Masyarakat kita memang banyak petua dan kaum hawa memang gemar mempraktikkanya terutama sekali bila ia berkait dengan kecantikan.
Tapi realitinya tak semua petua yang dikongsi berkesan dan selamat. Ada sesetengahnya menggunakan bahan yang mungkin menyebabkan kesan radang dan hasil yang tidak baik.
Sekiranya ada petua yang menggunakan bahan-bahan berikut sebaiknya hindari dari mempraktikkannya.
1. Baking soda keringkan kulit
Ia mungkin kelihatan seperti bahan skrub yang biasa kita gunakan tapi hakikatnya ia tidak elok diaplikasikan pada kulit kita. menggunakannya secara terus pada kulit muka akan menyebabkan kulit kering dan hilang kelembapan jika digunakan secara rutin.
2. Ubat gigi buat kulit terbakar
Jangan letakkan ubat gigi pada jerawat atau bintik-bintik merah. ia tidak akan membantu, Ini kerana ubat gigi mengandungi bahan seperti peppermint, peroksida, perasa tiruan dan alkohol yang boleh menyebabkan kulit terbakar atau kemerahan.
Ads
3. Air panas penyebab jerawat makin banyak
Air panas akan mengeringkan kulit dan merosakkan perlindungan semula jadi kulit. Air ini juga berbahaya pada mereka yang mengalami ekzema, psoriasis atau keratosis. Ia akan menyebabkan jerawat merebak pada mereka yang mempunyai kulit bermasalah.
4. Garam dan gula rosakkan kulit
Pada kulit tubuh, garam dan gula mungkin elok sebagai skrub. Campurkan dengan minyak kelapa dan gula perang untuk menghasilkan skrub bagi tubuh. Tapi awas skrub ini agak kasar untuk digunakan pada kulit muka. Ia menjejaskan kulit wajah yang lembut dan mengambil masa untuk dipulihkan.
5. Krim tangan tak sesuai untuk wajah
Kulit pada bahagian tangan tidaklah sensitif berbanding dengan kulit wajah. Sebab itu kulit tangan tiada masalah bila mengendalikan produk pembersih setiap hari. Tapi kulit wajah tidak begitu.
Ads
Sebab itu jika ada petua meminta menggunakan krim tangan pada wajah ia sebaiknya tidak diikuti. Krim ini boleh menyumbat pori-pori dan menyebabkan radang malah alahan.
6. Lemon
Banyak petua yang menyarankan menggunakan lemon untuk menghilangkan bintik hitam, pigmentasi, jeragat dan jerawat.
Apabila mengoles jus lemon pada wajah kesannya cukup mendalam. Minyak yang terkandung dalam buah ini juga bersifat ‘phototoxic’ yang mana akan menyebabkan kulit ‘terbakar jika terus terdedah kepada matahari sejurus selepas menggunakannya.
Ads
7. Kulit kayu manis
Banyak petua yang mengatakan serbuk kulit kayu manis cukup berguna untuk merawat jerawat, bintik hitam dan pigmentasi. Tapi ramai yang tak tahu serbuk kulit kayu manis ini adalah panas, ia boleh menyebabkan kulit terbakar, kering dan kemerahan.
Penggunaan yang berlebihan boleh menyebabkan kerosakan pada kulit wajah yang mungkin mengambil masa untuk dipulihkan.
Lepas ni kalau ada produk yang menyarakankan menggunakan bahan-bahan ini terus pada wajah, sebaiknya fikir dua kali. Bimbang bukan kulit wajah makin elok tapi sebaliknya.
Masalah power window rosak selalu dialami oleh kereta yang dah 4-5 tahun digunakan. Tingkap jadi berat nak tutup kemudian jammed.
Salah satu punca masalah power window ini berlaku adalah kerana tidak melakukan penjagaan getah pada tingkap kereta atau dipanggil run channel. Demikian menurut perkongsian Altimate Auto Garage dalam satu video di laman TikTok.
Tak jaga getah run channel, punca power window rosak
“Korang tolonglah jaga getah tingkap kereta ini, kalau tak jaga itu yang buat rosak power window kereta,”pesannya.
“Bila cuba naikkan tingkap tapi jadi berat cuba tengok getah atau dipanggil run channel.
“Sebab ia boleh buat tingkap jadi berat dan menyebabkan motor bergerak secara paksa. Bila ini motor bergerak secara paksa, ia akan jadi panas dan kemudian boleh buat motor jammed.
“Cara nak jaga getah ini senang saja, guna silikon spray (boleh cari dekat Mr DIY atau beli online). Ataupun guna minyak.
“Cara nak guna, spray saja dekat celah celah getah. Bila dah spray, cermin akan bergerak dengan lancar.
