Kita sangka wanita bekerja punya rutin yang cukup memenatkan, maklumlah selesai bekerja sambung pula tugas di rumah.
Tapi hakikat sebenarnya wanita yang tidak bekerja atau menjadi suri rumah sepenuh masa adalah lebih memenatkan.
Menurut kajian terbaru tugas seorang suri rumah adalah 2.5 kali lebih berbanding pekerjaan sepenuh masa yang lain.
Tinjauan melibatkan jadual mingguan 2,000 ibu di Amerika Syarikat yang mempunyai anak berumur antara 5 hingga 12 tahun.
Ads
Secara purata, kerja seorang suri rumah bermula seawal jam 6.23 pagi, lebih awal daripada kebanyakan pekerja lain memulakan hari mereka.
Sementara tugas harian mereka, sama ada berkaitan pekerjaan atau penjagaan anak hanya selesai jam 8.31 malam.
Ini bermakna seorang suri rumah bekerja 14 jam sehari atau secara purata 98 jam seminggu.
Kajian yang dijalankan Welch’s sebuah syarikat jus di United Kingdom pula mendedahkan, suri rumah hanya mempunyai 1 jam 7 minit untuk bersendirian atau melakukan sesuatu untuk diri sendiri.
Ads
Waktu tersebut dikategorikan lebih sedikit berbanding waktu rehat tengah hari dalam sektor pekerjaan yang lain.
Laporan The Independent pula mendapati 40 peratus golongan ibu merasakan mereka didominasi oleh senarai tugas yang tidak pernah berakhir.
Bayi comel bernama Zarif Zawari ini hanya demam, memang biasa buat anak-anak sekecil ini. Tapi pada masa yang sama masih lagi mampu tersenyum dan ketawa.
Namun tak sangka tiga hari selepas itu, bayi berusia lapan bulan itu meninggal dunia.
Ini sebahagian daripada cerita gadis bernama Shiffa yang juga sepupu kepada arwah Zarif. Kisah Shiffa ini mendapat perhatian warga Twitter yang turut bersimpati kepada ibu bapa bayi berkenaan.
“Kepada ibu bapa tolong jangan ambil mudah bila anak demam, kita tak tahu apa sebenarnya yang baby ni rasa,”pesan Shiffa.
Sememangnya inilah juga tujuan perkongsian kisah ini. Sayu membacanya apatah lagi melihat gambar anak kecil yang tersenyum ini.
“Innalillahiwainnailaihirajiun. Pagi yang hiba, sepupu saya dah tak ada jam 3.30 pagi tadi (21 Januari 2018). Syurga buatmu, Zarif Zawari.
“We just lost the happiest kid in our family. I just can’t imagine how his mom’s feeling right now. Again, thanks for those yang ucapkan takziah. And for those yang tertanya arwah sakit apa, arwah tak sakit apa pun. Cuma demam panas.
“Hari pertama masih boleh senyum gelak-gelak. Tak ada langsung petanda nak pergi jauh. Hari ketiga demam, arwah pergi. It happened so fast. Like out of sudden, he just gone. Rasa sekejap sangat. Please beritahu ini semua mimpi.
“I just can’t help myself to stop thinking and crying dari tahu dia dah tak ada sampailah sekarang. Ketiadaan dia sangat- sangat memberikan kesan sebab dia baik sangat-sangat. Masa demam pun dia masih boleh gelak-gelak lagi. Tetapi Allah lebih sayangkan dia. So He took him back.
“Anyway thank you. Kalau baby demam, please bawa pergi ke hospital segera,” pesan Shiffa.
Kepada ibu bapa lain, moga ambil pengajaran daripada kisah ini. Takziah buat keluarga arwah Zarif.
Rezeki tak pernah salah alamat. Kalau Tuhan kata jadi, maka jadilah apa yang dikehendakinya. Itulah yang terjadi kepada pasangan suami isteri Khairil Ashraf Asri dan Noor Amiza Rashaid. Mereka dikurniakan anak buat kali pertama seramai 3 orang sekali gus.
Menurut Noor Amiza yang mesra dipanggil Mija, katanya dia sendiri tak sangka akan melahirkan kembar tiga. Dia berseloroh dengan suami mengatakan yang dia mesti mengandung kembar. Bukan kembar dua tapi kembar tiga. Tak sangka kata-katanya itu betul-betul terjadi. Lagipun Mija sendiri pun ada kembar. Jadi genetik kembar itu memang kuat dalam dirinya.
“Kan orang kata kata-kata ni doa. Lagi-lagi saya cakap tu ketika mengandung. Kami memang takde merancang pun untuk mengandung kembar. Tak ada tip yang diamalkan. Cuma mungkin Allah nak makbulkan kata-kata saya masa bergurau dengan suami. Saya bergurau kata nak kembar tiga. Allah makbulkan doa si ibu mengandung ni.”
Ramai yang kata kalau mengandung anak perempuan, alahannya lain macam berbanding kalau mengandung anak lelaki. Namun bagi Mija, sepanjang mengandung kembar tiga ini, dia tidak alami alahan pun. Kehamilannya berjalan lancar dan dia sihat-sihat sahaja.
