Kalau diperhatikan sekarang banyak iklan digantung tepi jalan yang menyatakan mahu menjual tanah lot pada murah. Selalunya kawasan tanah kampung atau pinggir bandar
Beli tanah ini dan bina rumah! Ramai yang fikir begini tapi hati-hati ya, selidik betul-betul. Jangan terus teruja dengan tawaran harga murah ini. Dibimbangi ia adalah tanah lot lidi yang berisiko menyusahkan anda nanti. Kalau terbeli tanah lot lidi tanah ini, dah bayar habis pun ia takkan jadi milik kita sepenuhnya.
Perkara ini dikongsi oleh Perunding Hartanah Dr. Azizul Azli Ahmad. Ikuti penjelasan beliau berdasarkan pengalamannya.
Jangan terpedaya beli tanah harga murah
RUMAH CANTIK, TAPI?
Semalam saya ziarah satu rumah selepas tuan rumah maklumkan nak jual rumahnya.
Bila saya minta salinan geran, tuan rumah kata ada dengan peguam.
Katanya namanya ada dalam geran tanah ini. Saya mula rasa ada yang tak kena.
Tuan tanah ini beli tanah pada harga RM70,000 . Kos bina rumah cantik begini pada harga RM170,000.
Dalam iklan yang ditawarkan, bunglow ini hanya pada harga RM165,000 sahaja.
Ads
“Dulu dia janji masukkan nama dalam geran,”ceritanya laju.
Akhirnya saya faham bahawa kediaman ini dibina atas Lot Lidi kita sebut. Lot lidi adalah lot pertanian yang belum dipecahkan menjadi lot individu yang berstatus bangunan.
Penjual bila pembeli dah seronok dan bina bangunan, akan mintak duit lagi nanti nak tukar status atau pecah lot dan sebagainya.
“Saya jual murah sebab tuan tanah mintak tambah lagi RM30,000 untuk tukar status tanah bang”.
Nampak permainan mereka? Ramai yang gila beli tanah konon sebab harga murah. Mereka nak buat rumah sendiri dah pencen nanti katanya.
“Saya dah beli tanah kat kampung bang, murah RM56,000 saja”. Cerita yang selalu saya dengar.
“Orang kampung jual, murah murah. Saya buat personal loan senang bang”.
Ads
Elak beli lot lidi
Saya dah banyak kali tulis, kelemahan Lot Lidi ini kawan. Elakkan beli Lot lidi ini sahabat sekalian.
1. Tanah kita buat rumah itu bukan kita punya, ia tetap tuan tanah punya walau nama kita kononnya masuk dalam geran. Proses pindah milik tak berlaku.
2. Ketiadaan geran individu yang berasingan, bagaimanakah tanah lot itu boleh dipindah milik kepada nama pembeli?.
3. Pembinaan rumah tidak boleh dilakukan di atas tanah lot lidi tanpa kebenaran PBT.
Ads
4.Tanah tanpa geran sudah pasti tanah ini juga tidak boleh digadaikan kepada bank untuk dapatkan pembiayaan. Apa guna ada tanah tiada nilai?
5. Pemilik Lot lidi tidak layak mendapat pampasan jika tanah diambil oleh kerajaan. Hanya tuan tanah yang layak dapat.
6. Dari segi perundangan tanah yang dibeli pada harga puluhan ribu ringgit itu sebenarnya masih menjadi hak pemilik asal kerana ia tidak dipindah milik secara rasmi kepada pembeli.
7. Walau ada perjanjian, cop lawyer dan sebagainya kata si penjual. Ia tetap tidak diperakui sah Di bawah Kanun Tanah Negara.
“Kalau geran lengkap semua nie saya nak jual RM300,000 nie bang,”ceritanya semalam.
Rumah takkan jadi milik kita sepenuhnya
Kawan kawan,
Hindari membeli Lot Lidi dan tanah tanah lot murah ini. Ia tak jadi milik kita sepenuhnya. Banyak penyelewengan berlaku dan duit susah dapat balik nanti.
“Padanlah tanah nie murah, lot lidi rupanya”.
Lebihkan hati hati agar tak jadi mangsa tipu nanti. Dikampung banyak kisah begini.
Kerisik antara bahan masakan yang kita digunakan untuk hari raya. Dalam dua minggu lagi kita pun akan menyambutnya, jadi elok kalau buat siap-siap.
Kerisik ini memang boleh saja dibeli tapi ada juga terkena kerisik berbau tengik, memang spoil rendang dibuatnya.
Supaya puas hati dan menyenangkan kerja memasak di hari raya nanti boleh gunakan cara yang dikongsi oleh Yayar B. Awang Noh supaya kerja menyediakan kerisik lebih mudah dan tahan lama.
