Pada hari ini, kehidupan seseorang itu boleh menjadi popular sekiranya mempunyai ramai pengikut di laman sosial. Bagi Amalin, remaja berusia 13 tahun, dirinya terkenal dan selalu diperhatikan kerana mempunyai 69,000 follower di instagram.
Bergelar instafamous, tak hairanlah apabila kisah hidup Amalin menjadi perhatian. Baru-baru ini, Amalin muat naik gambar dan kapsyen yang dia dicederakan oleh seseorang.
Justeru, orang ramai mulai meneka orang yang memukulnya ialah teman lelaki Amalin sendiri. Ini berikutan ada kapsyen yang berbunyi ‘lagi satu jgn cari lelaki yg jenis kaki pukul’.
Perempuan jangan jadi bod**
Terima kasih daun keladi, ada masa tumbuk lah lagi 🙂 kau nk lepas geram dgn perempuan nanti carilah aq, jgn pukul girls girls lain ok. Btw thank you for those yg dm, post gambar kat story semua, komen bagi semangat semua, i will reply as soon as posibble ???♥️ i really appreciate it, niat cuma nak nasihat perempuan lain jgn jadi bod** je, tak sangka mcm ni. Btw girls take care of yourself okay, jgn jadi mcm kita 🙂
Terima kasih lah kepada yg talam tu, fitnah le lagi okie banyak banyak ☺️?? buat kat aq tak apa, aq maafkan. Jgn buat dekat org lain, aq ni bukannya baik sgt tapi setakat nak ingatkan dosa memfitnah tu berat tu boleh lah eh ☺️ lagi satu jgn cari lelaki yg jenis kaki pukul 🙂 u better move on
Disebabkan Amalin masih bersekolah, ramai yang bersimpati dengan nasibnya yang cedera pada bahagian mulut dipercayai dipukul. Jadi, ramai follower yang merasakan lebih baik Amalin menumpukan pada pelajaran berbanding bercinta. Usianya masih terlalu muda.
Sayang usia muda
Ini semua cinta monyet je
Banggakan mak ayah dulu
Ads
Terlalu muda untuk bazirkan masa
Terkini, Amalin sudah memadam status-statusnya. Mungkin keadaan sudah kembali tenang. Namun apa pun, semoga kisah ini menjadi pengajaran buat gadis seusianya. Pada hari ini, bukan menjadi seseorang yang popular apatah lagi di laman sosial. VK mengucapkan selamat maju jaya untuk Amalin.
Kalau Che Ta yang ada banyak koleksi beg pun terpegun inikan pulak kita. Tapi memang seronok tengok gelagat dua perempuan kaya ini bila bertemu.
Che Ta atau Rozita Che Wan dalam entrinya di instagram baru-baru ini telah berkongsi video bilik wardrobe Datuk Seri Vida sewaktu berkunjung ke rumah pengasas produk itu untuk satu program terbitannya.
Memang terpegun tengok koleksi beg DSV ni kan. Nak tengok cerita penuh kenalah tunggu bulan Ramadan nanti, bila proram Cuit Cuit Che Ta di ditayangkan.
Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam mengeluarkan kenyataan akhbar menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan beberapa produk-produk kosmetik.
Produk kosmetik tersebut dikesan mengandungi racun berjadual iaitu hidrokuinon, tretinoin dan merkuri.
Salah satu daripadanya dikira agak popular kerana iklannya sering ditayangkan dalam salah satu drama yang sedang hit ketika ini.
Berikut adalah kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tentang perkara tersebut.
****
Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti di bawah:
Notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM berikutan pengesanan bahan racun berjadual di dalam produk berkenaan.
Produk yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin adalah merupakan produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.
Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan hydroquinone lazimnya dipasarkan untuk tujuan mencerahkan kulit, merawat masalah jeragat dan kulit tidak sekata.
Penggunaan hydroquinone tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, malah kulit menjadi hipersensitif.
Kesan dari penggunaan hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.
Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan tretinoin biasanya dipromosikan untuk tujuan merawat masalah jerawat dan membantu mengurangkan kedutan.
Pedih, menggelupas
Penggunaan tretinoin tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.
Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan merkuri lazimnya dipasarkan untuk tujuan mencerahkan kulit dan rawatan anti penuaan seperti masalah jeragat, kulit tidak sekata dan kedutan dan boleh memudaratkan kesihatan.
Ganggu perkembangan otak kanak-kanak
Merkuri yang terkandung dalam produk kosmetik boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan.
