Kaedah Tanam Pokok Tomato Supaya Cepat Berbuah, Tak Perlu Guna Biji Benih

Share

Nak tanam pokok tomato tapi nak cepat berbuah. Boleh! Memang ada caranya.

Tak perlu tanam dari semaian biji benih sebaliknya guna kaedah tut. Pokok lebih cepat naik dan berbuah. Caranya dikongsi oleh Mohd Affandi

melalui perkongsian di Facebook Berkebun D Rumah.

Cara Tanam Pokok Tomato Supaya Cepat Berbuah

Tut pokok tomato. Tak perlu toreh dan buang kulit di batang tomato, hanya lekatkan medium pengakaran di batang tomato. tunggu 2 minggu dan ia akar berakar seperti ini. cara ini cepat dan mudah dari tanam biji benih.

1. Cari batang pokok yang sihat dan berakar. Boleh kikis kulitnya tapi saya tak buat.

2. Ambil peatmoss letak dalam plastik dan ikat ketat-ketat.

3. Kemudian belah dua plastik berisi peatmoss dan telangkupkan pada batang pokok tomato. Ikat kemas.

4. Dalam dua minggu lebih boleh nampak akar keluar.

5. Bila nampak akar sudah banyak boleh potong batang dan tanam dalam polibeg atau pasu.

INFO: Kaedah ini boleh juga dilakukan pada pokok cili dan terung.

Selamat mencuba.

Sumber: Mohd Affandi

IKLAN