Kalau Nak Tanam Pegaga Pilih Daun Bentuk Ini, Lagi Berkhasiat Buat Ulam

Share

Ulam pegaga memang banyak khasiatnya, dari awet muda sampailah untuk kecerdasan otak. Sebab itulah berbaloi sangat tanam sayur ini. Bila rasa nak makan petik saja.

Nak tanam dalam pasu, polisterin atau terus atas tanah pun boleh. Boleh juga tanam dalam pasu gantung untuk mudah petik.

Foto: Facebook Berkebun D Rumah

Bagi yang nak cuba tanam boleh ikut perkongsian Suhaili Baharuddin.

1. Cari bekas atau pasu kosong.
Masukkan separuh tanah kompos dan separuh lagi pasir (ini yang bantu buat pegaga subur dan gemuk).

2. Gaulkan semua sekali
Kenapa pasir? Kerana pegaga lebih mudah hidup bersama campuran pasir dan senang masa kita nak tarik dari akar bila dah merimbun nanti.

3. Benih, beli pegaga di pasar saja RM2 seplastik.
Kata rakan saya pegaga yang berkhasiat ialah pegaga yang berbentuk otak. Ada belahan di tengah daunnya.

5. Dengan lafaz bismillah, cucuklah pegaga tadi dalam tanah.

Siram setiap hari dan letak di bawah tempat teduh. Pegaga tak perlukan cahaya matahari direct. Sipi-sipi pun tak apa.

6. Selepas 2 minggu, bukan main subur dan gemuk lagi.  Anak daun dah mula tumbuh di sana sini. Dan daun yang besar dah mula nak terjuntai.

Selamat mencuba!

Sumber: Suhaili Baharudin

IKLAN