Isteri Kedua Selamat Bersalin Bayi Perempuan, Ashraf Muslim Timang Anak Keempat

Share

 

 

 

Semalam, pelakon Ashraf Muslim telah mendapat anak keempat selepas isteri keduanya, Wan Sakinah selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.07 kilogram pada jam 5.35 petang. Kelahiran ini disambut gembira dan Ashraf berdoa supaya anaknya itu menjadi insan solehah,

Ashraf menulis di instagram kata-kata kesyukuran ke hadrat Allah atas kurniaan yang sungguh bermakna buatnya.

 

Bertambah ahli keluarga

Assalammualaikum semua

Syukur, Alhamdulillah. Keluarga AM @ashrafslegacy bertambah lagi. Terima kasih Allah utk kurniaan yang tidak ternilai ini. Alhamdulillah, isteriku, Sakinah telah selamat melahirkan seorang anak perempuan seberat 3.07kg pada jam 5.35 petang semalam (3 Sept 2018). Terima kasih ibu!

Moga jadi srikandi hebat di mata Allah

Selamat datang ke dunia anakku. Ayah,mama,ibu, Sarah, Adam dan Anas semuanya excited tau.. Semoga menjadi anak yg solehah, sri kandi yg hebat di mata Allah, sihat dan seorang yg penyayang spt kakak dan abg2 kayh. Satu lagi ,semoga kehadiranmu anakku membawa ukhwah kita sekeluarga bertambah erat. Amin, insyaAllah. Doakan AM sekeluarga yea.
.
Terima kasih kepada Dr Mazita, semua staf nurse dan juga warga Avisena Specialist Hospital diatas layanan yg diberikan. Tq so much. Semoga Allah memberkati dan merahmati kesemuanya.
#babygirl #03092018

 

Ashraf mempunyai dua isteri iaitu Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Ahmad Saburi.

Perkahwinan Ashraf dikurniakan tiga cahaya mata bersama kedua-dua isterinya iaitu Sarah Ashraf, 4, Anas Ashraf, 3 dan Adam Ashraf, 2.

 

Sumber: Ashraf Muslim

 

IKLAN