Seorang ibu memang sanggup buat apa saja untuk anak yang dikasihi, hatta berkorban nyawa pun mereka sanggup. Perkara yang sama dilakukan oleh ibu kepada seorang anak istimewa ini.
Dalam keadaan diri melawan sel kansernya sudah merebak ke hati dia sanggup berhujan menaiki motor hanya sekadar untuk membawa anaknya belajar membuat resume sebagai persediaan hari mendatang.
Kisah yang sangat menyentuh hati ini dikongsi oleh Aaron Tang menyedarkan kita betapa besarnya kasih seorang ibu yang sanggup mengetepikan kesakitan demi anak tersayang.
Cerita yang buatkan aku hampir menangis
Hari Sabtu lepas, aku ke Melaka bersama team aku dari Leaderonomics. Kami ke sana untuk megendalikan “CV Clinic” bagi pengunjung Temu Duga Terbuka SL1M Zon Selatan. Tujuan “Klinik” ini untuk menyemak resume graduan muda (dengan percuma), dan memberikan mereka tips untuk memperbaiki resume.
Kerja menyemak CV ini tak senang. Ada colleague aku yang jumpa >50 orang setiap hari, sampai suara pun hilang; tapi kami gembira sebab dapat menolong orang muda. Dan kadang-kadang, cerita menarik akan muncul daripada sesi-sesi kami; cerita gembira, cerita sukses, dan cerita sedih.
Ini cerita aku dari minggu lepas; cerita yang buatkan aku hampir menangis.
Cerita ini bermula sekitar lunch hour, masa tak ramai pengunjung dekat booth kami. Hanya tinggal aku, dan seorang lagi colleague (yang duduk jauh dari aku, so dia tak nampak apa yang berlaku).
Seorang pemuda kurus yang memakai t-shirt “Lejen” berjalan masuk ke booth kami, diikuti seorang makcik berbaju kurung sekitar 50+ tahun. Kalau kau tak tau, rekruiter memang pantang tengok pemuda bawa mak pak ke interview.
Tapi benda ni selalu juga aku nampak – so aku tak kisah sangat – as long as si pencari kerja yang ambik inisiatif. Kalau parents nak baca suratkhabar dekat tempat menunggu okaylah. Tapi Makcik ini terus duduk depan aku sebelah anak dia.
“Kat sini boleh buat resume ya?” tanya budak itu.
“Oh, sorry dik — kat sini kami hanya tolong check saja. Kalau you ada bawak resume, saya boleh tolong.”
“Oh… Diaorang bagi tau sini boleh buat…” Makcik menjawab.
“Sorry makcik, sini memang kitaorang tolong check saja. Tapi mungkin saya boleh tolong ajar macam mana nak tulis. Kemudian nanti Abang ni boleh sambung buat kat rumah.”
Abang Lejen dan Makcik tak membantah, so aku terus masuk skrip “What Makes a Good Resume” aku. Contoh resume aku dalam Bahasa Inggeris, dan budak itu macam tak educated sangat, so aku cuba gunakan bahasa mudah. Aku tak nak dia hilang tumpuan, so aku habiskan dengan cepat, dan terus masuk Question & Answer.
“Hafiz (bukan name betul), dekat Uni you belajar apa?”
Ads
“Hafiz tak habis belajar dik. Dia sampai PMR saja. Makcik suruh dia habiskan SPM, tapi dia malas.”
Adakah dia sebab Hafiz ni lembap sangat
Ini fenomena yang aku namakan “momen mak malukan.” Apabila seseorang mak/kakak/isteri gunakan peluang untuk memberi advice tajam kepada lelaki yang disayanginya; depan seorang lelaki lain yang dianggap “wise”. Dan sebab kerja aku sekarang ni selalu bagi nasihat kat orang muda, benda ni selalu berlaku kat aku. Memang awkward, dan memang aku benci.
Aku expect Hafiz Lejen untuk protest, tapi agak mengejutkan – dia diam saja. Aku start sedar yang Mommy’s Boy ini ada macam lain sikit. Pada masa itu jugak, aku sedar Hafiz sedang menggigil; agak teruk juga. Sampai Makcik terpaksa pegang tangan dia.