“Jangan abaikan getah ini, spray ini murah saja. Elok elok modal kecil tak pasal pasal kena tukar power window,”pesannya lagi.
Mesti ramai yang tanam pokok kunyit di rumah. Kalau ada banyak, boleh hasilkan sendiri serbuk kunyit yang tentunya asli, tanpa pengawet dan bahan tambahan lain.
Caranya boleh ikut seperti dikongsi oleh Sue Tiez yang turut menghasilkan sendiri serbuk kunyitnya.
Buat sendiri serbuk kunyit
Beberapa hari lepas saya ada tuai kunyit dan cuba buat serbuk kunyit sendiri. Inilah hasilnya. Dapatlah 1 botol serbuk kunyit dari isi kunyit yang tak seberapa banyak tu.
Warna dan aroma kunyit buatan sendiri lebih terang dan wangi. Yang pasti ia lebih bersih dan bebas bahan pewarna, bebas pengawet dan orginal.
1. Cuci bersih kunyit, guna berus. Tak perlu kupas kulitnya. Kalau guna berus pasti bersih.
2. Potong nipis-nipis dan jemur hingga kering. Saya ambil masa 2 hari untuk keringkan sebab panas terik dari pagi sampai petang. Nak cuba keringkan guna oven atau air fryer pun boleh. Saya lebih suka cara semula jadi.
3. Selepas kunyit betul-betul kering gunakan pengisar untuk bahan-bahan kering dan kisar kunyit tadi sampai halus.
4. Kemudian tapis guna pengayak tepung. Kalau perlu ulang beberapa kali proses ini sampai dapat serbuk kunyit yang dikehendaki.
Selalunya kulit popia yang kita letak dalam freezer akan jadi keras kejung dan kering bila dikeluarkan jika kita simpan agak lama.
Bila jadi begitu kita anggap kulit popia keras ini dah tak boleh guna dan kita buang walaupun elok lagi.
Ruginya kita buang selama ni, sebab sebenarnya kulit popia yang kering serta keras ini boleh kita lembutkan semula dan guna kembali macam biasa. Caranya dikongsi oleh Bee Keng.
Cara lembutkan kulit popia yang keras & kering, kukus saja!
Cara nak lembutkan kulit popia yang keras atau kering setelah lama disimpan dalam peti sejuk beku (freezer) atau diletakkan di luar terlalu lama selepas disajikan menyebabkan ia kering.
Cara-caranya :
1. Dalam kuali atau periuk stim/pengukus lapiskan lubang-lubang dulang pengukus dengan kain bersih yang lembap (saya masak dulu kain bersih saya untuk pastikan ia tiada kuman langsung). Kain lembap bukan basah ya! Maksudnya ia perlu diperah hingga betul-betul kering tiada air menitis langsung.
2. Letakkan kulit popia tersebut dan tutupkan dengan satu lagi kain bersih yang lembap.
3. Pastikan air tidak terlalu banyak atau dekat dengan dulang pengukus, kalau tak semasa air mendidih basah pula kulit popia tersebut. Stim selama 10-15 minit.
4. Buka penutup stim dan pastikan ia betul-betul lembut, kalau tak, distim sekejap lagi.
Hasilnya…Dah boleh guna!
INFO
Semasa disajikan, alihkan kulit popia tersebut sekali dengan kain atas bawah tersebut ke dalam pinggan penyajian, ia akan mengekalkan kelembapan sehingga popiah habis dimakan.
Namun ia tidak boleh dibiarkan terlalu lama sehingga berseharian, sebab kain lembap boleh menyebabkan kulit popia tersebut basi dan boleh menyebabkan keracunan makanan. Kalau tak habis dinasihatkan disimpan terus ke dalam peti sejuk dan masa mahu makan baru dikukus lagi.
Sebenarnya, cara penyimpanan juga memainkan peranan yang penting untuk pengelakkan kulit popia menjadi kering dan keras. Untuk mengelakkan kulit popia keras selepas dibuka dan disimpan balik dalam peti sejuk beku (freezer), pastikan mulut pembukaan plastik kulit popia dilekat dengan tape sehingga kedap udara (saya guna tape yang lebar).
Namun demikian kadang-kadang kalau disimpan terlalu lama ia akan hilang kelembapan, kering dan keras juga. Tetapi ia tidak seteruk yang plastiknya dibiarkan terbuka dan terus masuk freezer, yang ini bukan sahaja kering malah kulitnya pun turut pecah dan merekah.
Kereta keluar bunyi lain macam sewaktu memandu adalah petanda masalah. Seperti penyakit, biasanya sebelum kereta rosak akan ada tanda-tandanya. Masalah kereta ini boleh antaranya...