Rasa nak masak kari, ambik saja daunnya dari pasu. Kan senang, itulah kelebihan kalau tanam sendiri pokok kari. Tak perlu susah-susah pergi kedai.
Lagi pun nak tanam pokok kari ini tak susah mana. Bila pergi kedai cari daun kari yang ada ranting/ batang untuk dicambahkan benih dan boleh tanam dalam pasu saja.
Cara penanamannya boleh ikut langkah yang dikongsi oleh Nomie Mat Lias.
Cara tanam pokok kari dalam pasu
1. Bila pergi kedai runcit, cari yang jual dahan/ranting daun kari. (Contoh dalam gambar)
2. Buang semua daun, tinggalkan batangnya saja.
Ads
3. Jika panjang, kerat 2/3.
4. Rendam dalam bekas berair, hingga naik tunas-tunas baru. (5-8 hari)
5. Sediakan pasu kecil untuk proses semaian.
Ads
6. Cucukkan batang kari tadi.
7. Letak di tempat redup, spray setiap 2 hari sekali. Biarkan, jangan sentuh dan kacau.
8. Tunggu hingga daun baru tumbuh.
Ads
9. Pindahkan ke tanah / pasu besar.
10. Dah banyak daun bolehlah dipetik untuk buat ulam atau masakan.
Sejak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan minggu lalu, ramai ibu berdepan situasi anak yang duduk di rumah asyik kelaparan dan mahukan jajan.
Situasi yang sama bukan saja dihadapi ibu di Malaysia tapi juga di luar negara termasuklah Amerika Syarikat yang turut mengalami perintah berkurung di beberapa buah negeri.
Namun cara salah seorang ibu di Amerika Syarikat Jennifer Hallstrom menangani perkara ini telah trending di hampir seluruh dunia bila dia berkongsi teknik yang dilakukan untuk mengawal selera makan tiga orang anaknya.
Mak-mak kat sini pun boleh praktik cara yang sama.
Saya banyak melihat posting ibu ibu yang mengadu anak asyik mahu makan sepanjang duduk di rumah. Ini cara saya:
INFO
Tapi ini bukanlah bermakna anak saya cuma makan makanan dalam bekas ini saja. Mereka disediakan sarapan, makan tengah hari dan juga makan malam. Cuma kuantiti jajan atau snek dikawal.
Ini cara saya memandangkan saya tak punya kemampuan untuk membelanjakan banyak wang untuk membeli jajan anak.
Idea daripada Jenifer ini telah mendapat respon dari ramai ibu lain sehingga mendapat lebih 398K perkongsian di Facebook. Ibu lain yang nak ikut cara ini silakan.
Kereta naik kulat di bahagian tempat duduk sampai dashboard pun ada. Kenapa boleh jadi begini?
Punca keadaan ini berlaku adalah kerana keadaan cuaca panas dan lembap, ditambah lagi dengan hujan yang kerap, boleh menyebabkan masalah yang kulat.
Kalau pernah dan sedang mengalami keadaan kereta naik kulat ini perkongsian dari Muhammad SE boleh jadi panduan.
“Bro, kereta ku naik kulat. Kenapa boleh jadi begini?”
Bila dalaman kereta jadi begini, bukan sahaja rupa jadi tak menyenangkan, tapi juga boleh mempengaruhi kesihatan kita.
Jom kita lihat apa yang menyebabkan masalah ni dan macam mana nak halangnya.
1. Kulat dalam kereta biasanya bermula dari kelembapan yang tinggi dalam kabin.
Ini boleh berlaku kalau ada tumpahan air yang tidak kering dengan betul, atau kereta jarang digunakan dan tingkap tertutup rapat, menyebabkan udara segar tidak dapat masuk.
2. Kulat boleh menyebabkan masalah pernafasan, terutama bagi mereka yang ada alahan atau asma.
3. Cara mengatasi keringkan dalaman kereta secara menyeluruh. Gunakan kipas atau pengering rambut untuk cepatkan proses pengeringan jika perlu.
Bersihkan kawasan yang terjejas dengan pembersih khusus untuk menghilangkan kulat.
4. Elakkan membiarkan air atau cecair lain bertakung dalam kereta. Lap kering sebarang tumpahan secepat mungkin.
Letakkan penyerap kelembapan dalam kereta, seperti silica gel, yang boleh membantu menyerap kelembapan berlebihan.
5. Selain itu boleh gunakan khidmat pembersihan kereta jika mahu hasil yang lebih memuaskan.
Supaya hidangan sambal sedap paling penting untuk disediakan adalah stok cili. Untuk mudah dan sedap boleh ikut cara Nurul Ateekah yang berkongsi teknik membuat cili kisar warisan ibu mentua yang juga peniaga nasi berlauk serta pelbagai hidangan mi.
Paling menarik cili kisar ini dicampur sekali dengan bawang dan ramuan sambal lain supaya memudahkan kerja memasak. Nak masak ceduk saja. Ia juga boleh tahan selama sebulan.
Cili kisar ini diajar oleh mak mertua saya, yang juga dulu seorang peniaga nasi berlauk, pelbagai jenis mi di Singapura. Wangi aroma tumisan cili ini bila dimasak. Ia juga senang, mudah nak diguna bila-bila masa nak masak.
Bila dah ada cili kisar macam ini nak buat lauk jenis sambal, masak kicap, rendang, jenis goreng semua jadi mudah. Cili kisar ini boleh tahan selama 1 bulan, dan tidak berbau, ia juga kurang pedas.
Bahan-bahan:
150gram cili kering kerinting
2 labu bawang putih
5 biji bawng besar
2 cm halia
1 batang serai
1 cm kunyit
4 sudu besar minyak masak
Cara membuat:
1. Gunting cili kering dan rebuskan sehingga lembut.
2. Apabila sudah lembut, toskan airnya dan bilas cili yang telah direbus tadi (sebab cili kering kadang-kadang ada warna-warna hitam, serbuk-serbuk putih, kadang-kadang ulat pun ada.
3. Kupas bawang putih dan bawang merah dan potong bawang agar senang dikisar.
4. Masukkan ke semua bahan, kisar dengan sedikit air dan minyak. Kisar sehingga lumat.
(Letak minyak boleh membantu cili kisar tahan lama, tidak berbau dan bila kisar, cilinya tidak berbiji serta cilinya betul-betul hancur).
5. Simpan dalam bekas dan masukkan dalam peti sejuk.
Ini contoh saya masak sotong sambal mengggunakan cili kisar tadi. Ada sekali tip masa masak sambal sotong yang sedap.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...