“Sejuk ke?” aku tanya, soalan tipikal.
“Ah ah… time kitaorang datang tadi, hujan lebat.”
“Macam mana datang tadi?” aku tanya lagi.
“Naik motor dik.”
Respek aku untuk Makcik melambung tinggi. Tapi aku tertanya-tanya; adakah Makcik merosakkan Hafiz sebab banyak sangat cuba menolong? Aku tau, Makcik ni hustler, tapi adakah dia sebab Hafiz ni lembap sangat?
“Dia pernah main bola untuk Melaka. Untuk pelajar istimewa.”
“Okay, nanti Hafiz sambung buat resume sendiri dekat rumah ya?” aku berkata – memandang tajam terhadap budak yang patut mengambil kontrol hidupnya sendiri.
“Boleh abang tolong buatkan tak?” Hafiz tanya.
Aku bengang. Orang yang buat sales akan tau. Akan sampai satu tahap mana kau dah tahu – benda ni takkan pergi mana-mana.
Ads
Membazir masa sahaja. Masa yang kau sepatutnya layan klien-klien penting kau tak boleh bazir sangat pada orang yang bukan priority. “Opportunity Cost” bro.
Aku pandang atas; tengok kalau ada orang lain yang perlukan pertolongan. Nasib baik colleague aku ada – tengah handle semua customer yang lain.
“Takpe, mak tuliskan. Tak susah sangat pun. Tulis nama, alamat, sekolah saja kan…” Aku dibawa balik ke meja sendiri oleh suara Makcik; yang dah keluarkan kertas A4 dan mula menulis resume anaknya guna pen biru.
“Makcik, untuk company sini semua — kena print resume pakai computer,” aku membantah. “Lagipun, company-company sini perlukan at least Diploma atau Ijazah.”
“Takpe, tak susah sangat pun,” dia tak dengar aku. “Makcik dah tanya tadi… company XXX cakap boleh. Tapi kena hantar resume. Diaorang cakap sini boleh buat.”
Kepercayaan boleh menjadi kenyataan. Aku surrender. Dan tolong mak dan anak habiskan resume tulisan tangan mereka. Sampai bahagian “Activities,” aku bertanya: “Makcik, Hafiz pernah buat apa-apa aktiviti ko-korikulum tak? Macam sukan ke…?”
“Dia pernah main bola untuk Melaka. Untuk pelajar istimewa.”
Aku terdiam. Ambil time sedikit untuk sedar apa sebenarnya maksud “istimewa.” Semuanya start masuk akal sekarang. Makcik menghabiskan resume anaknya, dan meletakkan pen.
Aku semak hasil kerjanya: resume paling hodoh yang pernah aku nampak. Dan juga resume paling indah.
Makcik berniaga, tapi sekarang makcik dah berhenti sebab ada kanser
Tapi mission kami belum complete lagi. Takkan aku nak biarkan CV yang disemak oleh Leaderonomics macam tu saja. So aku bawak Makcik dan Hafiz ke booth jiran kami. Boleh sewa komputer dan printer; siap boleh ambil gambar pasport lagi. Dengan bantuan mereka, kami akan menunaikan tugas Makcik.
Ads
Hafiz tinggalkan aku dengan Makcik untuk mengambil gambar pasport. Aku tengok Makcik. Aku curious. Aku ingin tahu kenapa Makcik bertungkus lumus hustle sangat.
“Makcik masih lagi kerja ke?” aku tanya.
“Oh tak, dulu makcik berniaga, tapi sekarang makcik dah berhenti sebab ada kanser.” Makcik jawab dengan penuh tenang sampai aku tak boleh percaya dan tanya dia lagi.
“Makcik ada apa!?” tanya si bodoh Aaron.
“Makcik ada kanser ovari.” dia jawab tanpa emosi. Aku masih tak boleh terima.
“Oh, tapi Makcik dah sihat kan? Sebab boleh bawa Hafiz datang sini?”
“Tak, sebenarnya dah merebak ke hati makcik. Tapi makcik tabahkan hati. Dan fikir positif. Sebab nak teruskan perjalanan hidup ni.”