Selain itu, kesan mudarat akibat pendedahan kepada merkuri boleh juga dialami oleh orang sekeliling terutamanya kanak-kanak apabila produk kosmetik yang mengandungi merkuri yang disapu pada kulit meruap dan dihidu.
Bayi dan kanak-kanak kecil boleh terdedah kepada merkuri apabila mereka menyentuh produk kosmetik yang mengandungi merkuri atau orang yang menggunakan produk kosmetik tersebut dan kemudiannya memasukkan jari-jari mereka ke dalam mulut. Penggunaan produk yang mengandungi merkuri boleh juga menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.
PERINGATAN KEPADA PENJUAL DAN PENGEDAR PRODUK KOSMETIK INI
Penjual dan pengedar produk-produk kosmetik ini diberi amaran untuk menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut dengan serta-merta. Penjual adalah diingatkan bahawa penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya. Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.
PERINGATAN KEPADA ORANG AWAM
Orang awam yang sedang menggunakan produk-produk kosmetik ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat dari ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan sampingan.
Sebarang pertanyaan berkaitan produk kosmetik boleh diemel kepada kosmetik@npra.gov.my. Pengguna dan orang ramai adalah dinasihatkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA http://npra.moh.gov.my/
Selepas 12 tahun menanti kehadiran cahaya mata akhirnya penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza dapat memangku bayinya sendiri.
Melihat foto yang dikongsi di instagramnya ini sebenarnya ramai yang berasa sebak terutama wanita yang senasib dengan penyanyi ini yang lama menunggu untuk merasai saat ini.
Semua tahu betapa Datuk Siti terlalu menginginkan kehadiran si kecil ini dan banyak yang telah dilalui untuk menimang zuriat sendiri.
Pelbagai usaha dilakukan oleh beliau dan suami, Datuk K untuk menimang cahaya mata selepas mereka disatukan pada 21 Ogos 2006.
Usaha macam-macam selepas 2 tahun kahwin
Datuk K sendiri mengakui selepas dua tahun berkahwin mereka telah melakukan macam-macam usaha cuma ia tidak didedahkan.
Hinggalah pada tahun 2015 rezeki memperoleh anak sendiri semakin hampir namun tak kesampaian bila pada usia kandungan dua bulan Datuk Siti mengalami keguguran.
Tidak mahu berlengah kerana faktor usia, Datuk Siti, 38 kemudian melakukan rawatan kesuburan di sebuah hospital swasta.
3 kali buat rawatan kesuburan baru hamil
Selepas kali ketiga melakukan rawatan barulah penyanyi kesayangan ramai ini hamil. Bagaimanapun untuk memastikan kehamilan selamat Datuk Siti perlu melakukan pengorbanan.
Dia perlu banyak berehat dan menjaga kesihatan supaya masalah keguguran tidak lagi berlaku. Pada trimester awal, Datuk Siti lebih banyak berkurung di dalam rumah.
Dalam tempoh ini Datuk Siti terpaksa diangkat setiap kali mahu naik atau turun dari tingkat atas rumah. Malah dia juga perlu menggunakan kerusi roda untuk bergerak demi menjaga kandungannya.
Seperti wanita hamil lain dia turut mengalami alahan dan mabuk setiap kali ke dapur.
Semua perkara ini dirahsiakan oleh Datuk Siti sehinggalah kandungannya masuk trimester kedua dan dia mengumumkan kehamilannya pada Oktober 2017.
Satu Malaysia gembira anak Datuk Siti lahir
Sejak daripada itu, perkembangan kehamilan Datuk Siti terus diikuti oleh ramai sehinggalah dia akhirnya selamat bersalin pada 19 Mac lalu.
Berita tersebut disambut gembira dan penuh kesyukuran bukan saja buat Datuk Siti dan keluarganya tapi juga seluruh rakyat Malaysia.
Selepas melakukan pelbagai usaha dan mengharungi dugaan demi dugaan untuk hamil Datuk Siti dan Datuk K berjaya memangku bayinya sendiri.
Buat pasangan yang masih belum dikurniakan cahaya mata semoga kisah Datuk Siti ini memberikan inspirasi untuk terus berusaha memperoleh zuriat sendiri.
Tercekik tulang ketika makan, petua biasa yang dipraktikkan ramai adalah makan gumpalan nasi atau pisang.Petua ini boleh jadi berkesan tapi mungkin juga menyebabkan masalah...