Kahwin Guru Sendiri, Kini Giliran ‘Murid’ Bimbing Cikgu Ke Jannah. Pengantin Curi Tumpuan Pilih Sekolah Tempat Pertama Kali Bertemu Sebagai Lokasi Foto Perkahwinan
Jarang sekali kita dengar seorang cikgu perempuan bertemu jodoh dengan anak muridnya. Namun ia benar-benar berlaku di Pulau Pinang. Guru yang dikenali sebagai Aisyah itu berkahwin dengan anak muridnya yang bernama Hazim.
Detik pra perkahwinan mereka telah dirakam oleh jurugambar Rafi Rahman. Gambar ini telah menjadi tular apabila pengantin meminta penggambaran dibuat di sekolah tempat pasangan ini bertemu buat kali pertama.
Ia menjadi gambar perkahwinan yang luar biasa kerana Aisyah memakai pakaian seperti seorang guru manakala Hazim memakai uniform sekolah. Mereka bertemu di High School Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Malah Rafi juga mengakui, inilah kali pertama dia merakamkan gambar perkahwinan antara seorang anak murid lelaki dengan guru perempuan. Kebiasaan yang berlaku ialah guru lelaki berkahwin dengan anak murid perempuan.
Jodoh Allah tentukan..first time shoot cikgu kawin dengan murid..kalau cikgu laki tu biasa tapi ni luar biasa cikgu pmpuan..depa mintak shoot kat sekolah kita layan kan ajaa..sampai beg camera tetinggai dalam lab physics lahhh www.instagram.com/byrafirahman
Minggu lepas tular di media sosial kisah cikgu fizik wanita bertemu jodoh dengan pelajarnya sendiri. Terbaru, guru fizik juga kali ini guru lelaki pula yang selamat mendirikan rumah tangga dengan pelajarnya.
Kisah guru bernama Muhammad Shamsul Bahari, 32 ini viral di Twitter bila dia memuat naik status di laman ini. Walau pun sekadar coretan yang cukup pendek ia mengundang lebih 10 ribu respon dari warga Twitter netizen.
Ternyata beza usia 12 tahun bukan penghalang cinta guru dan bekas pelajarnya ini. Bercerita tentang perkenalannnya dengan Intan Syazwani Mohd Hairizan, 20 ujar Shamsul dia mengenali isterinya ketika mengajar sebuah pusat tuisyen di Kulim Kedah.
Ketika itu, Intan berada di Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima. Namun hanya selepas empat tahun barulah keduanya berkawan lebih rapat apabila Intan menambah Shamsul bekas gurunya itu sebagai kenalan di Instagram pada awal tahun ini.
Kata Muhammad Shamsul Bahari, pada awalnya dia tidak mengenali Intan Syazwani kerana wajah gadis tersebut tampak berbeza berbanding sebelum ini.
“Masa mengajar tuisyen tu tiada rasa apa-apa sebab saya sudah berumah tangga, tapi jodoh tidak panjang.
“Dia ada ‘add’ saya masa awal tahun ini di Instagram. Tapi saya tidak kenal kerana pelajar saya ramai dan muka dia pun dah lain,” katanya memetik laporan dari Mstar Online.
Bibit-bibit perkenalan mereka bertambah mekar selepas Intan Syazwani memberanikan diri membalas pesanan pada Instastory guru fizik tersebut tentang azam tahun baharunya.
Menurut Muhammad Shamsul, gadis itu membalas: “Cikgu, ‘handsome'” pada Instastory berkenaan dan bermula dari detik itu hubungan mereka semakin rapat.
Tambah guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah itu, jarak umur 12 tahun antara mereka tidak menjadi penghalang kerana sikap isterinya yang matang dan pandai berdikari.
“Saya tengok dia sangat penyayang dan pandai ambil hati anak perempuan saya yang berusia enam tahun. Tidak nampak macam dibuat-buat.
“Sebelum tu ada juga pelajar yang cuba-cuba, tapi bila dengan anak mereka macam kurang (layan) sedikit,” tambahnya yang sudah sembilan tahun mengajar subjek Fizik di SMK Sultan Badlishah.
Pasangan tersebut diijab kabulkan pada 18 Ogos lalu di Masjid Al Jamiul Makmur, Kulim.
Tempat paling kerap dituju bagi seorang wanita di rumah ialah dapur. Di situlah wanita selalunya membuat aktiviti memasak untuk menyediakan makanan dengan penuh kasih sayang. Justeru perkakas dapur yang menarik, cantik dan sedap mata memandang menjadi satu hal utama bagi seseorang wanita.
