Kadar jenayah di kediaman yang banyak berlaku menyebabkan ramai yang memasang CCTV di rumah untuk tujuan pengawasan.
Selain itu adanya CCTV ini juga mudah untuk kita memantau anak, pembantu rumah dan sebagainya bila kita tiada. Dari jauh pun boleh tahu apa yang berlaku dan sekiranya terjadi perkara tak diingini tindakan pantas boleh diambil.
Jika memag yang berhajat nak pasang CCTV, tapi masih berkira-kira perkongsian daripada Ben Safwan ini mungkin boleh membantu.
Beliau membuat reviu ini selepas satu bulan menggunakannya.
CCTV Simcard n Wifi Review Padat Santai Selepas Hampir 1 Bulan Guna
Situasi : Rumah lama 5-7 km dari lokasi terkini. Tiada unifi/tak duduk disini. Mahu setup jadi Mancave /Bengkel DIY Premium.
Perlu 2 CCTV di dalam rumah dan luar rumah sebagai sekuriti awal yang boleh beri amaran jika ada pencerobohan.
Beli 2 CCTV
1. 2mp 1080p 5x zoom boleh masukkan simcard terus letak di garaj. Klik SINI untuk beli
2. 5mp cctv 1080 connect wifi letak dalam rumah. Klik SINI untuk beli
Ads
Kedua-dua CCTV ni ada fungsi :
– Boleh dengar suara sekeliling
– Boleh bercakap melalui app ke cctv. Senang nak sergah. Kuat . Atau nak bercakap dengan abang posmen.
– Boleh adjust pusingan/sudut CCTV dari apps sahaja.
– Kalau malam ,ada movement je lampu akan auto pasang. Terang dan boleh set berapa lama dia akan nyala.
– Boleh track movement. Orang gerak ke kiri,camera gerak ke kiri
Dua-dua ni boleh guna apps sama iaitu iCSee. Dan bukan saya sorang boleh dapat notification. Jika isteri saya login app guna pasword sama, dia pun boleh dapat notification atau saya sendiri boleh shared qr code pada dia.
Ini contoh notifikasi yang dihantar jika nampak pergerakan.
Selain dari notification movement, tiada masalah kalau nak tengok real time playback. Boleh tengok melalui hp. Dia lambat 1-2 saat je dari real.
Dekat sinilah guna data internet tadi. Dah cukup 3mbps unlimited prepaid plan internet.
Boleh screenshot or edit ambil video jika perlu.
Ads
Kos sekali keluar
1 cctv RM 270
1 cctv RM 190
Kos Bulanan
2 simcard RM 70
1 cctv guna simcard terus masuk dalam tu. Simcard maxis prepaid. Topup 35 sebulan.
1 cctv guna wifi dari simcard celcom prepaid. Topup 35 sebulan. Guna modem sedia ada.
Kenapa pakai wifi yang ni ? Mana tahu saya nak tambah lagi CCTV dalam rumah di bahagian dapur.
Kenapa saya pakai 2 simcard ? Kan jimat pakai 1
Kalau satu down,satu lagi telco ada backup. Dan nilai tools sy ,dari segi harga dan emosi. Hanya saya yang tahu. Sedikit kos tambah tiada masalah untuk saya.
Maybe masa depan saya tambah cctv yang pakai bateri pula.
1 tahun langganan cloud servis RM 80 x 2 ( 2 cctv ) = 160 setahun
Bahagi 12 = 13 inggit
Total kos bulanan = RM 88 ringgit. Untuk tools berjumlah puluhan ribu,saya tiada masalah untuk keluarkan kos bulanan.
Ads
Apa yang best ?
Bila ada saja movement detection,terus dia akan hantar notification. Terutama di garaj. Tak kira orang lalu depan agar pun dia hantar.
Kalau orang ulang alik, maka notification berulang kali dia hantar.
Untuk dalam rumah pun sama. Kalau ada je movement, maka saya dpt tengok dan call jiran untuk stanby sebelum ke rumah ini.
Gambaran dalam apps iCsee. Boleh nampak kan.
Plug dan play. Ada je plug, terus masukkan dan cas.
Susah tak nak buat apps pairing semua ?
Senang takde masalah.
Pakai simcard telefon biasa saiz paling kecil.
Apa fungsi cloud ?
Untuk dia simpan movement notification dan untuk kita simpan screenshot selain ke hp
Kalau anda duduk di rumah yang pasang cctv ni. Tak perlu guna cloud service.
Saya guna untuk dapatkan notification secepat mungkin sebelum ambil tindakan.
So kalau anda nak beli,guna untuk apa CCTV jenis macam ni ?
Kalau setakat nak guna sebiji dua mcm saya,
Nak pantau anak,
Nak pantau maid,
Nak pantau posmen hantar barang,
Beli lah.
Setiap ciptaan Tuhan dalam dunia ini dah tentu ada fungsi dan kebaikannya. Hatta daun kering pun ada manfaatnya.
Mungkin ramai tak tahu, daun kering yang berguguran di bawah pokok juga boleh dimanfaatkan kembali untuk kesuburan dan membantu pokok mengeluarkan hasilnya. Caranya boleh rujuk perkongsian dari Puan Aisyah Othaman. Walaupun sudah lama dikongsi tapi tetap boleh kita gunakan untuk tanaman terutamanya pokok buah.
