
Mesti ramai yang menanam sayur keliling rumah dan tak sabar untuk tuai hasilnya. Jika nak tanaman ini cepat berhasil pokok haruslah dibaja.
Malah pembajaannya pun perlu betul, bukan main letak saja barulah pokok subur. Berdasarkan pengalamannya menanam pokok bendi, bayam, pakchoy dan kailan Liyana Mohd Poad berkongsi cara pembajaan yang dilakukan hingga tanamannya cepat berhasil malah subur-subur belaka.

Ini jenis cara pembajaan yang dipraktikkan
Minggu 1-tinja ayam proses setengah sudu kecil.
Minggu 2-tinja ayam proses setengah sudu kecil.
Minggu 3-tinja kambing proses setengah sudu kecil.
Minggu 4-Baja kopi.
Minggu 5-Baja kopi.
Minggu 6-Baja Ikan.
Minggu 7-Baja Ikan.
Minggu 8 sampai akhir – baja ikan.

Info
Sebelum tanam anak pokok, gaulkan tanah dengan tinja ayam dulu. Biarkan selama dua hari atau 4-5 hari dahulu supaya tanah sebati dengan baja.
Kemudian barulah tanam anak pokok. Saya guna tanah ready made 6+,8+,10+ ,tanah sawit, tak perlu tunggu beberapa hari, boleh tanam terus, baja letak kemudian.
Sebaiknya tanam baja di dalam tanah untuk proses penyerapan yang cepat dan tidak diganggu semut atau lalat.



Selamat mencuba.
Sumber: Liyana Mohd Poad
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI
Download
sekarang!
7 Teknik Lipatan KonMari Yang Wajib Diketahui Semua Wanita Agar Almari Pakaian Kita Kemas Giler !

Ratu kemas yang berasal dari Jepun, Marie Kondo ini nampaknya semakin popular sejak rancangan Tidying Up With Marie Kondo ditayangkan di Netflix.
Memperkenalkan kaedah KonMari dalam sebagai teknik penyusunan dan penyimpanan barang yang lebih teratur ramai wanita yang terikut dengan cara dia mengemas rumah. Bukan saja bukan saja di luar negara malah di Malaysia sendiri ramai.
Ada banyak kaedah penyusunan barang di rumah yang dikongsi oleh Marie Kondo tapi antara yang boleh diaplikasikan oleh kita di rumah adalah kaedah lipatan pakaian yang diperkenalkan.
Ini kerana ia akan menghasilkan almari yang cukup kemas, sedap mata memandang. Ciri menarik lipatan KonMari ini adalah setiap pakaian yang dilipat dengan kaedah ini boleh ‘berdiri ‘ untuk membolehkan ia disusun dengan kemas.
Berikut adalah kaedah lipatan pakaian KonMari yang boleh kita praktikkan di rumah.
1. Baju T

2. Baju lengan panjang

3. Seluar panjang dan pendek

4. Dres

5. Bra

6. Inner

Selamat mencuba!
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI
Download
sekarang!
Buat Sendiri Ayam Goreng Ala McD , Jimat Rasa Sama Sebijik!

Ayam goreng ini memang jadi kegemaran ramai terutama yang spicy. Pedas tapi sedap. Selalunya kita termasuk anak-anak makan begitu saja.
Kalau dah sekeluarga suka, elok rasa jika kita belajar buat sendiri demi penjimatan. Kan sekarang kita kena berjimat cermat.
Boleh cuba resipi yang dikongsi Noraslina Harun ini, ramai yang dah cuba dan kata rasanya sebijik macam ayam goreng McD.
Resipi Ayam Goreng Ala McD
Bahan-bahan :
Ayam
Tepung jenama Bestari
Tepung Gandum
Tepung Beras
Serbuk Cili (jika perlu)
Minyak Masak
Reseipi ni tak memerlukan garam sebab tepung Bestari tu dah masin
Cara penyediaan:
1. Bancuh tepung Bestari bersama air sahaja. Bancuh sampai jadi sederhana pekat (ikut pada kuantiti ayam)
2. Masukkan ayam dalam bancuhan tepung tadi & perap. Makin lama perap makin lembut isi ayam & rasa pedas akan serap dalam isi ayam. Saya perap 5 jam.

3. Sediakan tepung untuk salutan pulak.
4. Campurkan tepung Bestari yang belum dibancuh dengan airbersama tepung gandum & tepung beras (saya tiada sukatan tetap. Agak-agak je. Anggaran 1 senduk tepung Bestari, 1 senduk tepung gandum 1 1/2 senduk tepung beras) macam dalam gambar. Kalau nak pedas campur serbuk cili.

5. Kemudian ambil ayam yg dah perap tadi masuk dalam campuran tepung kering & salutkan serata. Buat seketul-seketul sebab kalau buat banyak, jadi tak cantik & tak bersalut. So kena sabar masa ‘bedak kan’ ayam.

6. Masukkan ayam dah salut tadi dalam minyak panas. Nak lagi bagus goreng dalam periuk sebab minyak sekata & ayam terendam (tak perlu balik-balikkan banyak kali. Biarkan dia masak dengan tenang).