Seorang peniaga online perkakas dapur yang menggunakan nama facebook Zarah MatDin selalu memuat naik produk jualannya. Nampak cantik dan berbaloi untuk dimiliki. Justeru sejak empat tahun berniaga online produk perkakas dapur ini, Zarah atau nama sebenarnya Zaharah Mat Din, 38, suka untuk berkongsi tip sebelum seseorang itu membeli pinggan mangkuk.
Nak beli barangan dapur murah klik sini dan guna kod promo diskaun ini.
Kenal pasti keupayaan kewangan yang anda boleh peruntukkan untuk membeli set pinggan mangkuk dan perkakasan hidang yang lainnya.
Sebelum membeli pinggan mangkuk yang anda inginkan, sila perhatikan dahulu kewangan yang anda ada. Ini kerana ada pinggan mangkuk yang berharga beratus ringgit. Jadi, sebelum air liur meleleh, tengok dulu poket anda. Sesuaikan kedudukan kewangan dengan pinggan mangkuk idaman anda.
Ketahui jenis pinggan mangkuk yang ada di pasaran. Terpulang juga pada anda untuk tentukan sama ada memilih material fine china, porselin,batu, kaca dan sebagainya.
Terdapat banyak jenis pinggan mangkuk di pasaran. Begitu juga dengan material yang digunakan. Jadi, mana satu yang anda lebih suka?
Belilah pinggan mangkuk berwarna putih sebagai set permulaan yang perlu anda miliki. Ini kerana pilihan pinggan mangkuk putih lebih mudah digayakan dan tampak bergaya.
Ini tip paling bagus untuk anda yang baru kahwin atau baru duduk rumah sendiri. Beli set pinggan mangkuk warna putih. Elakkan beli yang bercorak dan berwarna-warni. Ini kerana warna putih lebih nampak bergaya dan mudah untuk dipakai.
Kalau pembelian sebagai set tambahan, barulah boleh beli warna lain atau pilih yang bercorak untuk menambah colour di dapur rumah anda.
Salah satu perkara yang anda perlu ambil berat ialah saiz. Jika anda ingin gunakan untuk menghidang makanan untuk tengah hari atau malam, pastikan ia bersaiz besar untuk menampung kuantiti makanan yang lebih banyak.
Sebelum membeli, pastikan tujuan utama anda membeli set pinggan mangkuk itu. Adakah untuk makan makan, makan tengah hari, sarapan atau minum petang. Selalunya untuk makan malam atau makan tengah hari, set pinggan mangkuk perlu lebih besar. Jika minum petang atau sarapan, saiznya lebih kecil.
Utamakan kualiti produk untuk memastikan ia dapat digunakan dalam tempoh masa yang lama. Pastikan juga ia mudah diselenggarakan.
OK. Ini untuk pembelian yang berbaloi. Lebih mahal pinggan mangkuk itu, selalunya kualitinya lebih bagus. Jadi, kualiti yang bagus membuatkan pinggan mangkuk anda boleh digunakan dalam tempoh lama.
Walau tinggal nun jauh di Birmingham United Kingdom tapi anak kecil bernama Fatimah aka Timoh cukup popular kalangan rakyat Malaysia. Semuanya gara-gara kepetahannya bercakap dalam loghat Kelantan. Lagi meriah bila adiknya Ali turut mengikut kepetahan kakaknya.
Terbaru melalui perkongsian di instagram Fatimah, 4 tahun sudahpun mula bersekolah rendah. Tapi apa yang menarik adalah reaksi adik Fatimah iaitu Ali yang begitu sedih bila terpaksa berpisah dengan Fatimah sekali pun hanya beberapa jam.
Lebih menyentuh hati bila melihat cara Fatimah mententeramkan adiknya Ali. Korang tengoklah video ini. Menurut ibunya dia sudah dapat menjangka perkara ini akan berlaku memandangkan keduanya cukup rapat ibarat kembar.
“Momen ini memang menyentuh hati. Ia berlaku sebelum Fatimah ke sekolah semalam. Seperti dijangka, ali mula menangis. Kami semua tahu waktu ini akan tiba kerana mereka berdua cukup rapat macam anak kembar yang mustahil untuk dipisahkan.
Kami tersentuh hati melihat kematangan Fatimah menenangkan Ali. Dia habiskan masa lebih setengah jam untuk memujuk adiknya sambil dia juga cuba menahan air mata. Dia memang kakak yang baik. Moga Ali dapat cepat menyesuaikan diri dengan perubahan ini,”ujar ibunya.
Melihat aksi dua beradik ini meski hati sebak tapi keakraban sebeginilah yang seharusnya diterapkan kalangan anak-anak. Saling menyayangi antara satu sama lain.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...