Jangan Buang Lebihan Kulit Pisang, Boleh Jadi Baja Semula Jadi Suburkan Pokok Hiasan Dalam Rumah

Share

Siapa tahu rupanya pisang bukan saja sedap dimakan, tetapi kulitnya juga mempunyai manfaat tersendiri.

Selain untuk mencantikkan kulit wajah, ia juga sebenarnya boleh dijadikan baja semula jadi terutama untuk pokok hiasan yang ditanam dalam rumah.

Perkongsian dari Huda Zainal ini memberitahu cara bagaimana membuat baja daripada kulit pisang ini.

Menurutnya kilit pisang perlu direndam selama dua hari dua malam sebelum diagihkan pada semua pokok hiasan.

Baja semula jadi ini juga boleh diamalkan semburan airnya pada pokok sebulan sekali.

Tambahnya juga air rendaman kulit pisang ini juga tinggi dengan potassium selain kandungan nitogen, phosphorus dan magnesium yang mampu membuat pokok ‘gembira.

Dan katanya lagi jika risau kehadiran fruits flies

atau unggas, carikan bancuhan air rendam pada nisbah 1 : 5 (air rendaman kulit pisang : air biasa) dan boleh disembur pada pokok.

Selain itu, kulit pisang yang telah direndam juga boleh dipotong kecil-kecil dan tanam sedikit dalam pasu berpokok. Ia juga boleh menjadi baja semulajadi.

Baja semula jadi dari kulit pisang

Cara membuatnya:

1. Makan pisang dan ambil kulitnya sahaja.

2. Rendam kulit pisang dalam air selama 2 hari 2 malam.

3. Agihkan air rendaman kulit pisang ke dalam semua pasu.

Artikel berkait:

Roti Pun Boleh Jadi Baca, Ini Cara Buatnya

Tip Tanam Terung Supaya Berbuah Lebat

IKLAN