Jadi Lebih Kreatif, DIY Globe Lama Dapat 4 Barang Dekorasi Rumah. Jimat & Modal Pun Tak Banyak!

Share

Menjadi seorang kreatif apabila berjaya menggunakan semula barangan terpakai yang diubah menjadi barangan hiasan.

Bukan saja menghasilkan satu, tetapi boleh mendapat beberapa barangan keperluan dapur dan dekorasi.

Seperti perkongsian Norpadilah Binti Afandi dari Page Giler Deco Group yang kreatif apabila berjaya DIY globe untuk dijadikan bekas tisu, frame gambar, tempat letak snack dan juga pasu gantung..

Guna Semula Globe Terpakai

Hasilnya:

Tissue holder
– Tapak frame gambar
– Bekas makanan ringan
– Pasu gantung

Cara Membuat:

Langkah 1
Globe kesayangan yang tidak digunakan lagi

Cari globe lama.

Langkah 2
Buka globe seperti ini, ada 3 item untuk di repurpose.

Dapat 3 item.

Langkah 3
Pasangkan skru hook pada pemegang globe.. Masukkan wall plug dalam lubang pemegang dan adjust sikit untuk bagi muat.

Pasang skru hook.

 

Langkah 4
Hasilnya untuk diletakkan tisu dapur.

Jadikan tempat letak tisu dapur.

Langkah 5
Untuk tapak globe, pasangkan ice cream stick dan lekatkan frame gambar dengan hot glue.

Jadikan frame gambar.
Penyeri sudut.

Langkah 6
Potong globe menjadi dua menggunakan pemotong jenis ini.

Potong jadi dua bahagian.

Langkah 7
Cover dengan kain guni guna hot glue gun.

Balut kemas.

Langkah 8
Mix kan dengan kaki sofa lama dan boleh dibuat bekas snack
di dapur.

Tempat letak snack ringan.

Langkah 9
Lagi sebelah kita pasangkan chain dan boleh dijadikan pasu gantung.

Jadikan pasu gantung.

Artikel berkait:

DIY Pasu Hiasan Plastik Jadi Mnarik, Guna Barang RM2

DIY Sofa Bed Untuk Ruang Bawah Tangga, Confirm Jadi Port Family

IKLAN