Cuba tanam jagung di rumah dan pokok pun dah naik elok. Tapi bila tuai hasil tak cantik pulak, isi jagung tak penuh dan tak manis.
Untuk hasil jagung yang berkualiti penting untuk mengetahui cara penanaman dan penjagaan yang betul. Berikut adalah panduan tanam jagung dengan teknik yang betul untuk menghasilkan jagung yang sihat, berkuali dan bebas racun perkongsian dari pekebun jagung sendiri.
Kaedah penanaman jagung yang betul
Siapa nak tanam jagung dengan teknik yang betul untuk menghasilkan jagung yang sihat, berkualiti dan bebas racun kimia. Saya sharing di sini.
1. Pilih benih yang berkualiti
Sebaiknya benih hibrid. Banyak varieti jagung yang berada di pasaran. Pilihan varieti jagung yang saya tanam adalah King Corn 316 keluaran AG.
2. Penyediaan kawasan
Semua jenis tanah sesuai digunakan. Kecuali tanah yang menakung air. Buat saliran utk mengurangkan risiko kelembapan tinggi.
Tanah hendaklah dibersihkan dari segala pokok pokok dan rumput. Plough tanah sebanyak dua kali dan batas dibuat. Untuk jagung saiz batas yang paling sesuai adalah lebar batas 3 kaki dan saiz longkang adalah seluas 4 kaki untuk memudahkan kerja.
Ads
Selepas itu tabur tinja ayam. Sembur dengan mikrob berfaedah seperti IMO yg dicampur dengan Mol Kangkong @ Mol Ikan ( xtra Booster + xtra Amino ) untuk membantu meningkatkan nutrien dalam tanah dan menyuburkan tanah.
3. Jarak tanaman
Jarak tanaman adalah 1 kaki x 4 kaki. Jarak tanaman mempengaruhi saiz buah dan keseragaman pokok di mana kadar cahaya, udara dan air dapat dibekalkan dengan baik untuk tanaman.
4. Kawalan penyakit dan perosak
Sembur seminggu sekali secara berjadual menggunakan bahan kawalan organik sebaiknya. Banyak kawalan organik berada di pasaran. Kalau rajin boleh buat sendiri. Saya gunakan Produk Sri Organik dalam aktiviti kawalan serangga dan penyakit.
Ads
5. Pembajaan
Hari ke 20 : NPK Hijau 15:15:15 ditabur keliling pokok
Hari ke 40 : NPK Biru 17:17:17:2 ditabur keliling pokok.
Hari ke 50 : NPK 17:17:17:2 ditabur keliling pokok
Saya menggunakan baja NPK Yara
Baja boleh bagi 2 ke 4 kali maksimum
Suka hati tengok kepada pertumbuhan pokok
5. Pilih jagung
Pada hari ke 30-40 pemilihan jagung dibuat. Pilih hanya satu tongkol sahaja utk mendapatkan Gred A, selebihnya bolehlah dipetik utk dijadikan baby corn dan dijual atau beri makan pada ternakan.
6. Cantas bunga
Pada hari ke 50, cantas semua bunga utk mengelakkan serangan ulat pada peringkat akhir tanaman. Biasa nya tangkai bunga ini menjadi perumah kepada ulat ini.
Ads
7. Pada hari ke 62- 65 hari jagung sudah boleh dituai.
8. Siram jagung sekali setiap hari. Apabila ada hujan memadai menyiram jagung apabila perlu sahaja. Jagung perlukan air di peringkat awal pertumbuhan.
9. Kawalan rumpai
Kawalan rumpai menggunakan racun pracambah. Jika ada rumput tumbuh, potong menggunakan mesin rumput atau cabut dgn tangan. Kawalan rumpai di peringkat awal penanaman adalah lebih baik.
Untuk penanaman skala komersil pastikan anda menanam apabila sudah ada pasaran. Jangan tanam dulu baru cari pasaran. Untuk penamanan di tepi rumah, ikut langkah di atas, insyaallah berjaya.
Pokok kari antara tanaman yang mudah ditanam, cucuk saja keratan batang akan keluar benih.
Tapi belum tentu lagi pokok kari tumbuh merimbun, selalu juga yang ada 2-3 cabang daun kari saja.
Jika nak pokok kari tumbuh serumpun, rimbun banyak daun untuk kegunaan masakan boleh cuba cara yang dikongsi Fazlie Che Fauzi.