Aku sebak; dah tak tau nak kata apa lagi. So aku just tolong Makcik dan Hafiz menyempurnakan mission mereka pada hari itu. Aku harap cukup. Semoga Tuhan memberkati kamu dan anak kamu Makcik.
Ibu lawan kesejukan tanpa komplen, tidak menerima “No” untuk jawapan
Aku tahu kemungkinan besar aku takkan jumpa mereka lagi. So aku tahu yang aku kena tulis cerita ini; cerita mereka. Mungkin cerita ini ada pengajaran untuk sesiapa yang tengah melalui masa yang susah. Mungkin ia boleh berikan semangat kepada engkau; seperti ia berikan aku semangat.
So, kalau kau tengah susah sekarang; kalau kau ada bos yang perangai macam setan; kalau klien kau menghentak meja depan muka engkau; kalau kau rasa macam kau susah sangat nak berjaya dalam hidup…
Aku nak kau tahu bahawa somewhere dekat dunia ini, ada seorang ibu yang menghidapi kanser; yang sanggup bawa anak istimewanya naik motosikal bawah hujan lebat – untuk fight untuk peluang dalam dunia yang dia langsung tak memahami, dan anaknya langsung tak berkelayakan.
Ibu itu akan melawan kesejukan tanpa komplen, tidak menerima “No” untuk jawapan, dan lakukan sedaya upaya untuk apa yang dipercayai dan dicintainya.
Dan kalau dia boleh tabahkan diri dan fikir positif, mungkin kau pun boleh.
Beberapa hari lalu kita dikhabarkan dengan berita gembira apabila Tunku Tun Aminah anakanda Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah, bakal melangsungkan perkahwinannya pada 14 Ogos ini.
Puteri cantik berusia 31 tahun ini akan diijabkabulkan dengan Dennis Muhammad Abdullah setelah Sultan Johor dan Permaisuri berkenan dan merestui perkahwinan pasangan ini.
Justeru baru-baru ini diadakan satu sidang akhbar tentang majlis yang bakal berlangsung. Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli berkata istiadat perkahwinan pasangan pengantin diraja akan dilaksanakan dengan penuh adat istiadat Melayu dan budaya Istana Johor.
Beliau menyenaraikan istiadat dan majlis yang akan dilaksanakan dan dilalui oleh pasangan pengantin diraja ini.
1. Istiadat meletak kerja
8 Ogos 2017- Istiadat Meletak Kerja dengan menaikkan bendera istiadat kerajaan akan dijalankan bagi menandakan permulaan istiadat perkahwinan diraja.
2. Majlis tahlil & doa kesyukuran
10 Ogos, jam 6.30 petang – majlis tahlil dan doa kesyukuran akan diadakan di Masjid Pasir Pelangi, bagi memohon restu Allah SWT terhadap perkahwinan berkenaan.
14 Ogos, jam 10 pagi – istiadat pertunangan akan berlangsung di Istana Bukit Serene, diikuti istiadat nikah dengan Sultan Ibrahim berkenan mewakilkan Mufti Johor Datuk Muhammad Tahrir Shamsudin sebagai wali.
4. Istiadat persandingan
14 Ogos jam 8 malam hari yang sama – istiadat persandingan pasangan pengantin diraja akan berlangsung di Bilik Singgahsana Istana Besar. Ujar Abdul Rahim istiadat tersebut berlangsung secara tertutup.
5. Majlis bersiram & ziarah Makam Diraja Mahmoodiah
15 Ogos,majlis bersiram pula akan dilakukan oleh pasangan ini di Bandstand Bukit Bintang, Taman Botani Diraja Istana Besar dan pasangan pengantin akan menziarah Makam Diraja Mahmoodiah pada 16 Ogos.
Biodata Tunku Tun Aminah
Merupakan puteri tunggal daripada enam adik-beradik diputerikan pada 8 April 1986 di Hospital Sultanah Aminah di sini dan diperkenan oleh Almarhum Sultan Iskandar dengan nama Tunku Aminah Maimunah Iskandariah.
Mendapat pendidikan asas dan rendah di Hilltop Kindergarten, Sekolah Convent serta Sekolah Seri Utama di sini, sebelum melanjutkan pelajaran menengah di Australia International School di Singapura seterusnya di La Salle School of Fashion and Design, juga di Singapura.
