Kalau Pelihara Kucing, Guna Tip Daun Pandan Ini Untuk Elak Bau Najis ‘Si Bulus’

Share

Ramai yang memelihara kucing di rumah. Memang syok membelai dan lihat keletah haiwan manja ini.

Tapi ada juga part yang tak best, antaranya bau najis kucing. Kalau pelihara seekor dua mungkin ok lagi tapi kalau banyak dan tak dijaga betul rumah akan berbau busuk.

Memang tak selesa, apatah lagi jika ada pula tetamu yang datang. Bagi pencinta kucing dan memelihara banyak haiwan ini mungkin boleh praktikkan cara yang dikongsi oleh Iskandar Muadz

ini.

Memelihara 10 ekor kucing namun setelah tiga hari mempraktikkan tip menggunakan daun pandan ini bau najis kucing tidak terhidu pun.

Pelihara 10 ekor kucing tapi tiada bau busuk!

Caranya;

1. Sediakan pasir kucing dalam bekasnya.

2. Ambil 4 helai daun pandan kemudian potong beberapa bahagian (ikut suka).

3. Letak daun pandan yang dipotong dalam bekas pasir kucing tadi (letak 4 helai daun pandan dalam 1 bekas).

Daun pandan ini menurutnya boleh tahan dalam 3 hari. Lagi kering lagi kuat bau pandan.

Memandangkan bilangan kucing agak banyak jadi beliau menggunakan cara ini dan hasilnya memang tiada lagi bau najis kucing, diganti bau daun pandan.

Selamat mencuba!

Sumber  : Iskandar Muadz Foto Reddit

IKLAN