Untungnya lelaki yang bekerja di syarikat perabot terkenal, IKEA. Isteri bersalin, mereka akan dapat cuti sebulan bergaji.
Syarikat dari Sweden itu memperkenalkan cuti bersalin satu bulan gaji kepada kakitangan lelaki syarikat berkenaan bukan saja di Malaysia tapi di seluruh Asia Tenggara.
Pengarah Sumber Manusia IKEA Asia Tenggara, Lydia Song berkata, perkara itu diperkenalkan bagi membolehkan kaum bapa untuk terlibat secara langsung dalam penjagaan bayi termasuk menyediakan kelengkapan dan kasih sayang.
“IKEA sering menitikberatkan kehidupan di rumah bersama keluarga selain nilai-nilai Sweden termasuk kesamarataan di pejabat dan rumah.
Ads
“Malah kita percaya lelaki dan wanita wajar diberi peluang untuk sama-sama membesarkan anak mereka. Tahun ini, di seluruh outlet dan pejabat IKEA di Asia Tenggara kita memperkenalkan cuti bersalin satu bulan gaji bagi membolehkan kakitangan lelaki menjaga bayi mereka dalam tempoh sebulan,” katanya.
Tambah Lydia, pihaknya melihat langkah itu akan memberikan perubahan besar kepada kaum bapa dalam kalangan kakitangan IKEA serta pasangan mereka.
Dalam pada itu memetik laporan Astro Awani, kakitangan IKEA Malaysia, Muhammad Rizal Sunalim merupakan antara kakitangan IKEA pertama negara yang mendapat manfaat itu yang berkuat kuasa 1 Januari tahun ini.
Ads
“Inilah masa yang paling berharga untuk saya dan keluarga.
“Ketika isteri saya bersalin anak pertama dan kedua, beliau melakukan semua kerja sendiri. Kali ini saya mempunyai peluang untuk menjaga bayi kami dan isteri tersayang,” katanya yang merupakan Ketua Kumpulan IKEA Food di outlet IKEA Cheras.
Ads
Tambah Rizal, pelaksanaan cuti bergaji selama sebulan itu memberi makna besar kerana isteri tersayang boleh berehat sepenuhnya.
“Saya yang memasak, membasuh pakaian dan menjaga dua lagi anak kami,” katanya yang kini mempunyai tiga orang anak.
Selari dengan perkara itu, IKEA Malaysia dengan kerjasama Kedutaan Sweden di Malaysia melancarkan peraduan foto bagi meraikan kaum bapa.
Lelaki jadi cikgu tadika, memang rare! Tapi wujud, salah seorangnya adalah lelaki ini yang memperkenalkan dirinya sebagai adinata gus.
VK sendiri tersenyum membaca pengalamannya menjadi satu-satu cikgu lelaki di sebuah tadika. Manis dan comel sebenarnya pengalaman beliau.
Ujar Adinata, dia mencatat semua ini kerana merasakan ia adalah pengalaman yang patut dikongsi terutama dengan golongan muda lain. Ikuti perkongsian beliau yang VK petik dari akaun Twitter miliknya.
Ini adalah #thread tentang perjalanan karier saya sebagai satu-satunya guru lelaki di dalam sebuah tadika. Menurut saya ini adalah satu pengalaman yang patut saya kongsikan bersama-sama orang-orang muda terutamanya di luar sana.
Memandangkan bidang pendidikan awal kanak-kanak ini tak ramai lelaki, jadi one day aku pun terfikir. Why not cuba dan let’s see what happened next. Entah dari mana datang seruan untuk cebur diri dlm bidang pendidikan ni aku pun tak sure. Instinct.
Start from there 3 bulan sebelumnya aku dah mula study dan buat preparation. Buka website dan minta kerja. Luckily, memang ada kindergarten yang open for male gender. Aku pun mula beli buku-buku dan hadap artikel di internet hari-hari.
Start from there 3 bulan sebelumnya aku dah mula study dan buat preparation. Buka website dan minta kerja. Luckily, memang ada kindergarten yang open for male gender. Aku pun mula beli buku-buku dan hadap artikel di internet hari-hari
Ada waktu sela ( masa ini tanam anggur lagi ? ) aku pun buka channel-channel YouTube luar negara nak kasi faham sikit teknik mengajar diaorang. Hmm mostly fun and banyak outdoor. Jadi, slowly aku develop character ke’cikgu’an itu ? sampai training bercakap depan cermin.
