Nak cepat pergi kerja tapi kena goreng nasi dulu untuk anak-anak makan pagi. Paling pantas buat nasi goreng chili flakes.
Tak perlu tumbuk cili atau bawang. Hanya perlu potong dan tumis saja. Tak perlu pedih tanya dan tak banyak cuci barang lepas masak. Tapi hasilnya sedap…
Cara buat nasi goreng chili flakes, cepat siap dan sedap
Bangun pagi hujung minggu ni, nak sediakan sarapan paling cepat tapi sedap? Masak nasi goreng resepi saya ni. Tak ada menumbuk, tak ada pedih, tak ada banyak nak kena cuci.
Bahan-bahan: (2 orang makan)
2 hidangan nasi sejuk
1 kiub ikan bilis / ayam
2-3 sudu besar empingan cili (chili flakes)
2 butir telur
1 biji bawang merah besar
Gula secukup rasa
Cara membuat:
Ads
1. Potong bawang, guna penyagat pun boleh. Kemudian tumis.
2. Bila bawang dah mula keemasan, masukkan empingan cili. Kalau tiada empingan cili, gunakan cili kering yang ditumbuk atau dikisar kasar pun boleh. Kalau ada lebihan dari Domino’s, boleh juga guna.
3. Tumis bawang dan empingan cili sampai warnanya meriah macam ni. Bau dia memang menggiurkan. Gunakan api sederhana, empingan cili mudah hangus kalau gunakan api besar.
Ads
4. Dah boleh masukkan nasi. Gaul hingga sebati.
5.Sekarang perasakan dengan kiub ikan bilis atau ayam. Kadang kala saya gantikan dengan kicap cair. Kemudian kena letak gula sikit. Saya letak 1 sudu kecil. Ia mengharmonikan pedas dan masin.
Ads
6. Akhir sekali saya letak telur. Ada orang suka letak awal.Terpulang pada cara masing-masing.Pastikan telur betul-betul masak.
Siap! Nasi goreng cili kering versi mudah. Kalau nak letak bawang putih, ayam atau apa sahaja, silakan.
Nasi Goreng Cili Kering ni pedas, masin, dan sedikit manis. Manis dari bawang terkaramel dan secubit gula yang kita yang masukkan tadi. Umami dari perasa ikan bilis menjadikan ia gurih.
Tiba musim raja buah, menu pulut durian ini memang kena buat. Walaupun nampak ringkas tapi ada juga yang tak tahu cara membuatnya.
Bagi yang mahu cuba menyediakan hidangan ini boleh gunakan cara yang dikongsi oleh Nur Masri untuk memasak pulut dan santannya sekali.
Cara buat pulut durian
Bahan- bahan
4 cawan pulut susu
Daun pandan & daun pisang
2 mangkuk kecil santan
Garam
Durian
Cara membuat
Rendam pulut susu selama satu jam, tapis atau sejat pulut yg direndam tadi.
2. Lapik periuk pengukus dengan daun pisang, masukkan pulut bersama daun pandan untuk wangikan pulut. Kukus selama 15 minit.
3. Sementara pulut dikukus, sediakan santannya. Bancuh santan bersama garam sedikit, selepas 15 minit keluarkan pulut yang dikukus tadi dan gaul sebati dengan bancuhan santan. Kemudian kukus semula sehingga pulut masak , 25-30 minit.
4. Untuk santan dimakan dengan pulut, masukkan santan dalam periuk dan gaul dengan sedikit garam. Masak sekejap menggunakan api perlahan kemudian tutup api.
5. Sediakan letak durian dalam pinggan, bersama dengan pulut dan tuang kuah santan. Sedia dinikmati. Boleh juga hidangkan dengan gula kabung/ gula nira/ gula melaka.
INFO: Boleh juga masak pulut dalam rice cooker. Lebih senang tapi hasilnya tak sama dengan cara mengukus. Pulut yang dikukus lebih cantik.
