Jika Tanam Pokok Sayur Di Rumah, 5 Tip Ini Wajib Buat Supaya Tanaman Subur Menjadi!

Share

Ramai yang mula bercucuk tanam sayur di rumah sekarang, apatah lagi dengan harga sayur yang semakin naik.

Bagi yang baru mencuba, lima asas ini boleh dipraktikkan agar tanaman subur, menjadi dan tidak mengecewakan. Tip ini adalah hasil perkongsian Liyana Mohd Poad.

Wajib tahu kalau bercucuk tanam

1. Cara pilih biji benih berkualiti

Bila kita tanam terung, bendi, sawi, cili, peria, petola,labu dan sebgainya, pastikan benih yang dibeli adalah berkualiti agar tanaman yang terhasil memberi kepuasan kepada kita. Cara piilih biji benih yang elok;
-Rendam semalaman (24 jam).
-Pilih biji benih yang tenggelam sahaja
-Biji benih yang timbul buang

2.Letak baja tinja ayam atau tinja kambing di peringkat semaian.

Baja ini penting supaya tanah menjadi subur untuk 2 minggu pertama dan semaian menjadi dengan jayanya.

3. Letak semua tanaman di bawah cahaya matahari

Ia penting supaya tanaman boloh membuat makanannya sendiri utk mmbesar dengan cepat melalui proses fotosintesis.

4. Buang daun tua

Jika tanam pokok timun, terung, bendi kacang botol dan cili buang semua daun tua pada pokok. Ia supaya baja terus sampai kepada bunga dan buah serta mengelakkan makhluk perosak berumahtangga pada daun daun tersebut.

5. Buang tunai air bawah cabang Y

Buang juga tunas air di bawah cabang Y, kerana tunas air tidak berguna untuk penghasilan buah.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Liyana Mohd Poad.

IKLAN