Siapa yang tak geram bila tengok jerawat pada muka. Walaupun dah dipesan banyak kali supaya tak dipicit tapi kita tetap akan melakukannya juga.

Kalau dah macam tu lebih baiklah kita belajar teknik betul picit jerawat supaya tak tinggalkan parut dan berlaku jangkitan hingga jerawat merebak.

Langkah 1

Cuci tangan! Ini sangat penting untuk elakkan jangkitan dan seterusnya melambatkan proses penyembuhan jerawat.

Langkah 2

Cuci wajah. Gunakan pencuci muka yang ada bahan antibakteria.

IKLAN

Langkah 3

Lakukan skrub pada bahagian jerawat, urut lembut selama beberapa minit. Ini untuk membuang sel kulit mati dan memudahkan kerja memicit jerawat. Jangan gunakan skrub untuk badan pada muka ya!

Teknik Betul Picit Jerawat Supaya Tak Tinggalkan Parut

Langkah 4

IKLAN

Gunakan sarung tangan atau pun sekurang-kurangnya lapik jari dengan tisu sebelum memicit jerawat. Ini untuk mengelakkan kecederaan yang boleh tinggalkan parut.

Langkah 5

Cari ‘mata’ jerawat, regangkan kulit kiri dan kanan dan kemudian picit di bahagian tepi jerawat untuk keluarkan isinya.

IKLAN

Urut sikit untuk pastikan isinya keluar. Jangan sentuh jerawat tu, kecuali waktu mahu lapkan isi jerawat yang keluar. Jika ada darah yang keluar, gantikan tisu sebelum mengeluarkannnya sehingga habis.

Langkah 6

Lapkan toner atas jerawat tu, atau boleh jugak gunakan Purifying Lotion untuk mengecutkan jerawat.

TIP

  • Jangan picit jerawat yang belum matang atau baru tumbuh.
  • Bila nampak tanda putih di permukaan jerawat, baru boleh picit
  • Boleh juga stim wajah terlebih dahulu sebelum membuat langkah di atas untuk membuka pori-pori.

 

Sumber : https://www.youtube.com/watch?v=e1gLgGVFeNI

Selain itu:  Tip Buat Donut Susu Yang Kekal Lembut Sampai Petang Tanpa Guna Pelembut Roti
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI