Ada Kotoran & Sabun Melekat Pada Baju, Tanda Mesin Basuh Kena Servis. Cuci Je Sendiri & Hasilnya Bersih Berkilat!

Share

Tidak dinafikan dengan adanya mesin basuh, kerja mencuci pakaian menjadi sangat mudah dan pantas.

Walaupun ada perkhidmatan mesin cucian kering, tetapi setiap rumah pasti mempunyai mesin berteknologi ini yang akan memudahkan kerja mencuci baju.

Namun begitu apabila selalu digunakan, mesih basuh akan menjadi kotor dan banyak kotoran pejal melekat tanpa kita sedari.

Sebagai isteri tidak salah untuk kita mencuci mesin basuh kerana ia sangat mudah dan tidak memakan masa lama.

Perkongsian Puan Ana Mariana di laman sosial Facebook beberapa tahun lalu menunjukkan langkah demi langkah cara membersihkan mesin basuh automatik.

Cara yang dikongsi ini boleh membersihkan kotoran pada mesin basuh serta baju yang dibasuh masih kotor dan melekat sabun.

Ayuh, ikuti perkongsiannya…

“Semalam ada tengok orang post dalam FB cara nak besrihkan mesin basuh..nak suruh suami buat, dia tak ada di rumah. jadi kita buat sendirilah..

“Senang je rupanya…lama dah guna mesih basuh ni, patut pun cuci baju tak berapa nak bersih, sabun pulak melekat pada baju lagi..tengok betapa kotor di dalamnya..lepas buka mesin, cuci semua kotoran di dalamnya dan hasilnya akan rasa macam mesin baru…

Rujuk Setiap Gambar Langkah Demi Langkah:

1. Mesin basuh sebelum dibuka.

2. Buka 4 skru dan di bahagian tudung pun sudah kelihatan kotoran di atasnya.

3. Buka klip di tepi.

4. Cabut di tengah-tengah klip.

5. Buka skru di bahagian dalam.

6. Cabut pula plastik yang berwarna biru ini. Nampak kekotorannya.

7. Cabut 4 butir skru ni pulak. Biasa kalau nak cabut kena pakai kasih sayang sebab takut patah. Selalunya skru ini karat sebab asyik kena air.

8. Kemudian baru boleh bawak keluar benda alah ini. Tengok betapa kotornya bahagian dalam. Bertahun daki-daki berhimpun dalam ini. Macam mana baju kita basuh nak bersih.

9. Ni pula bahagian bawah…

10. Bersihkan juga bahagian ini.

11. Bersihkan pakai berus. Guna air sabun untuk cuci..

12. Ini bahagian yang sudah dibersihkan.

13. Ini baru kilat.

14. Dah bersih pasang semula.

15. Siap sudah, orang perempuan pun boleh buat.

P/S: Walau bagaimanapun cara bersihkan untuk model mesin basuh berkenaan.

 

 

 

IKLAN