Nak mudah masak kita biasa beli santan segar tapi ada masa dah beli berkilo-kilo waktu nak guna baru perasan dah masam.
Kejadian santan masam ni ramai yang terkena tapi jangan terus buang santan ini, rugi. Kita boleh guna untuk buat minyak kelapa.
Boleh guna untuk rambut dan kulit kering, atau jadi minyak untuk urutan. Minyak kelapa semula jadi lagi elok. Cara membuatnya dikongsi oleh Yatie Rahim.
Guna santan masam buat minyak kelapa
Siap dah santan masam kami. Terima kasih semua bagi idea. Dah nak buang dah santan. Elok ja kejadian minyak bersih tak de bau. Boleh letak kat rambut, siapa kena macam saya boleh la buat cara ni.
1.Panaskan santan masam guna api perlahan.
2. Biarkan santan sampai pecah minyak. Yang ini memang lama dan kena kacau selalu.
4. Masak sampai jadi tahi minyak dan bertukar warna kekuningan atau keperangan. Tutup api.
5. Sejukkan dan tapis untuk ambil minyak saja.
TIP: Sebelum masak, boleh juga letak santan masam dalam peti sejuk dulu. Bila kepala santan timbul, kaup dan guna ini saja untuk dipanaskan. Tak perlu guna airnya. Cara ini lebih cepat.
Tahi minyak tadi boleh guna untuk buat kole kacang, atau masuk dalam sambal.
Terung goreng berlada ni tengok je pun kita dah tahu sedap. Memang ramai peminat lauk ini, dapat pulak yang pedas kan.
Hidangan ini memang mudah saja membuatnya tapi ada juga yang belum mahir. Bagi yang suka lauk ini dan nak masak sendiri boleh ikut panduan yang dikongsi oleh Arieza Rieza.
Bahan-bahan
Terung – dipotong dan dibelah
Cili padi
cili besar
Bawang merah
Bawang putih
IKan bilis halus
(Kuantiti bahan ikut cita rasa)
Cara membuat:
1. Tumbuk atau kisar kasar bahan-bahan di atas kecuali ikan bilis.
2. Terung yang dibelah tadi digoreng terlebih dahulu. Tip untuk pastikan warna kulit terung kekal pastikan bahagian kulit di atas dan bahagian isi saja yang kena minyak. Goreng seketika saja. Angkat dan ketepikan.
3. Guna lebih minyak tadi untuk goreng ikan bilis hingga garing.
4. Kemudian masukkan bahan tumbuk, tumis seketika dan masukkan garam, gula dan serbuk perasa.
5. Kacau seketika. Bila bahan tumismasak masukkan terung tadi. Gaul hingga rata kemudian bolehlah diangkat dan hidangkan.
Bagi kereta yang terkena air banjir, tumpahan minuman, makanan terutama jika terbiar lama pada kusyen dan karpet memang menyebabkan bau hapak. Letak pewangi pun memang takkan hilang.
Boleh pening kepala kalau memandu dalam kereta yang berbau begini. Nak tak nak memang kena nyahkan bau ini dulu. Memang boleh cuci di tempat cucian kereta tapi jika nak jimat boleh guna cara tiga cara ini yang memang biasa digunakan dan berkesan.
Guna arang
Sebenarnya arang merupakan agen penghilang bau yang berkesan. Terdapat dua cara menggunakan arang untuk menghilangkan bau hapak dalam kereta.
Cara pertama ialah letakkan arang dalam bekas plastik dan biarkan terbuka sahaja di lantai kereta. Cara kedua, bungkuskan arang dengan tisu atau beg kain dan letakkan di kawasan yang berhampiran dengan bau hapak itu.
Letak serbuk kopi
Selain arang, serbuk kopi juga merupakan agen penghilang bau yang berkesan. Caranya mudah sahaja, letakkan serbuk kopi di dalam bekas dan letakkan bekas tersebut di atas lantai kereta. Biarkan semalaman dan bau hapak akan hilang malah kereta akan semerbak bau kopi.
Baking soda
Kalau tiada arang dan kopi, boleh juga gunakan baking soda untuk nyahkan bau hapak. Caranya letak saja serbuk baking soda dalam bekas, biarkan terbuka dan letak dalam kereta semalaman.
Boleh juga tabur terus baking soda ini atas kusyen yang berbau hapak selama beberapa jam dan kemudian vakum. Teknik ini juga digunakan untuk hilangkan bau hancing pada tilam.
Daun pandan dan limau purut pun berguna
Selain daripada 3 cara di atas, boleh juga letakkan daun pandan atau daun limau purut untuk kurangkan bau hapak ini. Letak saja beberapa helai daun ini dalam kereta selama beberapa jam.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...