Pokok betik antara pokok buah yang selalu ditanam di kediaman. Tanam tepi rumah pun menjadi kerana ia mudah hidup dan dijaga.
Bagi yang berminat untuk tanam di sekitar rumah namun belum tahu cara yang betul penanaman betik, boleh ikut tip yang dikongsi oleh Zaiton Hamid ini.
Cara semai biji benih dan tanam anak pokok betik
Pokok betik merupakan pokok yang boleh hidup lama jika dijaga dengan baik. Ilmu ini saya dapat dari seorang rakan.
Cara semaian biji betik
Rendam biji betik dalam air suam lebih kurang 3 jam atau jemur di tengah panas hingga kering.
Biji betik mengandungi gel pelindung maka kita perlu hilangkan gel itu dulu supaya mudah bercambah. Kalau tanam biji yang kering, dalam seminggu dua biji benih sudah bercambah jadi anak pokok. Berbanding yang tak dikeringkan yang akan ambil masa lebih lama.
Setelah kering, taburkan biji tersebut di tapak semaian.
Siram 2 kali sehari untuk proses penumbuhannya.
Tunggu sehingga anak pokok tumbuh.
Tip pilih biji benih betina supaya berbuah
Foto: Facebook Ardi Tani
Sewaktu pilih biji benih pastikan pilih biji benih betina supaya pokok berbuah. Caranya cari biji betik yang berwarna hitam.
Ataupun guna cara ini;
– Rendam biji betik yang baru diambil daripada buah ke dalam gelas yang berisi air dan kacau.
– Buang biji yang terapung kerana biji yang terapung itu adalah biji benih jantan.
– Ambil biji yang tenggelam dan keringkan bawah panas matahari.
Cara tanam anak pokok & tip supaya pokok berbuah rendah
Foto: Facebook Pertanian Satu Perniagaan
1. Pindahkan anak pokok ke tempat yang sesuai.
Ads
2. Pastikan menanam anak pokok betina untuk mendapatkan buah, jika tanam anak pokok jantan maka bunga sahaja yang akan keluar tapi buah tiada.
3. Untuk membezakan anak pokok betik jantan atau betina lihat pada akarnya.
– Akar memanjang ke bawah jantan (tak perlu tanam kerana tak berbuah)
– Akar berselerak betina (tanam dan tunggu hasilnya)
4. Pokok betik perlukan banyak air untuk proses tumbesarannya, maka siram 2 kali sehari namun pastikan jangan sampai air bertakung nanti pokok mati.
Ads
5. Tip jika mahu pokok betik berbuah rendah, tanam batang pokok semuanya dalam tanah sewaktu semai anak benih. Biar tinggal sikit saja bahagian batang kat bahagian atas.
Untuk mudahkan kerja memasak, ramai yang buat stok lauk yang disejuk beku atau frozen. Sebagai tambahan idea lauk, boleh buat lauk kegemaran ramai ini, cencaru sumbat atau cencaru belah belakang.
Ramai ingat tak boleh frozen kan! Idea ini dikongsi oleh Zadariah Zakaria. Bagi yang nak buat lauk ini boleh ikut perkongsian beliau.
Cencaru sumbat cili frozen
Siapa gemar cencaru sumbat cili? Cara saya, buat banyak-banyak kemudian frozen kan. Waktu nak simpan packing seekor-seekor berasingan.
Bila-bila nak makan baru keluarkan dan goreng. Ada juga kawan-kawan yang beli ikan cencaru sumbat frozen ni. Ini cara membuatnya;
Bahan-bahan dikisar:
Cili kering
Bawang besar
Bawang putih
Sedikit belacan
Gula,serbuk perasa, garam
Air asam jawa
Nota: Sukatan ikut cita rasa
Cara membuat
1. Ambil bawang besar, potong nipis kemudian gaul sekali dengan bahan dikisar.
2. Sumbat dalam ikan cencaru yang dah dibersihkan dan dibelah belakang. Letak dalam bekas/plastik berasingan seekor-seekor. Boleh simpan dalam peti sejuk beku. Atau boleh terus goreng.
TIP
Jika nampak bahan kisar agak berair, masak dulu cili selepas kisar. Kemudian baru masukkan hirisan bawang dan sumbat. Cara ini barulah sambal tak terkeluar bila digoreng.
Cara menggoreng, letak minyak agak-agak separuh tengelam ikan. Guna api perlahan. Goreng biar garing sebelah bahagian kemudian baru alih. Jangan balikkan ikan kerap ya.
Ikan belah belakang kalau nak sedap belah kedua bahagian dan sumbat sambal.
Selalunya kita baca atau lihat orang menyemai pokok sayuran atau hiasan melalui tanah, tetapi kali ini caranya berbeza.
Perkongsian daripada Gan Alma Daud yang menggunakan kaedah semaian lain daripada yang lain.
Menggunakan kaedah dari uncang teh untuk menyemai pokok limau dan hasilnya tumbuh subur.
Cara semaian yang sangat mudah dan teknik ini boleh dipraktikkan bagi mereka yang baru berjinak-jinak dalam hobi menanam pokok.
Semai Pokok Limau Guna Uncang Teh
Bahan diperlukan:
Biji limau
Uncang teh
Bekas yang disi tanah
Cara membuat:
1. Semai biji limau dalam bekas kecil yang diletak tepi sink .
2. Tutup dengan sedikit tanah (dalam sesudu).
3. Tunggu seminggu hingga dua minggu akan keluar tunas baru (dua tiga helai daun), dan alihkan pada uncang teh.
4. Tunggu lagi hingga daun limau keluar 5 helai barulah pindahkan ke bekas tanaman.
Guna uncang teh.
Info Tambahan:
– Cara ini untuk semai limau nipis atau kasturi. Tak perlu keringkan biji kerana limau kasturi senang tumbuh.
– Jika menyemai limau purut atau lemon juga senang. Caranya potong tangkai muda yang ada 5 helai daun, celup dalam penggalak akar dan semai dalam bekas tinggi.
Stok cili memang selalu kita beli banyak kerana digunakan hampir setiap hari dalam masakan.
Tapi kalau disimpan begitu saja memang cili cepat busuk, rugi sebab harga cili pun mahal.
Supaya tak berlaku pembaziran elok praktikkan cara ini supaya kekal elok segar, tiada yang busuk walau dah sebulan disimpan.
Cili tak busuk walau dah sebulan simpan dalam peti sejuk
Caranya;
Cabut semua tangkai cili yang hendak disimpan. Jangan basuh.
2. Ambil bekas, lapik dengan tisu kemudian letak bawang putih yang tidak dikupas di dalamnya. Inilah yang buat cili tahan lama.
Biasanya kita simpan tanpa letak bawang putih kan. Jadi boleh praktik cara ini pula. Gunakan bawang putih kecil yang selalu terbiar dalam bekas bawang.
Boleh guna untuk simpan daun bawang dan daun sup juga
Cara yang sama juga boleh digunakan untuk menyimpan daun sup dan daun bawang.
Pastikan daun tersebut kering ketika disimpan dan alas dengan tisu di atasnya sebelum tutup bekas. Insya-Allah lebih seminggu dalam peti sejuk pun daun masih segar bugar.