Kalau Beras Penuh Dengan Kutu, Guna Bawang Putih Untuk Keluarkannya. Satu Pun Tak Tinggal

Share

Beras bila lama tak guna atau ditinggalkan mulalah akan dimasuki kutu beras.
Kadang-kadang beras baru yang masih dalam kampit pun dah dimasuki binatang kecil ini. Banyak pulak tu!

Kalau beras baru takkan nak buang kan, sayang… Jadi boleh guna cara ini untuk halau kutu beras ini. Tak perlu kutip satu-satu ya.

Keluarkan kutu beras yang hurung beras guna bawang putih

Melalui akaun Tik Tok @nz.pgs

beliau menunjukkan cara paling mudah untuk mengeluarkan kutu beras yang penuh dalam bekas beras. Caranya mudah cuma guna bawang putih saja

1. Letak beras yang penuh dengan kutu beras ini dalam bekas terbuka.

2. Ambil satu labu bawang putih dan potong dua.

3. Letak bawang putih ini di permukaan beras atau benamkan. Biarkan seharian kemudian keluarkan. Contoh letakkan bawang putih pada waktu pagi dan keluarkan sebelah petang.

4. Hasilnya semua kutu beras akan keluar dengan sendiri dari beras tanpa ada satu pun tertinggal. Beras akan bersih dan boleh digunakan.

Boleh juga tonton video Tik Tok @nz.pgs

@nz.pgs Beras ada kutu ups!! jangan buang ikut tips cara saya ni😘moga beri manfaat pada semua para emak2 😍part 2 result nya #tiktoksabahan #foryoupage ♬ Jeming Intan Berlian (Hidup Kita Keno Steady) – normuhammadhafiezhayqal

Selamat mencuba.

Sumber:  @nz.pgs

IKLAN