1. Goreng kelapa parut bersama ketumbar. Kalau rajin boleh jemur dahulu kelapa parut.
2. Bila kelapa dah garing, sejukkan sekejap.
3. Kemudian masukkan kelapa goreng ke dalam mesin pengisar basah dan masukkan sekali minyak masak.
4. Kisar kelapa parut sehingga halus. Siap
5. Simpan dalam botol, Insya-Allah tahan lama kerana kerisik sudah berminyak elok.
Kalau stres tengok sofa yang dah uzur tapi belum ada banyak nak ganti baru, ini idea yang boleh anda praktikkan supaya tetap dapat sofa baru tanpa banyak modal.
Tak mampu beli, kita ganti sarung sofa saja. Hasilnya memang macam sofa baru. Paling menarik kita boleh buat sendiri kat rumah. Macam yang dilakukan oleh Ya Mieza.
Memang jimat, untuk tukar sarung sofa 3+2+1 ini dia menggunakan 21 meter kain lerang 60 yang berharga RM12 semeter.
Modalnya cuma beli kain cuma RM252, stapler dan kemahiran menjahit. Berbanding kalau dihantar ke kedai harganya untuk ganti sarung sofa ini mencecah RM1 ribu. Nice kan! Motif kain pula boleh pilih ikut citarasa dan bajet kita.
Bagi yang nak tukar penampilan sofa kat rumah tu boleh ikut step by step yang dikongsi oleh Ya Mieza.
Step by step pasang sarung sofa
Step by step pasang sarung sofa by Mieza. Harap dapat membantu. Material kain langsir english cotton lerang 60 semeter RM12. Untuk menyiapkan kerangka 3+2+1 seater menggunakan 21 meter kain.
Bagi yang ada pesakit gout dalam rumah, memang serba salah nak menyediakan hidangan berasas daging yang tinggi purine ini. Takut termakan, gout menyerang.
Namun begitu menurut Principal Scientist, Dr Suri Roowi ada beberapa kaedah memasak yang boleh digunakan pakai untuk menurunkan kandungan purine tinggi penyebab gout. Jadi bolehlah cuba.
Teknik memasak dan kesannya terhadap purine (penyebab gout)
Bagi pesakit gout, kandungan purine yang tinggi dalam makanan boleh sebabkan gout. Bahan ini hadir dalam makanan dan kuantitinya bergantung kepada teknik memasak. Contohnya;
1. Teknik memotong daging
Daging yang dipotong kecil-kecil @ daging hancur (minced meat) lebih rendah kandungan purine berbanding daging yang dipotong besar-besar.
2. Membilas
Teknik membilas diikuti dengan memasak makanan akan kurangkan jumlah purine.
Kajian menunjukkan membilas daging lembu menggunakan air dan daging pada nisbah 5 : 1 selama 5 minit diikuti dengan alirkan dengan air mengalir akan turunkan kandungan purine sebanyak 25%.
Kajian lain juga menunjukkan jumlah kandungan purine daging lembu menurun dengan ketara dari 8.6 kepada 5.2 mg/g protein selepas dibilas. Selepas membilas dan memasak penurunan yang lebih besar dilihat antara 4.6 mg/g protein.
Sampel ayam belanda tanah tidak menunjukkan perubahan ketara selepas dibilas, tetapi penurunan ketara dilihat selepas dibilas dan dimasak. Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan bahawa membilas makanan di dalam air berkesan mengurangkan jumlah kandungan purin dan memasak seterusnya selepas membilas menghasilkan pengurangan jumlah kandungan purin yang lebih besar.
3.Teknik Memasak
Merebus makanan lebih baik berbanding kukus dan memasak gelombang mikro.
Kajian menunjukkan bahan purine dalam ikan tilapia menurun daripada 46% kepada 25% setelah direbus dan dikukus selama lebih 30 min.
Sebaliknya, hanya 17% purine telah hilang jika dimasak dengan microwave selama 7 minit. Bahan purine dalam ikan yang digoreng pula didapati lebih tinggi. Walau bagaimanapun, mendidih ikan yang sama akan mengurangkan tahap purine.
4. Masa memasak
Masa memasak juga mempengaruhi kandungan bahan purine. Kajian menunjukkan memasak sup cendawan pada masa lama akan hasilkan bahan purine lebih banyak.
NOTA: Selain daging, makanan laut dan organ dalaman juga adalah antara sumber makanan tinggi purine yang boleh menyebabkan asid urik punca masalah gout.
Jangan selalu biar lampu 'fuel low' menyala, ada bahaya menanti! Tapi sebenarnya ramai yang antara kita buat perkara sebaliknya. Walau dah tanda fuel low dah...