Tunku Tun Aminah yang dikurniakan gelaran tradisi ‘Tun’ oleh Sultan Ibrahim pada 2012, melibatkan diri dalam sukan lasak seperti menunggang kuda, joging dan mendaki selain dilantik sebagai Presiden Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) tahun lepas.
Tunku Tun Aminah juga terlibat dengan kerja amal termasuk menghulur bantuan kepada mangsa banjir dan merupakan Timbalan Yang Dipertua I Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Johor serta penaung Johor Bahru International Festival City dan Persatuan Pencegahan Penganiayaan Haiwan Johor Bahru.
Siapa bakal suami Tunku Tun Aminah
Dennis Muhammad atau nama asalnya Dennis Verbaas pula dilahirkan pada 1 Mei 1989 di Lisse, sebuah bandar berdekatan Amsterdam, Belanda dan merupakan anak ke-2 daripada 3 beradik.
Beliau berkata anak pasangan Martin dan Henriette Varbaas itu menerima pendidikan di Floretti College Hillego The Netherlands dan kemudian meneruskan pelajaran vokasional dalam bidang kejuruteraan mekanikal di ROC Leiden, The Netherlands.
Katanya, gemar bermain bola sepak, Dennis Muhammad bekerja dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor sebagai Pengurus JDT Concept Store and Café dan selepas itu sebagai Pengurus Pemasaran Kelab Bola Sepak Tampines Rovers Singapura.
Dennis Muhammad memeluk Islam pada 31 Mei 2015 di Pejabat Kadi Johor Bahru dan dipimpin oleh pegawai agama bagi mempelajari Islam termasuk solat, berpuasa Ramadan, pengajian al-Quran, akhlak dan tulisan jawi selain dididik dalam Bahasa Melayu, budaya, etika serta protokol istana.
Bermula tahun ini, Dennis Muhammad diasuh dan dipimpin oleh keluarga angkat yang diperkenan tuanku. Jadual pelajaran agama ditambah dan prestasi beliau sentiasa dipantau oleh panel guru dan pendidik Jabatan Agama sehingga mencapai taraf yang diperkenankan. Dennis Muhammad lulus cemerlang dalam ujian tulisan, lisan dan praktikal.
Hari ini laman sosial heboh tentang kisah Neelofa membuat pelancaran tudung di sebuah kelab malam terkenal. Pelakon dan usahawan ini dikecam hebat oleh netizen gara-gara tindakannya itu memilih kelab malam sebagai lokasi.
Meski kos dan tema dijadikan alasan namun rata-rata netizen tidak boleh menerima alasan yang diberi oleh Neelofa. Banyak pihak memberi pandangan tentang perkara ini tapi paling terkesan adalah pendapat yang diberi oleh Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar
Mengajak aktres popular ini kembali menghayati ayat-ayat al Quran tentang hijab, status Dr. Rafidah ini mendapat lebih 22 ribu perkongsian di Facebook yang rata-rata bersetuju dengan pendapatnya.
Sedih dan terkilan
Pelancaran Hijab Neelofa di Kelab Malam The Zouk.
Terasa amat sedih dan terkilan dengan perkembangan terbaru ini.
Betapa jauhnya wanita Muslim kini dari prinsip dan falsafah sebenar kita memakai hijab. Hijab adalah identiti yang berkembar rapat dengan TAQWA , identiti kita sebagai wanita Muslim, yang sepatutnya menjauhi tempat – tempat maksiat, seperti kelab malam, apatah lagi The Zouk yang pernah mengundang berbagai kontroversi kerana penangkapan artis Muslim yang minum arak, dan pertandingan ratu cantik melibatkan peserta Islam suatu masa dahulu.
Adakah difikirkan pelancaran hijab itu, boleh mengIslamkan entiti kelab malam seperti The Zouk atau sebenarnya normalisasi yang sedang berjalan bahawa wanita Muslim yang bertudung juga sudah bebas boleh mengunjungi kelab malam?
Alasan yang diberikan adalah tema dan kos penajaaan yang murah? Bukankah terlalu banyak tempat lain yang boleh dipilih yang lebih sederhana kosnya? Yang lebih mulia?
