Ikut Teknik Ini Kalau Tanam Cili Di Rumah Barulah Hasilnya Lebat & Subur Elok

Share

Teruja tengok hasil cili yang ditanam Cik Amri ini. Elok subur dan lebat. Menggunakan kaedah tanam secara gantung, kita juga boleh dapat hasil yang sama sebab beliau turut  berkongsi tip penanaman yang digunapakai. Bagi yang menanam cili di rumah boleh praktikkan perkongsian beliau ini.

Boleh guna teknik ini kalau tanam cili di rumah

Menanam cili ada satu perkara yang agak sukar. Tapi kalau kena tekniknya, sebenarnya seronok dan cabaran itu menjadi sebagai guru kita. Sekali tanam tak jadi itu biasa, tanam lagi dan lagi sehingga jumpa cara tersendiri.

Pagi ini saya sempat memetik cili besar yang ditanam secara gantung. Hanya satu polibeg sahaja cili besar yang saya tanam. Selebihnya ialah cili solok, dan cili padi akar. Sengaja buat pelbagai, supaya senang isteri “berbelanja” di kebun encik suami kan.

Suka saya kongsikan teknik asas yang digunakan.

1. Buang tunas air.

Saya tak kata wajib buang tunas air. Tapi jika nak pokok rimbun macam kanopi, cubalah. Boleh tengok video saya buang tunas air di sini.

2. Buat kawalan serangga secara berkala dan mesti disiplin.

Seminggu sekali mesti sembur. Saya jimatkan masa dengan campur booster untuk gemukkan tanaman dengan bahan kawalan serangga terus. Senang.

3. Pembajaan boleh sama ada organik atau baja bebentuk cecair.

Tapi dalam pengalaman saya, penggunaan baja organik lebih melembutkan medium tanah.

4. Cabut rumput liar

Jika ada rumput-rumput liar tumbuh, cabut dan buang supaya pokok lebih selasa. Kalau tak, baja tu pergi kepada rumput sahaja.

5. Jarak jangan dekat sangat

Pastikan juga jarak antara dua pokok (dua polibeg) tidak terlalu dekat supaya ada ruang bagi mengelakkan serangga perosak berkumpul, dan ada ruang pengudaraan yang baik.

6. Medium jangan basah sangat

Pastikan medium tidak terlalu basah kerana akar pokok mudah masam dan reput. Boleh guna hujung jari untuk semak keadaan medium. Tanam sikit sikit, tak berbaloi nak beli alat semak mahal mahal kan. Agak agak saja ya.

Itu sahaja laa teknik ringkasnyaa. Semoga tentuan semua happy dengan tanaman masing masing. Yang beri pokok tumbuh pun Allah, yang bagi lebat pun Allah, kita semua berhajat kepada Allah.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Cik Amri

Artikel berkait: Cara Buat ‘Air Penggalak’ Untuk Pokok Cili Yang Ditanam Berbuah lebat dan Tahan Penyakit

IKLAN