Kalau Tanam Pegaga Ikut Tip Ini Supaya Daunnya Subur Lebar & Warna Hijau Cantik

Share

Ulam pegaga antara yang disukai ramai, selain sedap ia juga banyak khasiat untuk kesihatan termasuklah awet muda.

Disebabkan itu berbaloi sangat jika tanam pegaga ini di rumah. Boleh tanam dalam pasu atau dalam botol minyak macam yang dilakukan oleh Nalini Zee

. Ulam ini ditanam di tepi rumah saja tapi punyalah subur.

Kalau nak dapat hasil pegaga yang begini boleh ikut tip yang dikongsi beliau.

  1. Pokok pegaga ini ditanam dalam botol minyak masak saja, gunting bahagian atas supaya terbuka. Bahagian bawah ditebuk untuk pengaliran air.

2. Pokok pegaga ini ditanam daripada akar. Kalau beli pegaga di pasar, ada lebih boleh cucuk pada tanah. Tanah yang digunakan tak perlu banyak.

3. Tanah yang digunakan ini adalah tanah sawit. Paling elok hasil pegaga.

4. Tak perlu baja & racun. Boleh gunakan lebihan cecair daripada kulit telur yang dicampur air untuk siram. Boleh juga siram dengan air basuhan beras.

5. Pokok pegaga ini seeloknya letak di bawah pokok atau kawasan terlindung supaya daun hijau cantik.

6. Bila dan besar, boleh petik daunnya saja akar tinggalkan.

Ini hasilnya…

Sumber: Nalini Zee

IKLAN