‘Insya-Allah Yusuf Iskandar Bakal Dapat Adik…’

Share

 

 

Nampaknya rezeki pelakon utama filem Paskal Hairul Azreen semakin murah. Selepas kejayaan filem tersebut terbaru semalam dia berkongsi berita gembira bakal menambah bilangan ahli keluarga.

“Alhamdulillah, insyaallah Yusuf Iskandar bakal dapat adik. Rezeki milik Allah, thank you Allah,”tulisnya ringkas dalam satu posting di instagram sekali gus memberi hint  isterinya Hanis Zalikha sedang hamil.

Khabar tersebut dikongsi ketika dia bersama isteri dan Yusuf sedang bercuti di Tokyo Jepun.

 

Dalam pada itu di ruangan komen untuk posting tersebut dipenuhi dengan ucapan tahniah oleh para peminat Hairul dan juga Hanis.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2015 dan menimang cahaya mata pertama Yusuf Iskandar pada Jun 2016.

Patutlah kebelakangan ni tengok muka Hanis berseri-seri rupanya ada isi. Apapun tahniah dari team VK!

 

Sumber: hairulazreen

 

 

IKLAN