Cara tanam pokok kari dari keratan batang, kelar dan buang kulit
1) Potong batang kari yang sudah tua dalam 4-5 inci.
2) Buang kulitnya separuh saja, jangan sekeliling batang.
3) Jadi seperti ini.
4) Letak di atas tanah dengan bahagian yang telah dikelar mengadap ke bawah. Biarkan begitu tanpa perlu tambun tanah. Siram hari-hari, letak di tempat teduh dulu.
5) Cara ini keratan batang akan keluarkan tunas lebih banyak, dapatlah serumpun pokok kari.
Ini gambar pokok kari bertunas selepas lebih kurang seminggu.
Ramai yang lebih suka kawasan rumah lebih privacy atau tertutup supaya mudah dan bebas nak lakukan apa saja di rumah sendiri. Tapi selalunya pintu pagar di rumah kita jenis terbuka, jadi bila keluar saja rumah memang nampak apa yang kita lakukan sama ada jemur pakaian, siram pokok atau nak berehat di porch.
Hakikatnya ramai yang tak selesa begitu terutama kaum wanita. Sama juga keadaannya di bahagian belakang rumah ataupun kediaman yang ada balkoni.
Nak naikkan tembok makan bajet besar begitu juga untuk tukar pintu pagar. Bagi yang mahu keadaan rumah lebih tertutup dari pandangan orang luar idea bajet dari Aziz Hassan ini boleh digunakan.
Caranya hanya guna fence sun shade ini. Hanya perlu ikat saja dengan kabel tie di bahagian pagar atau balkoni yang mahu dilindungi. Cara ini juga berguna untuk lindung kediaman dari cahaya panas pagi atau petang.
Cara bajet untuk rumah lebih privacy, guna fence sun shade
Boleh beli ikut ukuran yang sesuai dengan keluasan. Harga pun antara RM18-RM94 ikut keluasan. Boleh ikat pada pagar depan atau rumah untuk lebih terlindung dan juga balkoni.
Fence sun shade ini tak gelap dan kita masih lagi nampak orang dari luar.
Fence sunshade ini boleh beli online di Shopee. Klik SINI untuk link. Jika nak warna lain pun ada https://invol.co/cl6tphg
Fence sun shade ini juga sesuai untuk elak kawasan kediaman dari dimasuki haiwan seperti anjing dan kucing.
Asyik buka puasa dengan nasi je pun bosan juga. Kadang kadang tak tahu dah nak masak lauk apa.
Sebagai kelainan boleh buat pulak mi jawa. Resipi yang dikongsi Hidayah Dona ini antara yang simple tapi sedap.
Cara buat mee jawa yang simple tapi sedap
1. Daging dan tulang 2 ketul direbus. Isi daging hiris halus dan ketepikan. Tulang dan air rebusan simpan.
2. Keledek oren dalam 700 gram direbus dan dikisar.
3. Kisar juga bawang merah 5 ulas, bawang putih 5 ulas, 2 batang serai dan seinci lengkuas.
4. Bancuh serbuk kari ayam/daging (Adabi) 5 sudu.
5. Sediakan bahan-bahan lain seperti daun sup, bawang goreng, tauhu goreng, daging rebus hiris, cili besar dan telur rebus.
6. Tumis rempah 4 sekawan dan bahan kisar hingga naik bau.
7. Kemudian masukkan udang kering dan tumis. Seterusnya masukkan bancuhan rempah kari. Tumis hingga masak.
8. Kemudian masukkan keledek yang dikisar dan kacau.
9. Seterusnya masukkan air rebusan daging dan tulang kuantiti hampir penuh periuk. Biar mendidih.
10. Waktu ini bolehlah masukkan garam, gula secukup rasa, serbuk perasa, sedikit lada putih dan sedikit kicap untuk beri warna yang gelap. Jika suka aroma rempah boleh letakkan sedikit saja serbuk ketumbar, jintan manis dan jintan putih. Jika tak suka tak perlu masuk ya.
11. Bila semua rasa dah sebati dan sedap, baru pekatkan kuah dengan sedikit bancuhan tepung jagung. Dah siap kuah.
12. Celurkan mi kuning dan sediakan bahan-bahan sampingan. Tuang kuah dalam mangkuk berisi mi dan letak bahan-bahan sampingan tadi.
INFO: Mi jawa ada banyak versi, ada guna cili giling, ada tak guna rempah. Terpulang kepada selera masing-masing.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...