Semalam, pelakon Ashraf Muslim telah mendapat anak keempat selepas isteri keduanya, Wan Sakinah selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.07 kilogram pada jam 5.35 petang. Kelahiran ini disambut gembira dan Ashraf berdoa supaya anaknya itu menjadi insan solehah,
Ashraf menulis di instagram kata-kata kesyukuran ke hadrat Allah atas kurniaan yang sungguh bermakna buatnya.
Ads
Bertambah ahli keluarga
Assalammualaikum semua
Syukur, Alhamdulillah. Keluarga AM @ashrafslegacy bertambah lagi. Terima kasih Allah utk kurniaan yang tidak ternilai ini. Alhamdulillah, isteriku, Sakinah telah selamat melahirkan seorang anak perempuan seberat 3.07kg pada jam 5.35 petang semalam (3 Sept 2018). Terima kasih ibu!
Moga jadi srikandi hebat di mata Allah
Selamat datang ke dunia anakku. Ayah,mama,ibu, Sarah, Adam dan Anas semuanya excited tau.. Semoga menjadi anak yg solehah, sri kandi yg hebat di mata Allah, sihat dan seorang yg penyayang spt kakak dan abg2 kayh. Satu lagi ,semoga kehadiranmu anakku membawa ukhwah kita sekeluarga bertambah erat. Amin, insyaAllah. Doakan AM sekeluarga yea. . Terima kasih kepada Dr Mazita, semua staf nurse dan juga warga Avisena Specialist Hospital diatas layanan yg diberikan. Tq so much. Semoga Allah memberkati dan merahmati kesemuanya. #babygirl #03092018
Menjelang bulan puasa, satu perkara yang selalu menjadi kemusykilan kaum wanita adalah kiraan fidyah kerana tidak sempat menggantikan puasa.
Bagi yang ragu-ragu tentang perkara ini berikut di kongsi penjelasan cara kiraan fidyah yang diambil dari Facebook Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Tapi sebelum itu baca juga penjelasan mengenai fidyah untuk pengetahuan kita.
FIDYAH
Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada’) bulan Ramadhan.
HUKUM FIDYAH
Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.
PROSEDUR MEMBAYAR FIDYAH
Perkiraan dan bayaran fidyah boleh dibuat di Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri-negeri.
Kadar bayaran fidyah berubah mengikut harga yang ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu tempat. Pengiraan kadar fidyah berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk). Beras fidyah tersebut hendaklah diagihkan kepada fakir atau miskin.
SEBAB-SEBAB DIKENAKAN FIDYAH
1. Uzur menunaikan puasa wajib
Terdiri daripada golongan yang menghidapi sakit kuat dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh, atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali.
2. Perempuan hamil
Dengan syarat dibimbangi akan keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini dikenakan membayar fidyah dan juga menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan.
3. Ibu yang menyusukan anak
Dengan syarat ibu yang merasa bimbang akan memudharatkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu. Maka baginya menggantikan puasa yang ditinggalkan serta membayar fidyah.
4. Orang yang telah meninggal dunia
Hutang puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan sebelum pembahagian pusaka dibuat.
5. Melambatkan ganti puasa (Qada’)
Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadhan), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan. Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.
TAKSIRAN FIDYAH
(Hari yang ditinggalkan) X (Tahun gandaan) X (1 Cupak) = FIDYAH
KADAR BAYARAN FIDYAH
Kadar bayaran fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan ialah satu cupak beras yang boleh dibuat zakat fitrah (1/4 gantang Baghdad).
Dalam bentuk nilaian, berdasarkan kepada kadar yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sehingga tahun 1435H, secupak beras bersamaan dengan 567.5 gram dinilai dengan kadar RM1.80.
Contoh:
Jika seseorang meninggalkan puasa selama 3 hari dan tidak menggantikan puasanya sehingga 3 kali bulan Ramadhan, maka kadar fidyahnya ialah:
RM1.80 (1 cupak) X 3 hari X 3 tahun = RM16.20
* Jumlah hari puasa yang wajib di qadha tetap 3 hari sahaja. Hanya bayaran fidyah sahaja digandakan.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada semua.
Sumber: Facebook Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia.
Nota: Kiraan fidyah di Selangor adalah tidak berganda walaupun melangkau tahun (www.zakatselangor.com.my)
10 tahun menanti zuriat, pernah tiga kali keguguran demikian dugaan untuk Fazeema Fuad dan suaminya Adam Corrie.
