Kaedah Tanam Sayur Guna Tali Mop, Lebih Subur & Penjagaan Pun Senang. Ini Caranya

Share

Tanam sayur guna tali mop, macam mana tu? Ini sebenarnya kaedah tanam sayur yang memudahkan penjagaan.

Beberapa hari tak siram pun tiada masalah, pokok sayur tetap subur.
Cara penanaman dikongsi oleh Mai Vo Dyakonov. Untuk kali ini beliau berkongsi cara penanaman pokok sup menggunakan kaedah tali mop.

1. Sediakan bahan-bahan ini;
-Tanah campur (10 dalam 1 campur dengan sedikit tanah merah)
-Pasu
-Bekas yang lebih besar dari pasu
-Batu-batu
-Tali mop (pastikan yang tebal)
-Benih pokok sup

2. Terlebih dahulu sediakan benih pokok sup. Caranya ambil saja daun sup yang dibeli di pasar, potong bahagian pangkal dan rendam dalam air selama dua hari atau sehingga tumbuh akar baru.

3. Sediakan tali mop, tarik tali ini satu persatu sebanyak mana yang kita perlukan.

4. Masukkan tali mop dalam lubang pasu. Pastikan tali mop terjuntai keluar.

5. Seterusnya masukkan batu-batu tadi diikuti dengan tanam campur dalam pasu. Masuk tanah hingga menutup semua tali mop.

6. Basahkan tanah kemudian buat lubang, dan tanam benih pokok sup tadi.

7. Ambil bekas besar dan masukkan air di dalamnya kemudian letak pasu. Pastikan air menenggelami tali mop tadi.

8. Cara ini pokok tak perlu disiram. Selepas 3-4 hari periksa air, jika kering tambah air.

Ini keadaan tali mop yang terendam dalam bekas berisi air. Ia berfungsi menyalurkan kelembapan pada tanah.

INFO: Untuk cara penanaman ini lebih sesuai menggunakan baja jenis cecair AB. Campur air mengikut sukatan yang tertera pada botol kemudian baru tuang dalam bekas bawah pasu.

Inilah hasil pokok sup yang ditanam menggunakan kaedah tali mop

Selamat mencuba.

Sumber: Mai Vo Dyakonov

IKLAN