Mohon Neelofa rujuk ayat al-Quran
Betul, jangan difikirkan kata – kata orang, namun mohon Neelofa rujuklah semula Ayat-Ayat Al-QuranNya berkenaan hijab dan menghayati semula pesanan Allah SWT. Semoga Allah SWT melindungi kita dari fitnah akhir zaman ini.
Hendaknya menutup seluruh tubuh dan tidak menampakkan anggota tubuh sedikit pun, selain yang dikecualikan karena Allah berfirman, “Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dada mereka dan janganlah menampakkan perhiasan mereka, kecuali yang biasa nampak.” (An-Nuur: 31)
Allah Subhannahu wa Ta’ala,“Wahai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, “Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang.” (Al Ahzab :59).
Wahai istri-istri Nabi! Kamu tidak seperti perempuan-perempuan yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk (melemah lembutkan suara) dalam berbicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik.” (QS.Al-Ahzab : 32)
Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan (bertingkah laku) seperti orang-orang jahiliah dahulu. (QS.Al-Ahzab : 33)Apabila kamu meminta sesuatu (keperluan) kepada mereka (istri-istri Nabi), maka mintalah dari belakang tabir. (Cara) yang demikian itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka. (QS. Al-Ahzab : 53)
Bermula dari sakit gigi siapa sangka akan jadi sebegini serius tapi itulah yang berlaku kepada Nur Nabilah. Daripada sakit gigi yang berlarutan dia kemudian dirawat.
Mengharapkan sembuh tapi rupanya makin teruk bila dia mengalami alahan pada ubat yang diberikan semasa rawatan penyakit Steven Johnson Syndrome yang baru dikesan. Seluruh badan kemerahan seperti terbakar.
Masalah yang sama turut terkena bahagian bibir serta mulut yang juga penuh dengan ulser. Ketika dirawat katanya kulit bibir yang menggelupas akan disiat dan dibersihkan agar cepat pulih. Ngeri sungguh baca pengalamannya.
Ujar Nur Nabilah pengalaman ini dikongsi untuk beri pendedahan tentang alahan yang ramai orang tak tahu. Wajar kita baca sebagai pengetahuan.
Jatuh sakit yang tak disangka
Alhmdulillah, thn 2017 byk berlaku perkara tak terduga. Kakak sulung meninggal dunia, dan aku sendiri jatuh sakit yg tak disangka-sangka.
Mulanya sakit gigi biasa, dah banyak gigi cabut tapi still sakit yg sama berlaku. Lastly, buat CT scan di Mahkota Hosp. dan Dr. diagnosed aku ada penyakit Saraf Trigemenal Neuralgia iaitu sakit saraf di bhgn muka, bersambung pd gigi ke otak.
Bila sakit tu memang tak bole nak makan, bercakap apatah lagi buka mulut. Sampai berat pun turun sampai 42kg.Then Dr. bagi ubat utk tahan sakit dan susutkan bengkak saraf.
Demam menggigil, badan lemah, mata mula bengkak
Bila makan ubat tu, seminggu aku asik tido je. Maybe efek ubat so bila asik tido mata start bengkak. Nak masuk 2 minggu demam on n off. Badan makin lemah tapi dah bole start makan mcm biasa. So bile next appointment Dr. kurangkan dos ubat, tgk mcm mane.
Start minggu ke 3 asyik demam, mata makin bengkak. Sampailah mlm rabu minggu lepas aku menggigil gigil, husband n parents bawa ke KPJ. Sampai sana suhu cecah 40°c. Dr. memang dah syak aku allergic ubat sbb muka start merah2.
Then Dr. kata platlet aku rendah dari org normal biasa, tu sgt bahaya sebab bila platlet rendah tu yg bole menyebabkan kulit merah2 n takut sampai bleeding. So Dr decided nak hantar ke HPSF naik ambulan. Sampai HPSF duduk ICU jap cek tekanan darah semua n tolak ke wad.
Kat HPSF seminggu jugakla duduk sana. So aku direferkan ke pakar kulit, mata n bedah mulut. Dah 2 hari kat HPSF badan, kaki tangan muka dah start naik merah2. Macam terbakar pun ada, dengan ulser yg byk dlm mulut, mata merah bengkak.
