Kebiasaanya kita akan membuang saja kulit telur yang telah dimasak. Akan tetapi rupa-rupanya kulit telur ini juga ada gunanya.
Dalam satu perkongsian oleh Jatye Atie Christie dalam grup Berkebun Di Rumah memberitahu kulit telur boleh dijadikan baja organik untuk suburkan tanaman.
Menurutnya ia mengandungi (CaCO3) yang tinggi untuk membantu pokok hidup subur dan berdaya tahan penyakit.
Ads
Jadi selepas ini basuh kulit telur dan kumpul banyak-banyak sebelum menumbuknya hingga hancur.
Jika tidak mahu ditumbuk, boleh juga gunakan mesin pengisar tetapi risikonya mesin akan menjadi sedikit bercalar.
Ads
Atau jika rajin, boleh sangai dulu kulit telur ini sebelum dikisar guna mesin pengisar.
Cara Buat Baja Organik Dari Kulit Telur
1. Kumpul stok kulit telur dalam kuantiti yang banyak.
Kumpul banyak.
2. Kemudian cuci bersih dan jemur. Biarkan kering untuk proses ditumbuk halus menggunakan lesung batu.
Cuci bersih.
3. Proses menumbuk kulit telur hingga halus untuk dibuat baja sayuran.
Ditumbuk halus.
4. Proses menumbuk kulit telur yang sudah siap untuk ditabur pada pokok sayur. Hanya guna satu sudu teh untuk satu pokok.
Hidangan kuetiau memang jadi kegemaran kita. Tapi sering kali ada masalah bila nak menggorengnya.
Selalu terjadi, kuetiau goreng jadi lembik, kembang dan hancur. Kalau ini yang berlaku bila anda masak kuetiau goreng boleh ikut perkongsian Yurni Emilia ini yang berkongsi tip asas menggoreng kuetiau.
(KEMASKINI) Bank Negara Malaysia (BNM) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Kadar Dasar Semalaman (OPR) naik kepada 2.75 peratus dengan kenaikan mata asas sebanyak 25.
Keputusan itu dibuat oleh Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) dalam satu mesyuarat yang diadakan semalam. Ini adalah kenaikan kali keempat untuk tahun ini. Sebelum ini pada bulan September lalu BNM mengumumkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dinaikkan 25 mata asas menjadikan kadarnya ketika itu adalah 2.50 peratus.
Ramai yang merungut bila mendengar perkhabaran ini kerana tahu jika berhutang dengan bank sudah pasti ada kesan kenaikan. Tapi selain rungutan apa sebenarnya yang perlu kita lakukan bila OPR ini naik kerana ada kemungkinan ia akan terus naik.
Perkongsian daripada konsultan kewangan Afyan Mat Rawi ini boleh dijadikan panduan.
Ada hutang bank? Perkara paling penting untuk anda lakukan ialah semak kadar ansuran terkini.
Kadar ansuran sama ada akan: (1) Meningkat dengan kekalkan tempoh, atau (2) Kekal tapi tempoh lebih panjang
Susulan posting di atas, ramai ada yang bertanyakan soalan; Apakah kesan kenaikan OPR (overnight policy rate)?
Kenaikan OPR akan memberi kesan langsung terhadap BR (base rate) dan sekali gus memberi kesan kepada pengguna yang mempunyai hutang dengan bank.
1. Bayaran ansuran dengan hutang bank akan bertambah, atau 2. Tempoh bayaran ansuran hutang bank akan bertambah.
Ia terpakai untuk mana-mana hutang bank yang menggunakan floating rate / variable rate, seperti;
– Hutang ASB
– Hutang perumahan
– Sesetengah hutang kereta
– Sesetengah hutang personal financing
Bagi fasiliti hutang bank yang berkadaran tetap atau flat rate, ia tak berubah, seperti
– Hutang “personal financing” / “personal loan”
– Hutang kereta
– Sesetengah hutang perumahan, contohnya LPPSA
(Hutang PTPTN, hutang perabot, hutang dengan kawan yang dah lama kau tak bayar pun tak terjejas kadar bayaran ansuran dan tempoh hutang. Tinggal lagi kau nak bayar atau tidak)
Ia terpakai untuk kedua-dua perbankan Islam dan konvensional. Oh, nanti akan ada yang kata “kan aku dah kata, bank Islam pun riba juga. OPR naik, dia pun naik.”
Rileks. Selalunya yang kata gitu tak memahami pun kontrak produk perbankan Islam.
Hutang dengan perbankan Islam tidak menjejaskan jumlah
Bagi hutang dengan perbankan Islam, kadar naik turun OPR tidak menjejaskan jumlah bayaran balik hutang bank sebagaimana yang termaktub di dalam kontrak. Yang berbeza hanyalah jumlah ataupun tempoh ansuran. Ia akan ada kadar siling.
Tapi bagi perbankan konvensional, tidak ada dalam kontrak jumlah bayaran balik hutang. Ia 100% bergantung kpd naik turun OPR dan BR. Semaklah dalam kontrak hutang bank konvensional, takkan ada jumlah bayaran balik hutang sebagaimana dalam perbankan Islam.
Untuk makluman, dalam sejarah, kadar faedah bank-bank di Malaysia pernah naik sehingga melebihi 10%!
Ayam goreng kalau nak sedap selalu buat salutan tepung. Ayam goreng jadi rangup. Tapi ada lagi satu cara yang mudah tak perlu bancuh tepung untuk buat ayam goreng yang sedap.
Caranya selain gaul dengan garam dan kunyit untuk sebelum menggoreng, tambah sikit dengan tiga bahan ini iaitu serbuk cili, serbuk kari dan bawang putih.
Hasilnya ayam goreng yang digaul dengan bahan ini memang akan jadi lebih sedap kerana bahan tambahan tadi akan meresap sampai ke dalam isi ayam. Confirm lepas cuba, kita akan tukar cara buat ayam goreng ikut stail Nurul Ateekah ini.
Ayam goreng memang sedap, kebiasaan orang akan letak kunyit dan garam tapi saya setiap kali goreng ayam akan gaulkan sekali bahan ini;
-1 sudu besar serbuk cili
-1 sudu kecil serbuk kunyit
-1 sudu besar serbuk kari ikan
-Serbuk perasa 1 sudu kecil
-Garam ½ sudu kecil
-Bawang putih 2 ulas ditumbuk halus
Perapkan ayam dengan bahan di atas dalam 30 minit kemudian goreng.
Saya guna bahagian kepak ayam dan campuran bahan yang diperap tadi akan serap sampai ke isi. Bila goreng, hasilnya jadi garing di luar,juicy di dalam.
Saya jamin siapa yang cuba ayam goreng cara ni mesti akan rajin goreng ayam.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...