Jenis plug yang di rumah bukan sekadar pada dinding, banyak juga yang kita beli untuk menampung kegunaan di rumah seperti extension plug.
Tapi kita kena tahu plug ini ada fungsi yang berbeza, tak boleh guna semua barang elektrik. Silap pasang boleh terbakar.
Supaya tak berlaku kejadian tak diingini, elok kita tahu fungsi setiap plug yang ada di rumah. Panduannya ada dikongsi oleh @zalyazahari
Jenis plug di rumah dan barang elektrik yang sesuai
Kalau perasan plug dekat rumah kita ada banyak jenis. Tapi tak semua plug sesuai digunakan harian. Silap guna boleh terbakar. Berikut dikongsi jenis plug yang sesuai digunakan.
1. Direct plug
Untuk heavy use seperti;
– Fridge
– Cuckoo , Coway dll
– Aircond
Barang letrik yang besar tak boleh pakai extension plug atau kongsi dengan alatan electrik yang heavy use lain. Kena guna satu plug untuk satu barang elektrik.
Ads
2. Extension plug
Sesuai untuk kegunaan;
TV
Kipas
Charger Handphone
Penapis udara
Camera charger
Hair dryer
Boleh guna untuk pelbagai barang elektrik yang kecil tapi pastikan dan logo SIRIM.
3. Plug 3 pin adapter
Plug travel ini hanya sesuai untuk guna sementara macam charge phone or charge camera. Vacuum pun okay untuk penggunaan sementara.
4. Powercube
Ads
Jenis ini boleh guna untuk;
-TV
-Computer
-Charger camera ,phone dll
JANGAN SESEKALI GUNA UNTUK
-Microwave
-Oven
-Aircond
Sangat bahaya !
5. Extension with usb (wall socket)
Ini pun sama dia tak boleh guna untuk peralatan electrik yang heavy use macam aircond, mesin basuh dan lain-lain. Hanya sesuai untuk charger , tv atau yang tak gunakan tenaga electrikc kuat la. Plug bersama cable USB ini sesuai charging sahaja
Ads
6. Round extension box
Sesuai untuk kerja sementara seperti drill, mesin basuh,komputer dan sebagainya. Pastikan semua wayarnya dikeluarkan bila hendak digunakan supaya aliran elektrik tak tersekat.
7. Adapter smart
Ini hanya untuk penggunaan sementara seperti mengecas telefon. Boleh switch off melalui apps and set timer juga. Boleh check aliran electrik jugak. Kalau terlupa tutup plug iron boleh kawan melalui telefon.
Menghias kediaman biasanya menelan belanja yang agak besar. Tapi kalau anda jenis yang kreatif tak mustahil benda murah boleh digunakan untuk dekorasi dan hasilnya tetap cantik.
Ini dibuktikan oleh @dian.jaunah yang berkongsi idea yang dipraktikkan. Hanya menggunakan sellotape atau pita pelekat dia berjaya menghias feature wall untuk bilik tetamu. Meski ringkas tapi cantik dan berseni.
Hanya perlu sellotape dan kreativiti
Ukur untuk buat frame
Hiasan boleh ikut kreativiti, boleh ambil idea dari pinterest juga.
Hasilnya
Boleh juga dibuat pada sudut kediaman yang dirasakan kosong
Ini antara masak lemak paling senang nak buat. Tapi hasilnya punyalah sedap. Labu masak lemak ini tak boleh banyak lauk, gabung dengan ikan goreng dah mantap.
Kalau tambah sambal belacan boleh pergi dua pinggan nasi. Bagi yang tak pernah buat bolehlah cuba ikut resepi yang dikongsi oleh SuiSan Aliezsha. Bahan untuk buat masak lemak ini cuma tiga saja. Tak perlu cili atau bawang.
Cara buat masak lemak labu, lauk paling mudah
Bahan-bahan:
Labu (buang kulit dan potong)
Daun kunyit
Kelapa parut – perah santannya (jangn kedekut santan).
Cara membuat:
Sediakan kuali, satu labu, daun kunyit dan santan di dalamnya
2. Kacau-kacau hingga santan dan labu masak.
3. Perasakan dengan garam secukup rasa. Siap! Makan dengan ikan goreng atau ikan kering, memang terbaik.
Cendawan celup tepung yang garing dan rangup memang sedap. Boleh makan macam tu saja macam makan kerepek. Kalau hidang sepinggan memang sekejap saja licin.
Nak hasilkan cendawan yang rangup dan sedap ini ada caranya, kalau teringin bolehlah ikut perkongsian Aisyah Humaira.
Bahan kering
1 paket cendawan
1 cawan tepung Bestari pedas (tak suka pedas boleh pilih yang original)
2 sudu besar penuh membukit tepung jagung
3 sudu besar penuh membukit tepung beras
Sedikit serbuk kunyit -ikut warna kuning yang diingini
Bahan lain:
2 sudu besar air kapur makan
Minyak masak secukupnya
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Cara membuat:
1. Basuh cendawan tiram. Cukup lalukan pada air untuk bersihkannya. Jangan basuh sampai cendawan serap air. Tak perlu kering sangat sebab nanti akan diadun dalam bahan adunan basah.
2. Satukan semua bahan kering dalam bekas kacau rata dan masukkan air sedikit sedikit sambil kacau hingga terhasil adunan yang tidak terlalu pekat dan tak terlalu cair.
3. Tip menggoreng supaya rangup, letak separuh dulu cendawan dalam bekas adunan ratakan, kemudian masuk satu dalam kuali. Guna minyak yang banyak lagi bagus.
4. Dah hampir masak baru balikkan cendawan. Apabila cendawan dah nak garing baru leraikan yang melekat.
Guna api kena kuat, kecilkan api kalau nampak dah berasap ya. Goreng sampai bunyi desir dah kurang. Itu tanda cendawan dah masak elok.
Cendawan kena masak betul garing baru ranggup dan tak serap minyak.