Jumpa pakar bedah mulut paling ngeri!
Memang masa tu down gila, nak makan pun tak boleh. Bila nurse hantar pegi appointment pakar tiap2 pagi mesti semua mata pandang tgk muka. Pelik agaknye budak ni kena bakar ke camne. Then kdg2 aku rase mcm susah bernafas jugak, mcm dada sempit.
Bila nak telan air sempit n sakit sgt dada. Dr kata maybe ulser tu dah smpai ke dalam. So seminggu kat wad memang mencabar.Thanks pada mak abah kakak2 ku sbb hire private nurse, Lala utk jaga aku kat wad. Tolong mandikan, sapu krim, titik ubat mata, bersihkan mulut semua (love u Lala, tak sempat tangkap pic).Lala ni mulut becok,asyik melawak jek so aku xdela down duduk wad.
Tiap2 pagi ada appointment jumpe pakar mata, kulit n bedah mulut.Yang paling ngeri jumpe pakar bedah mulut sbb kat sane Dr akan siat n bersihkat kulit2 mati kat bibir sampai darah2 so senang kulit bibir pulih cepat. Ko bygkan ko nak siat kulit bibir sendiri pun pedih apetah lg org lain yg buatkan.
Genap seminggu Dr benarkan keluar wad, happy tak happy la kan dok terperap kat wad pastu bila org lalu kat kat katil mesti tanya sakit apa. Doktor doktor manipal yg tgh belajar lg pun selalu dtg tanya2 soalan sbb kes mcm ni rare, jarang berlaku so bila kuar wad dah tak payah hadap semua tu.Alhmdulillah…
Aku hidap penyakit Steven Johnson Syndrome tapi ubat tak serasi
So, kesimpulannya aku alahan ubat saraf yg aku makan tu nama penyakit aku ni “Steven Johnson Syndrome”. Sakit aku ni Dr kata tak semua org mcm aku. Ada yg serasi mkn ubat tu n ada yg mcm aku. Nasib baik aku cepat pergi hospital sbb benda ni kdg-kdg boleh mengancam nyawa.
Kita tak terpikir pun kan alahan ubat boleh smpai mcm ni. Dah kena batang hidung sendiri baru tau tapi tulah masalahnya, kita takkan tau kita allergic ubat sampai kita try mkn ubat tu. Then baru tau.
Apa pun, aku redha dgn aturan Allah SWT. Allah bg ujian besar utk hamba-Nya supaya hamba-Nya lebih ingat pada Nya dan InshaAllah aku percaya good things gonna happen someday to me, n my family.
Celebrate anniversary ke-6 dalam keadaan tengah sakit
Kat sini aku nak semua org tau aku syg sgt family aku, my husband,anak2, mak, abah, kakak2 aku, abg, mertua, ipar duai, n esp kawan aku dunia akhirat bg moral support, pertolongan wang ringgit dan sebagainya utk aku n kwn2 baik ku u all know who u are. Thanks korg awat aku,mandikan aku time aku tgh lemah. Sayang korg sgt2…
Hanya Allah SWT yg dpt balas jasa u all n semua sahabat2 n saudara mara yg dtg melawat. Semoga semuanya diberkati Allah SWT. Thanks Allah, di saat aku tgh terlantar sakit dan tak berdaya Kau hadirkan insan2 yg baik hati utk membantuku..??
And to my husband, thn ni kita celebrate anniversary ke6 kita dlm keadaan sayang tengah sakit.Allah bg ujian bertimpa2 thn ni kat kita supaya kite lebih kuat and ingat kat dia. Dia yg Maha Berkuasa melebihi segalanya. Yg pnting kita redha n lalui semua rintangan bersama.InshaAllah.
p/s:Antara gambar sempat diambil, bhg badan paling byk tp tak boleh nak upload ye. Sorry if tak selesa tengok, just nk share a kind of allergic yg ramai org tahu.
Sama-sama kita doakan akan Nur Nabilah sembuh seperti sediakala!
Kulit bawang putih yang siap dikupas, biasanya kita buang saja tapi buat pengusaha makanan berpantang ini bahan tersebut adalah 'harta' yang sangat bernilai. Sebab...