Kalau Nak Semai Biji Benih Sayur Saiz Halus, Ikut Langkah Ini Sebelum Tabur

Share

Biasanya biji benih yang kecil seperti sawi dan bayam kita tabur terus saja ke tapak semaian.

Tapi bila bercambah barulah nampak, anak benih semuanya rapat rapat. Boleh saja biarkan cuma nanti pokok sayur tak cukup zat, kurus-kurus saiznya.

Supaya hasil sayur tak jadi begini ada tip yang boleh dipraktikkan untuk semai biji benih yang halus saiznya. Tip dikongsi oleh Wan Rosnazira.

Tip semai biji benih sayur bersaiz halus

Hari ini nak kongsi tip mudah nak tanam biji benih yang bersaiz terlalu kecil seperti biji sawi dan bayam.

1) Campur biji benih dengan pasir sebelum ditabur ke tanah.

Tujuannya untuk memudahkan kita memegang benih. Struktur pasir yang kasar memudahkan untuk kita pegang dengan hujung jari.
Satu lagi untuk mengelakkan kita tabur terlalu banyak benih pada satu-satu masa.

Nanti pokok akan tumbuh terlalu rapat dan padat. Seterusnya merencatkan pertumbuhan pokok. Pokok akan jadi kecil dan slim jer nanti.

2) Buat garisan lubang pada batas tanaman

Bila ada garisan lubang mudah untuk kita tabur benih. Senang boleh nampak kuantiti benih yang ditabur. Kalau nampak terlebih mudah untuk ambil dan pindahkan ke tempat lain berbanding dengan cara tabur secara rawak. Jenuhlah nak tilikkan.

Satu lagi rasionalnya buat garisan, nanti pokok tumbuh cantik dan tersusun. Sedaplah mata memandangkan. Nak cabut masa tuai hasil pun senang.

Selamat mencuba.

Sumber: Wan Rosnazira.

IKLAN