Kalau Tahu 4 Setting Side Mirror Ini, Memang Lagi Senang Nak Parking Kereta

Share

Cermin sisi kereta atau side mirror selalunya kita gunakan untuk melihat kedudukan atau objek di bahagian belakang atau sisi kereta.

Tapi sebenarnya fungsi cermin sisi ini lebih dari itu, dikongsi oleh @thisisbeng_ pempengaruh yang selalu berkongsi tip kereta, banyak lagi fungsinya yang kita belum tahu.

Menerusi perkongsiannya, dia menerangkan tip setting cermin sisi dan cara  menggunakannya dengan lebih baik sama ketika memarkir kereta atau memotong di jalan raya. Inilah yang ramai belum tahu!

Menurut beliau selain untuk melihat kenderaan atau objek di belakang pada bahagian sisi, cermin sisi juga boleh jadi seperti satu ‘pembaris’ atau penentu ukur ketika menukar lorong dan juga memarkir kereta? Jika tahu tip ini memang senang nak parking.

1. Cara adjust cermin sisi kurangkan risiko blind spot

Pada bahagian pemandu adjust sehingga nampak handle atau pemegang pintu hadapan pada sudut penjuru kiri di bawah. Manakala pada bahagian penumpang hadapan pula adjust sehingga nampak pemegang pintu hadapan di penjuru bawah bahagian kanan.

Meletakkan cermin sisi pada kedudukan ini mampu mengurangkan risiko blind spot atau titik buta ketika anda memandu.

2.  Cara guna cermin sisi untuk lihat jarak selamat tukar lorong

Pandangan pada cermin sisi pastikan anda pisahkan dalam kedudukan separuh-separuh (lihat garisan merah). Jika kereta di belakang masih berada di kedudukkan kiri bermakna selamat untuk menukar lorong. Ini kerana jaraknya dengan kereta anda masih jauh.

Tapi jika ia nampak di bahagian kanan bermakna kereta di belakang sudah terlalu rapat dengan kereta anda dan jangan menukar lorong!

3. Jarak untuk side parking

Tidak dinafikan masih ramai yang bergelut untuk meletakkan kereta dalam situasi side parking. Ini kerana mungkin sukar untuk menjangka jarak tayar dengan jarak divider atau penghadang.

Tapi boleh guna tip side mirror ini untuk lebih mudah parking cara ini. Pastikan pintu nampak dalam cermin sisi. Selarikan dengan bahagian atas side mirror dengan  penghadang jalan atau divider. Itulah jarak sesuai untuk parking dengan selamat.

4. Cara menjangka jarak hadapan

Ketika ingin memarkir kereta kadang-kadang susah untuk menjangka jarak di antara kereta dan divider depan kereta. Jika terlajak boleh ‘sagat’ pula bumper hadapan.

Caranya mudah sahaja sebenarnya. Ketika menggerakkan kereta ke hadapan perhatikan cermin sisi. Pastikan bahagian bawah side mirror selari dengan curb, divider atau penghadang.

Ia bermaksud jarak kereta dan divider pada kondisi yang terbaik dan selamat seperti gambar di atas.

Semoga perkongsian ini mampu memberikan manfaat untuk anda. Selamat mencuba!

Kredit: @thisisbeng_

IKLAN