Tak lama kemudian aku dapat panggilan kerja. Maka bermulalah episod baru dalam hidup. Dengan penuh rasa debar dan teruja aku harung saja apa saja di depan. Mak aku pun okay dengan pilihan kerja ini. Ahli keluarga risau juga lah pada mulanya
Haha mana taknya, semua risau fasal gaji, masa depan dan kehidupan aku sendiri. Aku pun hanya ada sijil Matrikulasi sebagai sijil tertinggi. Malu tak malu jugalah bila ada orang questioned capability dan gender stigma asbab profesion ni. Semuanya aku jawab dengan tenang haha.
Kerja-kerja melibatkan kanak-kanak memang nampak adorable. Ada waktunya stress level agak tinggi. Jadi di sini lah kita boleh ukur tahap kesabaran diri. Contohnya menjawab 5373828 soalan pada satu-satu masa.
Frankly, gaji boleh hidup lagi setakat ini. Unless, kau owner atau ada pangkat sikit dalam hierarki kerja. Tak ada masalah pun bagi aku, all you need is strong will dan passion. InshaAllah dua perkara ini akan drive utk long term.
Oh ada ada banyaaaak part yang best jadi pre-school teacher. Birthday celebration? Haha setiap bulan makan kek wei.
Paling happening bila ada celebration event tertentu. Ini contoh art work (task) aku dapat masa kena conduct hari sukan. Dapat teacher lelaki memang dinosaur ajelah idea aku
Mula-mula kerja, memang malu nak kena menari menyanyi depan murid-murid dan cikgu perempuan. Tetapi itulah kata orang, alah bisa tegal biasa. Lama-lama hmm setakat baby shark tu dah advanced.
Ok masuk part mengajar pula. Sejujurnya aku sangatlah curious apa kaedah yang paling efisien dan efektif utk tarik minat mereka supaya ingat setiap patah perkataan yang kita ajar. Every single day aku try and error method tertentu.
Praktis aku di dalam kelas mudah saja (tetapi masih berpandukan silibus). Melihatkan anak-anak hari ini aku conclude pendekatan terhadap mereka tak sama mcm kita dulu. Ada waktunya aku follow the flow tapi kena twist sikit supaya pada masa yg sama mereka serap apa yg diajar.
Day to day, diri dah mula boleh adapt. Tetapi akan ada setiap hari cabaran-cabaran baru. Somehow, mengingatkan aku tentang kita masa kecil-kecil. About the learning process. Kena banyak mistakes barulah tersedar.
Talking about field trip? Haha memang tak menang tangan bila bawa mereka keluar. Pada aku benda biasalah kalau budak-budak ni excited. Aku pun suka tengok mereka ketawa. Sebab mereka tak tahu bahawa childhood ni tak akan kembali lagi sebenarnya.
Suatu waktu aku pernah soal diri sendiri, kenapa Tuhan campakkan aku dalam bidang yang tak pernah terfikir pun untuk duduk lebih dari 2 tahun. Tetapi bila kenang semula, di sinilah aku banyak betulkan kembali diri sendiri.
Bila dikelilingi kanak-kanak yg masih naif & mentah, aku rasa sedikit sebanyak tlh mengubah perspektif ttg hidup. Contohnya menghargai. Aku lukis monster & ultraman ni. 2 minggunya lagi aku kemas beg tengok masih ada elok tersimpan di celah buku nota. Katanya sayang nak color .
Ada waktu, bila di tadika kau akan automatik jadi penenang dan pereda bila ada yang mula tantrum dan tak selesa. Ini sifat semulajadi kanak-kanak. Maka aku pun gunakanlah segala taktik dan helah untuk tenangkn keadaan. Susah juga woi kalau mood mereka tak kena.
Dan momen yang paling manis bila tiba hujung tahun tentulah kepuasan bila tengok anak murid graduate dan itu jugalah momen paling menyedihkan juga sebenarnya. Umpama kau hilang rakan karib seramai-ramainya sekaligus.
