Kaedah Paling Senang Bersihkan Microwave, Harum Pulak Tu. Tak Perlu Guna Sabun Pun

Share

Setiap rumah pasti ada microwave. Hampir setiap hari kita gunakan alat ini untuk memanaskan makanan atau lauk pauk.

Tapi bila last kita cuci microwave ya? Kalau tak dicuci ia boleh jadi tempat bakteria berkumpul pula.

Jadi baiklah ambil sedikit masa untuk cuci, sebab cara nak cuci microwave ni teramatlah senangnya. Tak perlu guna sabun pun.

Cuma guna hirisan lemon, hasilnya bukan saja bersih tapi ia turut menyahkan bau yang tak enak.

  • Ambil mangkuk isi air separuh.
  • Letak lemon sebiji. Perah jus & hirisan lemon
  • Masuk microwave dan panaskan selama 5 minit
  • Tunggu 2 minit sebelum buka supaya wap air tak keluar.
  • Lap microwave dengan kain bersih.
  • Bau pun harum semerbak.

Sumber: NawaiHuda

IKLAN