Namun begitu ramai kagum dengan semangat pasangan ini keduanya yang positif dalam menerima setiap ketentuan Tuhan. Malah sikap keduanya juga menjadi motivasi kepada wanita dan juga pasangan suami isteri yang belum lagi dikurniakan zuriat.
Seperti entri terbaru yang dikongsi oleh Adam Corrie di laman instagramnya. Bakal bergelar ibu pada usia 40 tahun tak lama lagi namun pesan Fazeema kebahagiaan itu bukan terletak pada adanya zuriat sebaliknya ia perlu dibina sendiri dalam diri kita.
Saya minta izin dgn bidadari saya utk repost post dia. Dengan isteri pon nak kena minta izin? Mestilaa .. itu namanya saling hormat menghormati . IG dia private@Puan_Fazi_fuad #adamcorrie #adamfazi #BakalAbah . . “Setiap orang ada masalah… Tukarkan masalah itu sebagai ujian dan hadiah dari Allah utk kita sebagai hambanNya. . Jangan terlalu beratkan fikiran kita. . Setiap yang berlaku ada hikmahnya. . Ramai yang mengadu, mereka sedih kerana tiada anak, ada penyakit dan sebagainya.. . Kebahagiaan bukan terletak pada adanya zuriat. Kebahagian itu sendiri perlu di bina dalam diri kita. . Kalau dulu bujang… sedih tak kahwin. Bila dah kahwin… sedih pula tak dapat zuriat lagi… . Ujian sentiasa dtg dlm hidup kita, ia tak akan behenti selagi kita hidup menjadi hambaNya. . Sedih kita mengadu dgn Allah Minta pertunjuk dgnNya. . Kita rasa kita keseorangan? Kita tak pernah keseorangan .. cuma kita kadang2 lupa yang Allah sentiasa ada utk kita.. malah kita yang selalu lupa akan Allah . . Bahagiakan diri kita dahulu.. baru kita boleh bahagiakan orang lain… Bila kita sentiasa nampak ceria.. suami kita pon akan turut gembira… Kalau kita selalu tunjuk pancarkan aura negatif. Rumah kita turut suram… Jangan sedih .. Allah kan ada ❤sentiasa ada utk kita semua ❤ private ig . #bakalIbu40tahun #hadiahSelepas10tahun “ . Jgn samakan bidadari saya dgn sesiapa ya.
Sejak dari kelahirannya, anak perempuan tunggal Rozita Che Wan atau Che Ta bersama Zain Saidin ini memang jadi tumpuan. Siapa yang tak suka tengok Aaisyah ni kan!
Dan Che Ta sendiri senang untuk berkongsi kehidupan sehari-hari Aaisyah Dhia Rana kepada umum sehinggalah hari ini dia berumur empat tahun.
Melihat pada gelagat Aaisyah yang sentiasa comel dan ceria, rupanya dari cerita Che Ta sememangnya sejak kelahiran Aaisyah dia memang anak yang cukup senang dijaga.
Malah Che Ta sendiri mengakui walaupun sudah 17 tahun tidak bersalin namun dia tiada masalah selepas kelahiran Aaisyah kerana anaknya itu tidak banyak meragam.
Itu juga sebahagian ucapan Che Ta sempena hari lahir ke-empat Aaisyah semalam.
“Happy Birthday sayang mummy, syukur Alhamdulillah Allah kurniakan mummy anak bertuah ni. Sejak dari lahir tak pernah menangis apatah lagi meragam dan berjaga tengah malam.
“Walaupun waktu tu dah 17 tahun tak beranak kecik tapi mummy tetap tak rasa macam ada anak kecik sebab Aaisyah akan nenen kul 12 malam dan terjaga pulak kul 7 pagi. Betui-betui bagi mummy tidoq puaih dlm pantang…
Sempena Birthday Aaisyah yg ke 4 ni , doa mummy supaya mummy mampu besarkan Aaisyah sesempurna mungkin dan Aaisyah membesar sebagai anak yang baik, cerdik, sihat dan sentiasa di bawah lindungan dan rahmat Allah. Amin.”
Mermaid party sempena hari lahir ke-4
Sempena sambutan hari lahir Aaisyah juga, Che Ta meraikannya dengan parti tertema Mermaid. Meriah sungguh nampaknya tu!
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...