Kejadian kenderaan terjunam ke dalam sungai, longkang sudah banyak  kita dengar. Paling menyayat hati bila kejadian melibatkan banyak nyawa terkorban.

Dalam masa yang sama ia turut mencetuskan tanda-tanya, jika kejadian seperti ini berlaku pada kita apa yang perlu dilakukan. Info berikut mungkin boleh membantu ketika kecemasan sebegini.

1. Cuba fokus selamatkan diri

Walaupun panik dan ketakutan, kita perlu cuba untuk fokus pada satu matlamat iaitu menyelamatkan diri. Ini kerana sebaik terjunam ke dalam air yang dalam kita masa yang ada cukup singkat untuk menyelamatkan diri. Justeru kita perlu bertindak pantas.

2. Buka tali pinggang keledar

Perkara pertama yang perlu dilakukan sebaik kereta terjunam dalam air adalah buka tali pinggang keledar, jika tidak ia akan melambatkan tindakan kita untuk menyelamatkan diri.

Jika Kemalangan & Kereta Terjunam Dalam Air, Langkah Ini Boleh Selamatkan Nyawa Anda!

3. Cuba buka tingkap

Sebelum kereta tenggelam lebih dalam cuba buka tingkap kereta. Fungsi elektronik dalam kereta selalunya masih boleh berfungsi selama tiga minit sebaik tenggelam dalam air.

IKLAN

4. Pecah cermin

Jika tingkap tidak boleh dibuka atau kita tidak sempat berbuat demikian, maka satu-satu jalan keluar yang ada adalah dengan memecahkan cermin kereta  dengan cepat.

Gunakan alat tajam yang ada di dalam kereta untuk memecahkannya. Jangan cuba pecahkan cermin hadapan kerana ia dicipta untuk menahan impak yang  kuat. Jadi agak sukar untuk memecahkannya.

Pilihan yang ada adalah memecahkan cermin tingkap bahagian kiri atau kanan kereta.

IKLAN

Jika Kemalangan & Kereta Terjunam Dalam Air, Langkah Ini Boleh Selamatkan Nyawa Anda!

5. Boleh gunakan tempat sandar kereta!

Sekiranya tiada alat yang tajam di dalam kereta yang boleh digunakan untuk memecahkan pada cermin alternatif lain adalah dengan menggunakan tempat sandar kepala kereta anda!

Cabut tempat sandar kepala dari tempat duduk anda. Selepas berjaya mengeluarkannya, letakkan salah satu daripada dua rod besi itu di antara tingkap dan pintu dan masukkannya ke dalam.

IKLAN
Selain itu:  10 Sebab Anda Yang Bergaji RM2,000 Belum Boleh Beli Lagi Myvi Baru Atau Kereta Sama Harga Dengannya

Pastikan anda masukkan ke dalam salah satu bahagian bawah hujung tingkap, kerana itulah di mana ia paling mudah pecah.

Jika Kemalangan & Kereta Terjunam Dalam Air, Langkah Ini Boleh Selamatkan Nyawa Anda!

6. Berenang pantas

Selepas tingkap berjaya dipecah, keluar segera dan berenang ke permukaan dengan pantas. Ketika ini kemahiran berenang sangatlah penting untuk memastikan anda selamat.

WikiHow

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI