Idea DIY Tempat Simpan Tudung. Boleh Sangkut Atau Isi Dalam Box, Siap Susun Ikut Warna

Share

Bagi yang berhijab koleksi tudung selalunya memang banyak. Sampai tak tahu mana nak simpan. Sudahnya ada yang sumbat dalam bakul atau box tanpa lipat.

Cara ini memang mudah tapi mata kita pulak sakit nampak serabut dan susah nak cari tudung bila nak digunakan.

Kalau ini masalah korang boleh ikut dua idea dari Miza Mita

dan Muhammad Syamim ini untuk pastikan tudung kita yang banyak tu sentiasa tersusun cantik.  Dan paling penting senang nak cari!

1. Idea sangkut tudung

Idea ini dari Muhammad Syamim yang dibuat khas untuk isteri dan anak-anaknya. Boleh gosok siap-siap dan sangkut.

DIY penyangkut tudung

Semuanya beli di kedai Eco

Besi 1 pcs RM2.10
Paip 2 batang RM2.10
Cat spray 1 RM2.10
Skru Sebungkus RM2.10
Total RM8.40

Dah kemas!

Hanger tudung boleh beli di SINI

2. Idea simpan dalam box

Cara ini dikongsi oleh Miza Mita, senang tak perlu lipat. Cuma gulung dan simpan dalam box.

Nak share cara kemas tudung by colour. Sebelum ini serabut betul nak cari tudung dan warnanya. Tindan-tindan macam ni senang betul jatuh.

Bila susun ikut warna macam ni senang nak cari tudung. Cara lipat tudung gulung saja dan masukkan dalam shoes box tu.

Hasilnya

Satu box boleh masuk dalam 20-30 helai tudung ikut material. Box boleh cari di Shopee/Lazada RM 2.00++ saja. Klik SINI untuk beli.

Sumber: Muhammad Syamim & Miza Mita

 

IKLAN