Kalau Buat Kuih Ketayap Ikut Cara & Tip Ini Supaya Tak Melekat Dan Kulit Berlubang, Itu Tanda Ketayap Menjadi

Share

Kuih ketayap ini memang hidangan selalu ada baik pagi atau petang. Jika selalu beli, apa kata cuba buat sendiri pula.

Sebab kuih ketayap ini antara yang senang untuk dibuat. Bahan-bahan pun memang ada saja di rumah. Buat sendiri lagi puas hati, inti kelapa pun boleh letak banyak.

Bagi yang nak mencuba boleh ikut perkongsian dari Roslina Shaari. Katanya tanda kuih ketayap menjadi elok, ada nampak lubang-lubang.

Bahan-bahan

3 cawan tepung gandum
3 cawan air pandan atau air biasa
3 sudu makan tepung ubi (supaya kulit tak mudah koyak)
3 sudu makan minyak
1 biji telur
Secubit garam
Pewarna hijau

Cara membuat:

1. Masukkan semua bahan dalam blender dan kisar hingga sebati.

2. Panaskan kuali dan dadarkan.

3. Bila dah melengkung di tepi maknanya kulit ketayap dah masak. Boleh angkat.

TIP

  • Supaya bancuhan tak melekat pada kuali, tuang sedikit saja minyak pada kuali sewaktu mula-mula dadarkan bancuhan. Untuk kali kedua dan seterusnya tak perlu lagi letak minyak.
  • Kuali kena panas baru kulit ketayap jadi berlubang.
  • Tepung ubi digunakan supaya kulit tak mudah koyak.

Bahan untuk inti

1/2 biji kelapa parut – ambil putihnya sahaja
3/4 cawan gula merah – boleh kurangkan.
2 helai daun pandan – disimpulkan
1/2 cawan air
2 sudu makan tepung gandum
Secubit garam

Cara membuat:

1. Didihkan air dalam kuali. Masukkan gula merah, garam dan daun pandan. 2. Masak hingga gula larut.
3. Masukkan kelapa parut. Kacau sekali-sekala hingga airnya kering.
4. Bila inti dalam keadaan agak lembab, taburkan tepung gandum. Kacau rata (fungsi tepung ialah supaya inti melekat dan tidak berderai).
5. Sejukkan inti.
6. Kemudian boleh letakkan inti di tengah ketayap, lipat kiri dan kanan kemudian gulung.

Resipi inti oleh: Suhana Md Isa

 

IKLAN