokok tak terlalu rimbun kerana ia akan mendedahkan pokok lebih banyak penyakit.

Berguna Untuk Pesakit Kencing Manis, Ini Cara Tanam Pokok Bunga Telang Supaya Mudah Hidup

IKLAN
Pembajaan dan penuaian
  • Gunakan baja organik seperti tinja ayam untuk membaja pokok telang sebulan sekali.
  • Pokok akan mula berbunga dan dipetik selepas 8-10 minggu dari tempoh mula menanam. Selepas itu bolehlah mencuba pelbagai resipi menggunakan bunga telang.
Selain itu:  Air Bunga Telang Lemon Madu, Sedap & Menyegarkan Bila Minum Waktu Buka Puasa. Khasiat Pun Banyak
Berguna Untuk Pesakit Kencing Manis, Ini Cara Tanam Pokok Bunga Telang Supaya Mudah Hidup
Foto Safwan Alias via Berkebun D Rumah

Selamat mencuba.

Sumber: theshaxfeen & Hello Doktor

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI