Kalau Selalu Online Di Facebook, Tutup Setting Ini Untuk Kurangkan Risiko Kena Hack

Share

Kes akaun bank kena hack kebelakangan ini memang banyak kita baca. Gerun juga dibuatnya, tempat yang kita anggap selamat simpan duit rupanya tak juga.

Antara langkah untuk cegah akaun kena hack yang selalu dipesan adalah jangan klik sembarangan link. Selain itu langkah yang dikongsi oleh Muhammad Shah

juga boleh jadi salah satu usaha kita. Caranya dengan kita ‘offkan’ aktiviti di luar Facebook kita daripada dikesan.

Off Facebook activity, langkah kurangkan risiko kena hack

Langkahnya boleh ikut perkongsian daripada beliau.

Banyak dah ni orang hack account bank kita. Facebook pun boleh tengok apa aktiviti kita di luar Facebook seperti Maybank, CIMB atau apa-apa apps yang kita guna. So better ‘offkan’ sebelum apa-apa terjadi. Di sini disertakan sekali cara-caranya. Palataou atau tak,terserah. Duit korang bukan duit aku…

1. Buka app Facebook dan klik bahagian tepi 3 garisan.

2. Tekan Setting.

3. Tekan off Facebook activity

4. Di sini boleh tengok semua aktiviti kita dari luar Facebook.

5. Kemudian off atau disconnect future activity ini.

6. Klik butang ini untuk ‘offkan’

7. Tekan turn off. Proses ini turn off terus aktiviti ini ambil 48 jam.

Semoga bermanfaat

Sumber: Muhammad Shah

 

IKLAN