Tanam Kacang Botor Tapi Tak Mahu Berbuah Cuma Lebat Daun, Kena Ikut Petua Ini

Share

Tanam kacang botor tapi tak mahu berbuah cuma lebat daun, kena ikut petua ini…

Kacang botor atau kacang kelisa ini antara tanaman yang selalu kita tanam di rumah. Ia jenis tanaman angka masa pendek untuk dapatkan hasil.

Jika betul penjagaannya minggu ke 10-12 dari hari semai sudah pun boleh menikmati ulam kacang botor ini. Tapi satu masalah yang selalu dihadapi bila menanam sayur ini ialah daunnya lebat tapi tak berbuah atau dipanggil mabuk daun.

Kalau hadapi masalah yang sama boleh ikut tip penjagaan yang dikongsi oleh Jabatan Pertanian Malaysia dan juga Hashimah Mohamad Shariff untuk pastikan pokok subur elok dan kacang botor berbuah lebat. Insya-Allah akan berbuah lebat.

Petua tanam kacang botor supaya berbuah lebat

Foto: Facebook Hashimah Mohamad Shariff
1. Siram 2 kali sehari, pagi dan petang. Anak pokok perlukan air yang banyak untuk membesar.

2. Bila anak benih sudah naik, atau berusia 2 minggu buat junjung atau letak pancang kayu untuk bantu pokok memanjat/menjalar.

Foto: Facebook Rosnah Binti Hamid
3. Kena cabut rumput untuk elakkan persaingan dengan pokok untuk dapatkan zat makanan, cahaya dan air.

4. Guna baja organik/baja asli seperti tahi ayam atau kompos. Baja boleh dibuat selepas pungut hasil atau bila lihat kesuburan pokok merosot.

5. Jika kacang botor tak berbuah dan mabuk daun boleh praktik petua ini, buang daun-daun tua dan tunas di pangkal pokok supaya cukup nutrien untuk pembentukan buah. Insya-Allah pokok akan mula berbuah lebat.

Foto: Facebook Hashimah Mohamad Shariff
6. Biasanya kacang botor boleh dikutip hasilnya dalam tempoh 2 bulan lepas disemai. Kutip setiap 2-3 kali sehari untuk elak buah tua.

Semoga bermanfaat

Sumber:  Jabatan Pertanian Malaysia & Hashimah Mohamad Shariff

Baca Lagi: Tip Tanam Kacang Botor Supaya Cepat Berbuah, Kena Tanam Jenis Yang Berbunga Warna Ini

Published by
VK