Ikut Petua Mudah Ini Untuk Hilangkan Kesan Kotoran Atau Daki Pada Cawan, Guna 3 Bahan Dapur Je

Share

Bagi penggemar kopi pastinya berdepan dengan masalah sukar untuk menghilangkan kesan kotoran atau daki pada cawan bekas minuman.

Terasa jijik atau geli melihat kotoran ini hingga menyebabkan mahu membuang saja bekas minuman berkenaan.

Namun sebenarnya ada petua mudah untuk menghilangkan kesan kotoran ini dengan hanya menggunakan tiga bahan dapur yang mudah didapati.

Jadi selepas ini, jangan terus buang sebaliknya, bekas minuman masih boleh digunakan dan lepas dicuci hasilnya juga sangat menakjubkan.

Tiada lagi kesan kotoran.

Cara Hilangkan Kotoran Degil Pada Cawan:

Bahan-bahan diperlukan:

1. Baking soda

2. Cuka

3. Pencuci pinggan mangkuk

Gunakan baking soda.

Cara membuatnya:

1. Masukkan 1 sudu baking soda ke dalam bekas yang kotor.

2. Tuang 2 sudu cuka ke dalam bekas yang kotor.

3. Isikan sedikit pencuci pinggan mangkuk.

4. Tambahkan dengan air panas/air suam

5. Kacau hingga sebati dan biarkan selama 10 minit

6. Cuci cawan/mug itu dengan menggunakan span pencuci pinggan anda.

Hasilnya menakjubkan.

Tips: Bagi kotoran yang terlalu degil, rendam cawan/mug anda semalaman bersama baking soda dan cuka.

Sumber: Facebook

Artikel Berkait:

6 Cara Hilangkan Kesan Kotoran & Bau Kepam Tilam

Ini Caranya Cuci Bekas Plastik Berminyak

IKLAN