Dan waktu tak pernah menghilangkan apa pun daripada sebahagian diri kita, cuma kita bergerak terlalu pantas mengejar impian-impian yang tak selesai. Sehingga terlupa waktu kecil adalah waktu paling indah dan tiada gantinya.
Disebabkan profesion ini jugalah buatkan aku rasa terhutang budi pada guru-guru yang penuh sabar mengenalkan kita apa itu a,b,c dan 1,2,3. Dan semenjak itu aku nekad akan sedekah al-fatihah kepada guru-guru dan mendoakan kesejehteraan mereka dunia akhirat.
Itu saja sedikit pengalaman yang boleh aku kongsikan, semoga dapat memberi inspirasi kepada rakan-rakan di luar sana tidak kiralah dalam apa bidang sekalipun. Yang terpenting adalah niat, passion, kejujuran dan keihklasan ketika melaksanakan satu-satu pekerjaan.
Semoga Allah membuka jalan kepada kita terhadap apa pun kesukaran yang kita hadapi sebelum ini maka dengan itu kita pula selayaknya mensyukuri setiap detik yg tlh dilalui walau ada pahit maungnya. Bertahanlah!
Aku pernah kata pada mak, ” Abang memang tak ada bakat sangat dalam akademik, nak bagi mak tengok abang pakai topi ijazah pun tak boleh, tapi InshAllah kerja ni boleh bantu buat mak senyum sebab tengok anak murid graduate, hasil usaha abang sendiri.’
Siapa yang pernah bersalin dan berpantang waktu bulan puasa memang faham sangat situasi ini.
Bila dah bersalin awal bulan Ramadan biasanya ibu tak dapatlah nak berpuasa kerana nifas.
Ada yang memang sebulan terus tak berpuasa. Paling tak best bila ada yang tak sempat menggantinya kerana menyusu anak. Kalau dah langkau tahun masih tak ganti puasa apa nak buat?
Boleh baca penjelasan yang dipetik dari laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan tatkala membalas persoalan dari seorang ibu tentang masalah ini.
Asalamualaikum ustaz. Saya ingin menanyakan satu soalan. Bulan puasa tahun lepas saya dalam pantang bersalin. Jadinya sebulan puasa saya tidak berpuasa. Sekarang pun masih menyusukan anak. Usia anak 11 bulan. Saya ingin bertanya, perlukah saya:
1) Qada’ puasa sahaja atau
2) Qada’ puasa dan bayar fidyah atau
3) Tidak perlu puasa tetapi bayar fidyah sahaja
Saya masih menyusukan anak sekarang. Yang mana satu yang perlu saya ikut nya sebab banyak sangat mazhab yang saya dengar. Saya tidak tahu mana yang patut ikot.
Terima kasih ustaz
Waalaikumussalam wbt,
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar, Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Pertama sekali kita perlu jelas tentang maksud ‘pantang’ secara adat dan syariat. Dalam adat Melayu pantang selepas bersalin memiliki beberapa tempoh yang masyhur antaranya 44 hari dan 100 hari.
Manakala menurut syariat, berpantang ini boleh dikaitkan dengan hukum keluarnya darah nifas. Hukum nifas, adalah seperti hukum haid pada perkara-perkara yang haram dilakukan yakni solat, puasa, membaca mushab al-Quran, menyentuh dan membawanya, menetap di dalam masjid, bertawaf dan berjima’, bermesraan suami dan isteri di antara pusat dan lutut. Tempoh kebiasaan nifas adalah 40 hari, manakala maksimumnya pula adalah 60 hari.
Menurut Imam al-Syarbini al-Khatib (w.977H) di dalam al-Iqna’ (ms.143-144), orang perempuan yang bernifas haram menunaikan ibadah puasa Ramadhan. Jika dia berpuasa juga maka puasanya tidak sah dan wajib diqadha.
Ini berbeza dengan solat fardu yang tidak perlu diganti. Perkara ini berdasarkan hadis Muslim riwayat Aisyah R.Anha bahawa kaum wanita diperintahkan untuk mengqadhakan puasa Ramadhan yang ditinggal akibat haid – dan juga nifas – tetapi tidak bagi solat fardu.
