Ads

Gelang Emas Guna Cangkuk ‘S’, Cara Betul Buka & Tutup. Jangan Tindih!

Gelang emas atau rantai tangan emas memang perhiasan diri wajib bagi kebanyakan wanita. Bagi keselamatan supaya tak tanggal akan ada penutup atau pengunci jenis cangkuk ‘S’ bagi gelang dan rantai ini.

Tapi selalu terjadi cangkuk S pada gelang emas atau rantai leher ini bengkok atau rosak. Ada yang patah hingga menyebabkan ia tertanggal. Lagi rugi bila kita tak sedarpun bila tertanggal.

Cangkuk bengkok atau rosak ini berpunca kerana cara kita buka dan menutupnya adalah salah.

Sebenarnya untuk buka dan tutup cangkuk ini ada cara atau tekniknya. Perkara ini dikongsi oleh Mexsu Empire.

Cara buka dan tutup cangkuk ‘S’ pada gelang emas

Kebiasaannya untuk buka kita akan kembangkan cangkuk dengan menariknya ke atas. Cara ini salah.

Begitu juga bila menutupnya kita tindih untuk rapatkan cangkuk. Cara tutup cangkuk S begini  juga salah. Kita sangka ia lebih kemas tapi sebenarnya cara ini cangkuk senang patah dan gelang boleh tercicir.

Ads

Cara salah buka cangkuk pada gelang emas

Cara betul pasang cangkuk ‘S’

Cara betul untuk buka cangkuk adalah dengan menolaknya ke depan bukan tarik ke atas.

Cangkuk S gelang emas

Ads

Manakala bagi menutup cangkuk pastikan kita tutup cangkuk tanpa menindihnya. Pastikan cangkuk rata seperti gambar di bawah, cara ini barulah ia tak rosak atau patah.

Begini cara betul buka cangkuk S gelang emas

Untuk lebih jelas boleh lihat video perkongsian Mexsu ini.

Ads
@mexsu_empire tips utk iollss yg ada cnagkuk S #fypシ゚viral #fypシ #makkutu#ems916ori ♬ suara asli – pisces,,85

Semoga bermanfaat.

Sumber: Mexsu Empire.

Baca:  13 Tahun Kerja Kedai Emas, Wanita Ini Kongsi Cara Betul Cuci Emas, Boleh Buat Sendiri Di Rumah

Dapatkan tip memancing, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

13,343 Jawatan Baharu KKM Diluluskan, Berita Baik Perkukuh Sistem Kesihatan Negara

13,343 jawatan baharu KKM diluluskan kerajaan bagi memperkukuh sistem kesihatan awam. Langkah ini dijangka mengurangkan beban petugas, meningkatkan mutu rawatan dan menyokong operasi fasiliti kesihatan di seluruh negara.