Daun kering pun ada gunanya
Pokok limau, sepanjang setahun lebih hanya sesekali saja letak baja masa awal-awal ditanam. Selepas itu tak letak apa-apa. Dalam bulan Februari baru-baru ni, baru teringat satu petua daripada mak, yang dilakukan pada pokok bunga kantan dia.
Saya cuba buat perkara pada pokok limau, selepas 2 minggu dengan izin-Nya, pokok limau ini mula berputik dengan banyaknya.”
22 Februari- Selepas 2 minggu cubaan petua, mula keluar banyak putik-putik putih.
15 Mac -Selepas bunga gugur dan pokok limau mula berbuah.
Caranya
Hanya letak daun-daun kering atau daun rumput kering pada pangkal pokok.
Selain pokok limau boleh juga buat pada pokok buah lain.
Kita suka makan pedas tapi ada pulak dalam rumah yang kurang pedas. Supaya tak kena masak banyak lauk, caranya sediakan siap-siap sambal padang ini.
Senang kerja bila dah ada sambal segera ini, buat satu atau dua lauk ceduk sambal ini untuk puaskan cita rasa pedas kita dan makan lauk yang ada. Setel masalah.
Cara nak membuatnya juga mudah saja dan dikongsi oleh Khabbab Jamaludin.
Buat sambal padang, teknik supaya tak perlu masak banyak lauk
Kalau di rumah ada yang kurang pedas, terutama anak-anak sambal ini kena buat supaya tak perlu banyak lauk. Caranya;
1.Kisar semua bahan bahan dalam gambar, kuantiti terpulang.
Bawang besar sikit
Bawang putih sikit
Cili Merah
Cili Hijau (lebih murah)
Cili Api
2. Masukkan semua dalam blender, tambah air sikit. Kisar kasar jangan hancur.
3. Panaskan minyak (betul-betul panas) dan tumis bahan kisar. Minyak lebih kurang separuh dari jumlah bahan kisar tadi.
4. Bila warna cili dah bertukar sikit, perlahankan api. Tutup guna tudung periuk atau yang sesuai. Kacau sekejap-sekejap.
5. Bila hampir kesemua permukaan dah tertutup sikit sikit dengan minyak
masukkan asam keping, gula, garam dan daun limau purut. Boleh juga masukkan serbuk perasa. Kacau dan tutup sekejap.
6. Selepas 5 minit boleh tutup api.
7. Sambal ini memang nampak berminyak tapi itulah yang buat sambal tahan lama. Selepas sambal sejuk masukkan dalam bekas kaca dan letak dalam peti sejuk (bukan beku).
8. Bila nak makan, senduk masuk dalam mangkuk dan panaskan dalam microwave 1 minit. Dah boleh makan.
Guna sambal untuk ayam kunyit.
Guna untuk terung sambal pun boleh.Selamat mencuba.
Kalau periksa beg mekap ataupun meja solek kita mesti akan ada beberapa barang kosmetik yang sebenarnya dah pun tamat tempoh atau expired.
Kadang-kadang kuantitinya ada banyak lagi tapi disebabkan terlupa, ia tak digunakan sampailah ia tamat tempoh.
Disebabkan sayang nak buang kita pun simpan sajalah. Sebenarnya daripada simpan macam tu saja ada baiknya kita recyle produk kosmetik tamat tempoh ini untuk kegunaan lain pula.
Maskara
Maskara antara produk kecantikan yang tempoh kegunaannya agak singkat. Ia hanya bertahan antara hingga tiga hingga enam bulan selepas dibuka.
Kalau dah lebih waktu itu janganlah diguna untuk elak berlakunya jangkitan. Jadi apa nak buat dengan maskara ni? Botolnya boleh dibuang tapi simpan berusnya. Basuh dan gunakan ia untuk merapikan alis dan juga bulu mata.
Kompak
Pembayang mata, bedak, pemerah pipi atau item kosmetik dalam bentuk kompak yang mempunyai pelbagai warna memang tak selamat digunakan lagi pada wajah bila sudah tamat tempoh.
Tapi ia boleh dijadikan pewarna yang cantik untuk anak-anak terutama untuk hasil seni atau kraf mereka.
Losyen badan atau krim wajah
Walaupun masih ada banyak lagi krim atau losyen dalam botol tapi jangan sesekali gunakan jka sudah melepasi tarikh luputnya. Bahaya untuk kulit.
Tapi ia masih boleh digunakan pada kasut, but, jaket atau beg kulit. Sapukan barang-barang kulit untuk membersihkan dan mengilatkannya.
Toner wajah
Kebanyakan toner untuk wajah mengandungi alkohol dan bahan ini cukup berguna untuk agen pembersihan. Lap pada cermin, tingkap atau pun skrin telefon dan tablet.
Gincu
Jika ada lipstik yang dah lama dalam beg mekap tapi tak digunakan, mungkin boleh pertimbangkan untuk digunakan sebagai lip balm.
Caranya, panaskan lipstik untuk menghilangkan bakteria kemudian campurkan dengan jeli petroleum. Masukkan ke dalam bekas yang sesuai dan tunggu sehingga ia kerasa sebelum digunakan.
Kulit bawang putih yang siap dikupas, biasanya kita buang saja tapi buat pengusaha makanan berpantang ini bahan tersebut adalah 'harta' yang sangat bernilai. Sebab...