Waktu menggoreng dalam periuk atau kuali boleh la masuk kan 3-4 ketul. Jangan banyak sangat, ikut saiz periuk atau kuali.
7. Goreng hingga agak kekuningan. Angkat dan boleh terus makan.

AMARAN : Tepung Bestari ni pedas.
Selamat mencuba!
Sumber: Noraslina Harun
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI
Download
sekarang!
Bila Harga Minyak Turun Menjunam, Ini Yang Perlu Kita Lakukan Untuk Bantu Negara

Bila harga minyak turun kita memang gembira walaupun pada masa PKP sekarang ia seakan tak memberi makna.
Namun begitu penurunan harga minyak sekarang bukanlah sesuatu yang baik untuk ekonomi negara kita. Bila ekonomi tak baik, kita rakyat yang akan terima kesannya. Jadi apa perlu kita buat waktu ini untuk membantu ketika harga minyak makin turun. Boleh pertimbangan idea dari Muhammad Mamzah
Ini kempen selamatkan negara
Isilah minyak di Petronas. Gunakanlah apps Setel yang Petronas buat tu. Ini bukan kempen politik. Ini kempen selamatkan negara.
Jika anda tidak isi guna Petronas, maka tiada lah lagi BPN banyak-banyak di masa akan datang. Ini cerita serius, bukan main-main. Ketika status ini ditulis, harga minyak dunia sudah mencecah USD 5 / barrel.
Banyak bantuan kerajaan kepada kita dikeluarkan berdasarkan dana unjuran Petronas mengikut harga pasaran minyak dunia. Ketika Pakej Ransangan Ekonomi 1 dan 2 dibuat, ia dikira berdasarkan unjuran harga minyak dunia di atas 38 USD / barrel.
Tetapi, semalam harga minyak dunia telah mencatatkan sejarah terburuknya sepanjang peradaban manusia. Satu tong hanya bernilai USD 5 atau RM 25 sahaja! Satu tong barrel ini bersamaan 158 liter padu minyak mentah. Ini bermakna, sepinggan Nasi Arab lebih mahal daripada satu tong kecil minyak mentah dunia!
Penurunan harga ini dijangka akan berterusan sehingga melakukan ‘a new freefall’ tidak lama nanti sehingga mencecah new milestone: -4 USD / Barrel atau 0.04 USD / Barrel. Ini petanda buruk bagi warga oil n gas secara khususnya dan petanda buruk bagi Malaysia secara amnya.
[UPDATE 2.30am 21 April 2020] Harga pasaran minyak dunia untuk May 2020 ditutup pada harga -37.36 USD per barrel. Negatif tau… negatif!
Salam takziah buat sekalian pekerja-pekerja oil n gas seluruh dunia. Buat pekerja ong darat (jurukaunter, jurupam dll), bertabahlah menghadapi masa akan datang. Berdoalah agar jawatan anda kekal dan jika tidak kekal sekalipun, berdoalah agar anda dapat pekerjaan baharu yang lebih baik.
Masa untuk bantu
Jangan salahkan kerajaan kerana harga pasaran dunia bukan ditentukan kerajaan. Sebaliknya bertabahlah menghadapi ujian ini. Bersyukurlah kerana kita satu-satunya di dunia yang punya kerajaan yang telah banyak membantu rakyat. Semuanya tidak lain, sebahagian besarnya adalah hasil sumbangan Petronas.
Inilah masanya kita membantu semula kerajaan yang telah banyak bantu kita selama ini. Saya dah pun setia bersama Petronas sejak belasan tahun yang lalu. Kerana saya tahu, kemakmuran Malaysia ini disumbang sebahagian besarnya oleh Petronas.
Pada asalnya, sekeluarga saya mengisi minyak Mobil dan Petrojet. Tetapi setelah kesedaran sampai, arwah ayah saya pernah berpesan…
“Kita ini hidup sudah banyak dibantu kerajaan. Jadi inilah sumbangan kecil kita kepada kerajaan. Isilah Petronas ini sampai bila-bila. Ambil kad ayah ni dan gunalah bila-bila.”
Itulah pesan arwah ayah saya satu masa dahulu ketika memberikan saya menggunakan kad Mesra miliknya. Sehingga hari ini saya masih simpan lagi. Terima kasih ayah kerana memberikan kesedaran ini awal kepada saya.
Ayuh sebarkan kesedaran ini kepada masyarakat am di luar sana. Ini sebahagian bentuk jasa kita kepada negara. Jika bukan anda yang membantu negara, maka siapa lagi? Jangan tanya apa bantuan kerajaan kepada kita, tetapi tanyalah diri anda berapa banyak telah aku bantu negara ini?
InsyaALLAH, sedikit sebanyak jika kita bantu membantu, ketika tibanya waktu sukar nanti, ada jalan keluar ALLAH SWT berikan kepada kita.
Sumber: Muhammad Mamzah
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI
Download
sekarang!

