Kalau Memandu Jauh Sendirian Kongsilah ‘Live Location’ Supaya Famili Maklum Keberadaan Kita. Ini Caranya

Share

Baru-baru ini kita dikhabarkan dengan berita sedih penemuan sebuah kenderaan dalam sungai yang pemandunya dilaporkan hilang sejak 10 bulan yang lalu.

Dalam tempoh itu, pelbagai usaha dilakukan oleh keluarga dan pihak berkuasa untuk mencari mangsa yang hilang ketika memandu seorang diri dari Johor ke Terengganu untuk bekerja.

Sedikit sebanyak kisah ini turut memberi pengajaran kepada kita terutama tatkala melakukan perjalanan jauh sendirian. Betapa pentingnya untuk sentiasa memaklumkan lokasi keberadaan kita untuk ahli keluarga yang sememangnya sentiasa risau akan keselamatan kita.

Dikongsi oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan, antara cara yang boleh dilakukan untuk tujuan ini adalah dengan berkongsi lokasi live atau live location di melalui aplikasi WhatsApp dengan keluarga mahupun rakan.

Bila memandu sendirian perjalanan jauh kongsilah live location

Hari ini kita mendapat berita sedih tentang penemuan sebuah kenderaan jenis MPV yang tenggelam bersama pemandunya di dalam sebuah sungai berhampiran Kuantan, Pahang.

Pemandu di dalam kenderaan itu telah disahkan identitinya sebagai pemuda yang dilaporkan hilang sejak 10 bulan yang lalu. Pemuda berkenaan terakhir dikesan bertolak dari Johor ke Terengganu.

Salam takziah diucapkan kepada ahli keluarga pemandu berkenaan. Kes kehilangan individu akibat kemalangan melibatkan kemalangan umpama ini berlaku kerana ketiadaan saksi dan melibatkan kawasan yang terlindung (sungai, gaung, dan sebagainya).

Bagi mengurangkan risiko insiden seperti ini berlaku, kita boleh lalukan perkara ini, terutamanya bila memandu seorang diri untuk perjalanan jauh di waktu malam dan di kawasan yang sunyi.

Kemas kini keberadaan kita secara langsung menggunakan aplikasi WhatsApp.

Caranya:

1. Buka WhatsApp dan pilih individu yang hendak dimaklumkan. Boleh pilih individu mahupun group.

2. Di tetingkap individu/group berkenaan. Tekan butang kongsi (ikon klip kertas). 

3. Di tetingkap pilihan jenis kepilan(attachment), tekan butang lokasi (ikon pin lokasi). 

4. Di tetingkap lokasi, tekan butang kongsi lokasi live (ikon pin bergerak). 

5. Di tetingkap lokasi live, tekan tempoh yang sesuai dengan masa perjalanan. 

6. Lokasi akan dikemaskini secara live. Kemaskini boleh dihentikan setelah tiba di destinasi.

Andai kata individu atau grup mendapati lokasi pemandu yang dalam perjalanan tidak berubah dalam tempoh yang diragui, segera hubungi pemandu untuk kepastian.

Andai pemandu tidak dapat dihubungi atau kemaskini terhenti tanpa sebarang makluman dari pemandu untuk masa yang lama, maka pertimbangkan untuk hubungi pihak berkuasa.

Semoga bermanfaat

Sumber: Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan 

IKLAN