Kalau Dalam Rumah Banyak Semut, Buat Spray Homemade 3 Bahan Ini. Mudah & Lebih Selamat

Share

Ramai yang berdepan dengan masalah kehadiran semut di rumah. Walaupun tiada gula atau manisan bertaburan tapi semut ini tetap ada.

Bukan setakat pada lantai tapi naik juga di meja makan, table top dan juga dalam kabinet. Lagi merisaukan bila ada anak kecil di rumah yang mungkit kena gigit oleh haiwan kecil ini.
Nak guna racun serangga memang rasa tak selamat bila ada anak kecil

Salah satu solusi selamat dan berkesan untuk masalah semut di kediaman adalah dengan membancuh sendiri spray homemade ini.

Dikongsi oleh Yatie Emira, bahan untuk membuatnya cukup mudah iaitu cuka, cecair pencuci dan juga air.

Cara buat spray semut, lebih selamat

Alang-alang baru lepas buat stok baru, hari ni saya nak update sikit pasal spray semut/spray serbaguna yang pernah saya share dulu.

Kebetulan masa saya balik ke rumah mak, banyak betul semut api masuk rumah dari pintu dapur. Anak pun asyik kena gigit jer. Semut ni bersarang kat pokok rambutan kat laman rumah. Pantang ada makanan tumpah sikit, berduyun-duyun masuk rumah.

Semuanya mati bila kena spray. Untuk elak lebih banyak lagi scout semut ni buat jalan masuk rumah, saya spraykan pada lantai pintu dapur secara konsisten. Alhamdulillah, dah makin kurang semut yang masuk ke rumah.

Untuk buat spray semut serbaguna ini saya gunakan
– 1 bahagian cuka
– 5 bahagian air
– Sedikit sabun pencuci pinggan (dalam 25%-30% dari jumlah cuka).

Campur semua bahan ini dalam botol spray dan sedia digunakan. Boleh spray terus pada semut dan untuk elak semut datang kembali sembur juga pada laluan semut.

Boleh juga letak kulit kayu manis. Gunakan saiz kecil/sikit jer, sebab selepas 24 jam, bau & warna dari kulit kayu ini akan melarut. Lagi besar saiz kayu manis, makin pekat warnanya. Spray ni kalau ditambah kayu manis, lagi kuatkan fungsi dia dalam menghalau semut.

Sumber: Yatie Emira

 

IKLAN