Pada asalnya hukum wanita yang menangguh qadha puasanya sehingga masuk ke Ramadhan tahun seterusnya adalah haram dan wajib ke atasnya untuk qadha puasa dan membayar satu mud (secupak makanan ruji seperti beras dalam zakat fitrah) bagi setiap puasa yang ditinggalkan dan tidak sempat diganti sebelum tiba Ramadhan bagi tahun yang baru. Namun begitu pengecualian diberikan jika penangguhan itu bersebabkan uzur syarie. Rujuk al-Iqna` (ms. 352).
Berkata Syeikh Muhammad al-Zuhaili di dalam al-Muʿtamad (2/200) : “Jika seseorang wanita itu melewatkan qadha’ puasanya kerana uzur seperti berterusan sakit, menyusukan anak, hamil dan musafir, sehingga masuk ke Ramdhan yang baru, maka tidak wajib fidyah kerana kelewatan ini dan wajib qadha’ sahaja.”
Justeru, dalam kes puan yang bertanya:
Semoga Allah Taala mengurniakan kekuatan dan ilmu dalam beramal. Wallahua’lam.
Seringkali mereka yang bergelar usahawan gigih menghadiri kursus dan kelas untuk melonjakkan keuntungan. Pada mereka inilah asas untuk memajukan perniagaan tapi hakikatnya mereka terlupa bahawa dalam Islam sendiri sudah ada cara tersendiri untuk melakukannya.
Ia tak lain tak bukan adalah melalui pemberian zakat. Inilah petua sebenar untuk menyuburkan rezeki. Malah perkara ini dibuktikan oleh dua wanita Che Salamiah binti Malik dan Norazimah Hasmi yang dulunya penerima zakat tapi kini menjadi pengeluar atau penyumbang zakat selepas perniagaan yang diusahakan semakin berkembang hasil bantuan Lembaga Zakat Selangor.
Puan Che Salamiah binti Malik, seorang usahawan Zakat Selangor dalam bidang pemprosesan makanan yang menghasilkan pelbagai jenis rempeyek sebagai produk utama.
Beliau merupakan usahawan Zakat Selangor daripada daerah klang yang telah menerima bantuan Zakat Selangor iaitu bantuan Modal Pusingan sebanyak RM1,000.00 pada Mei 2014 dan RM2,000.00 pada Disember 2017.
Beliau juga telah menerima bantuan bagi Label Produk di bawah pembangunan produk berjumlah RM3,500.00 bagi meningkatkan pasaran produk beliau dengan lebih luas.
Manakala usahawan Norazimah Hazmi mendapat bantuan Zakat Selangor daripada di bawah projek usahawan lori bergerak. Selain itu, pada Julai 2016, beliau juga menerima bantuan modal pusingan sebanyak RM1,500.00 dan bantuan peralatan perniagaan sebanyak RM1,870.16.
Beliau menjalankan perniagaan beliau secara bergerak di tapak niaga seperti pasar malam, karnival, majlis-majlis, bangunan kerajaan dan sebagainya. Bergiat aktif niaga di merata tempat tanpa mengira lokasi dan waktu.
Beliau juga memberikan komitmen yang baik untuk menyertai program anjuran Zakat Selangor sebagai tanda sokongan kerana telah banyak membantu dalam perkembangan perniagaan beliau.
Bagi yang tertanya-tanya tentang cara pengiraan zakat kiraannya cukup mudah. Anda hanya perlu mengira hasil Aset Semasa ditolak dengan Belanja/Liabiliti Semasa, darab dengan 2.5%.
ASET SEMASA bermaksud : Baki tunai dalam bank, baki tunai pada tangan, hutang yang dijangka akan diterima dan nilai stok niaga boleh jual.
LIABILITI SEMASA pula bermaksud: Hutang pembekal dan hutang-hutang lain seperti bil eletrik, air dan sewa pejabat.
Maka, jumlah aset semasa ditolak dengan libiliti semasa didarabkan pula dengan 2.5%. Maka dapatlah jumlah zakat yang kena ditunaikan.
Untuk lebih mudah kiraan zakat perniagaan boleh DI SINI dan kalau nak tunaikan zakat perniagaan pula mudah saja, klik saja di sini https://fpx.zakatselangor.com.my/
Semoga dengan usaha mengira zakat ini dan menunaikannya, rezeki akan bertambah subur dan berkat . Perniagaan kita pun bertambah maju.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...