“Ini semua rezeki. Saya takde alami alahan. Lain orang lain pengalamannya. Macam saya sendiri pun tak sangka nak dapat kembar tiga. Sejak awal mengandung kembar ni tak pernah susahkan saya misalnya alahan. Jadi saya anggap mereka anak bertuah. Tak ramai yang diberi rezeki kembar tiga. Saya dah Allah pilih untuk jadi ibu kepada kembar tiga. Seronok tak terkata.”
Kata Mija, ketika bersalin secara pembedahan pun doktor terkejut kerana pada mulanya memang ingatkan kembar dua sahaja.
Bercerita mengenai macam mana boleh tidak dapat dikesan ada tiga kembar dalam kandungannya, Mija mengatakan dia pergi membuat imbasan (scan) ketika perutnya sudah pun besar. Jadi bayi di dalam perut sudah berhimpit-himpit
“Saya tahu saya mengandung kembar ketika kandungan telah besar. Masa tu pergi scan di klinik swasta. Tujuan asal ialah untuk tahu jantina baby. Masa tu saya ingat saya mengandung seorang baby saja. Bila scan doktor kata ada dua baby. Saya terkejut tapi gembira. Doktor cakap susah nak buat scan secara terperinci sebab baby dah besar. Perut dah padat. Sebab itulah sampai dah hujung mengandung saya tak tahu yang saya mengandung tiga orang baby.”
Nama pun kembar seiras. Sudah pasti ketiga-tiganya nampak sama sahaja. Pada mata kasar kita sebagai orang luar, pasti nampak sama. Tapi apabila ditanya pada ibu dan ayahnya, pasti mereka boleh ‘nampak’ ada beza antara ketiga-tiga kembar comel ini.
Mija mengakui memang agak susah nak mengenal pasti setiap seorang kembarnya. Masing-masing nampak seiras. Namun sebagai ibu yang mengandungkan dan melahirkan bayi ini, dia tahu bezanya. Walaupun dia sendiri ambil masa sebulan untuk mengecam beza kembar tersebut.
“Kalau orang tanya macam mana nak cam, memang susah nak jawab soalan ni. Sebabnya saya sendiri pun apabila kembar ni umur sebulan lebih baru saya dapat cam beza antara satu sama lain.”
Kembar tiga ini diberi nama Raisha Hannani Mikha, Raniah Humaira Mikha dan Raihan Huwaida Mikha.
Setiap kali keluar bersiar-siar dengan kembar tiga ini, Mija mengakui anaknya mencuri tumpuan ramai. Orang akan tegur, kembar tiga ke? Memang seronok apabila ada yang perasan anaknya kembar tiga kerana hal ini memang jarang berlaku.
“Soalan yang selalu juga ditanyakan ialah mana satu yang sulung? Mana satu yang kedua? Mana satu yang bongsu?”
Kini kembar sudah pun berusia setahun 9 bulan. Maka bertambah riuh-rendahlah keadaan di rumah. Kalau keluar berjalan-jalan pun, ini satu cabaran buat Mija dan suami. Maklumlah tiga orang anak, sebaya pula tu. Masing-masing ada kerenah tersendiri.
Mija menyediakan stroller kembar untuk memudahkan membawa anak. Namun stroller kembar hanya dua kerusi, jadi seorang perlu didukung. Itulah antara cabarannya.
Nak menjaga seorang anak pun ada yang terkial-kial. Betapa pula bagi Mija yang terus perlu hadap tiga anak sekali gus. Mengakui banyak cabaran, namun Mija bahagia. Walau semuanya perlu tiga kali ganda, dia bersyukur suami selalu memudahkan kerjanya.
“Saya dikelilingi orang yang sanggup bersusah payah dengan saya. Saya bersyukur sangat. Ketika nak menjaga tiga anak ni, suami, keluarga saya dan keluarga mentua semuanya sanggup tolong jagakan. Nak memandikan mereka, bagi makan, bermain semuanya kami lakukan bersama. Alhamdulillah.”
Mengimbas kembali ketika bersalin dulu, Mija kata dia dan suami hanya menyediakan keperluan untuk kembar dua. Masa tu tak tahu ada kembar tiga.
“Bila scan dan tahu ada kembar dua, persediaan yang kami beli memang untuk dua orang sahaja. Semua sekali dua. Carseat, stroller, set baju serba serbi dua. Jadi bila keluar kembar tiga, yang lagi seorang tu terpaksa pakai baju yang berbeza kerana tak cukup set. Kesian dia.”
VK teruja apabila baca kisah kembar. Seronok rasanya baca kisah mereka. Macam mana agaknya kembar tiga seiras ni apabila mereka besar nanti ya? Mesti rapat hubungan mereka ni. Muka sama, nama pun hampir sama, pergi sekolah bersama. Semoga kalian sihat dan bahagia hendaknya ya.
Mula-mula membaca perkongsian dari Suhaili Ikhsan ini memang rasanya kita perlu jadi ibu yang rajin. Ya lah untuk kesenangan anak-anak dan juga contoh buat mereka.
Tapi bila selesai membaca perkongsian CEO ABS Education rasanya elok juga kalau ibu-ibu jadi mak yang malas. Malah ramai juga netizen terutama kaum ibu berpandangan yang sama.
Ada betulnya juga jadi mak malas ini ada kelebihannya untuk anak. Tapi jangan sampai over ya!
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...