Selain mi atau bihun sup, hidangan bakso juga biasa kita nikmati. Lagi sedap kalau dapat sambalnya yang pedas dan banyak bebola dagingnya. Memang kenyang.
Kalau anda antara penggemar bakso, eloknya juga belajar buat sendiri bakso ikut resipi ini original daripada seberang ini, perkongsian Fara Amirullah.
Bahan sup bakso
Bawang besar – 2 biji
Garlic in olive oil – 2 sudu makan
Halia 2 inci
Lada hitam 1 sudu makan
Cara membuat:
Kisar halus semua bahan.
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi. Masukkan 2,3 helai bay leaf.
Dah naik bau masukkan air (ikut cita rasa). Saya masukkan 3 jag pengisar. Letakkan juga garam sedikit. Sup bakso ni tak perlu masak sedap-sedap sebab nanti kita akan seimbangkan rasanya dengan kicap, sos and sambal bakso.
Bahan untuk bebola daging bakso
Daging kisar – 250gm
Tepung ubi – 3 sudu makan
Garlic in olive oil – 1 sudu makan
Lada putih – 1/2 sudu makan
Putih telur – 1 biji
Garam secukup rasa
Cara membuat:
Kisar ke semua bahan sampai halus, tuang adunan ke dalam mangkuk and uli. Bentukkan.
Nak senang pakai senduk spagetti. Tekan adunan daging yang dah diuli pada lubang tengah kemudian sudu kan bebola yang terbentuk itu terus ke dalam sup. Senang mudah ringkas!
Masak sampai daging empuk. Rupa daging memang tak cantik, itu menandakan daging betul-betul lembut tak banyak tepung. Bebola bakso jangan banyakkan tepung, tak sedap!
Kalau malas nak uli, boleh beli bebola bakso yang dah siap. Tuang terus dalam sup.
Bahan bambal bakso
Cili api – 20 batang
Cili padi – 10 batang
Cili kering – 5 batang
Bawang putih – 2 ulas
Apple cider – 1/2 sudu makan
Garam secukup rasa
Cara membuat:
Kisar halus semua bahan.
Awasnya cili ini pedas gila! Kalau tak tahan pedas kurangkan kuantiti cili.
Sambal bakso
Daun sup & daun bawang
Bawang goreng
Bihun
Celur bihun dgn air panas sekejap and toskan. Kalau nak pakai mee pun boleh.
Bahan sos
Sos cili
Kicap (patutnya pakai kicap pekat)
Cara penyediaan bakso
Satukan bahan di dalam mangkuk, sesuaikan rasa sos cili, kicap and sambal. 3 bahan ni yang penting dalam bakso.
Kalau lihat iklan ubat gigi kebanyakannya akan meletakkan ubat gigi sepanjang bulu berus. Dek kerana terikut dengan apa yang dilihat maka kebanyakan kita pun melakukan perkara yang sama.
Hakikatnya penggunaan ubat gigi tidak perlu terlalu banyak. Malah terlalu banyak menggunakan ubat gigi juga akan memberi kesan negatif pada gigi terutamanya pada kanak-kanak.
Penggunaan ubat gigi untuk kanak-kanak di bawah 3 tahun hanya perlu secalit saja atau pada kuantiti sebutir beras.
Mana kala untuk kanak-kanak 3 tahun ke atas kuantiti ubat gigi yang digunakan hanya sebesar kacang pea.
Menurut Public Health Malaysia, survey yang dilakukan oleh CDC menunjukkan 80% kanak kanak menggunakan ubat gigi terlalu banyak.
Ubat gigi berflorida boleh mencegah karies gigi tetapi pengambilan berlebihan akan menyebabkan masalah flourosis.
Ini akan mengakibatkan permukaan gigi menjadi tidak rata dan warna gigi berubah. Gigi sebegini lebih sukar dijaga dan mudah rosak.
Pesan pada anak, jangan picit ubat gigi sepenuh berus gigi seperti dalam iklan! Itu memang nak cepat lariskan ubat gigi.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...