Bila tanam pokok sayur di rumah, salah satu masalah yang akan dihadapi adalah serangan ulat atau perosak. Sayur baru nak naik, daun dah kena makan dek ulat. Ada juga yang mati kena serangan perosak.
Selain daripada guna racun serangga atau bahan kimia ada lagi cara yang lebih semula jadi untuk tangani masalah ini. Caranya tanam beberapa jenis pokok ini di antara pokok sayur.
Serai
Kalau nak pastikan daun pokok kunyit yang ditanam elok tak dimakan ulat, tanam sekali serai. Bau serai ini tak disukai ulat perosak jadi daun kunyit pun akan elok. Begitu juga pokok sayur lain.
Kucai
Boleh juga tanam pokok kucai. Tambah pula pokok ini memang mudah ditanam. Bahan kimia yang terkandung pada kucai dapat menghalang kehadiran afid dan kumbang di tanaman atau pokok sayur.
Ulam raja
Ulam raja ini memang sedap dan menariknya ia merupakan musuh ketat kepada kupu-kupu. Bahaya kupu-kupu yang meninggalkan larva di bawah daun boleh melemahkan tanaman. Jadi tanam pokok ini bersebelahan atau dekat dengan pokok sayur.
Ketumbar jawa
Tumbuhan ini merupakan satu kemestian di dapur. Kebaikan padanya bukan sahaja menyedapkan makanan, ia juga dapat menghalau kumbang, afid dan hama yang disebut sebagai spider mite.
Cara tanam
Selang selikan tanaman ini antara pokok sayuran atau tanamkan pokok ini di setiap penjuru kebun. Angin akan membawa bau tanaman ini ke seluruh kebun dan menjadi penghalau semula jadi pada serangga perosak di kebun.
Mati itu pasti tapi bila waktunya menjadi rahsia Allah Taala. Tiada yang dapat menduga ajal maut. Disebabkan itu kita sebagai hambanya perlu bersedia.
Bukan saja dengan amal ibadah tapi juga ilmu untuk menguruskan jenazah. Ini kerana ia boleh berlaku bila-bila masa termasuk kalangan orang terdekat kita.
Jika kematian berlaku di siang hari mungkin mudah untuk kita mendapat bantuan tapi bagaimana pula jika ada ahli keluarga meninggal di tengah malam sewaktu orang lain tidur.
Oleh itu kita semua seharusnya tau apa yang harus dilakukan sebagai mana yang dikongsi oleh Ustaz Rashidi Al-Jawawi.
“Abang, macam mana nak buat ni?.. Jam dah pukul 11.30mlm… sah-sah la pak imam tido dah.. Tu mak baru meninggal tu nak buat macam mana?”…
Risau… Pening… Takut… semua ada.
“Cuba la awak mesej..kot-kot belum tido”
“Aduuh.. Tak nak laaa sy bang.. kacau orang tengah malam!”
Udahnya gaduh depan jenazah mak. Andai arwah masih hidup mesti dia sedih terdetik dalam hati dia….
“Sepatutnya anak-anak aku tahu nak buat apa tapi silap sendiri juga tak bimbing dan didikan cara nak urus jenazah aku nanti…”
1. Tutup matanya… kalau tak boleh urutkan pakai minyak keliling mata dan perlahan-lahan tutup matanya
2. Ikatkan rahang pakai tali, tangan, betis dan ibu jari kaki
3. Jenazah mesti diletak di tempat tinggi seperti katil atau pangkin. Ini memudahkan kita menguruskan jenazah dengan baik… jangan letak atas lantai
4. Buang semua pakaian yang dipakai. Kalau perlu gunting maka guntinglah.
5. Bersihkan anggota tubuh jenazah, khususnya yang mungkin terpalit najis seperti air kencing atau berak. Ini bagi mengelakkan ada bauan yang tidak menyenangkan ketika orang datang menziarah. Lap pakai wet tissue (anti bacteria)
6. Tutupi jenazah dengan kain tebal(comforter) dari hujung rambut hingga ke hujung kakinya bagi mengelak aib sebelum meletakkan kain lepas di atasnya.
7. Baringkan jenazah dengan kakinya mengadap ke arah kiblat. Jika semasa kita hidup, muka kita mengadap kiblat, bila meninggal sebaliknya.
8. Telefonlah segera waris dan ahli keluarga yang terdekat untuk memaklumkan yang kita baru saja kehilangan orang yang kita kasihi.
9. Call hospital dan mereka akan hantar pegawai kesihatan untuk sahkan kematian. Waris akan diberi dokumen pengesahan kematian. Ada 3 salinan.
10.Pergi buat satu laporan polis memaklumkan berlaku kematian di rumah kita. Jika kes tidak melibatkan sebarang unsur jenazah, pihak polis yang datang akan memberikan kita permit pengkebumian. Tapi kalau ada unsur-unsur jenayah, siasatan lebih teliti dan akan membabitkan pihak hospital untuk post mortem.
11. Bila sudah ada permit pengkebumian, rujuklah kepada pihak masjid atau surau. Maklumkan kepada mereka. Ini bagi memudahkan pihak Ajk masjid membuat urusan seperti menyuruh pihak penggali kubur menggali lubang, menyediakan tempat mandi dan lain-lain lagi untuk keesokkan harinya.
12. Jika waris sudah lama sakit dan terbaring di perbaringan, ambil sedikit gaharu atau setanggi dan nyalakan. Ini bagi mengelak bau yang mungkin kurang menyenangkan. Pembakaran ini sedikit sebanyak dapat menutup bau yang ada pada jenazah.
13. Terakhir sekali, ini yang paling penting ya. Memandangkan kematian berlaku di waktu tengah malam, jangan sesekali membiarkan jenazah sendirian. Memang mereka telah meninggal dunia tetapi roh masih ada di situ lagi.
Berikan tanggungjawab kepada adik beradik untuk jaga secara bergilir-gilir. Bacakan surah Yasin atau ayat suci al-Quran di sisi arwah kerana pahala ini akan terus sampai kepada mereka. Sementara yang lain mungkin boleh tidur sekejap sementara menunggu hari siang untuk urusan mandi sebelum dikebumikan.
Ramai yang selalu mengadu ruang tv di rumah selalu nampak serabut dengan wayar. Sebab itu ada yang sanggup berhabis untuk buat kabinet khas untuk bahagian ini.
Tapi selain buat kabinet ada lagi cara lebih jimat tapi hasilnya ruang tv yang berselirat dengan wayar itu akan nampak kemas.
Boleh guna idea yang dikongsi oleh Atiqa Razak yang hanya menggunakan frame wainscotting dan juga wallpaper untuk memastikan ruang ini teratur.
Wabak Covid 19 di Maoaysia sedang merebak dengan pantas ketika ini dan tak mustahil kita yang juga dijangkiti.
Mereka yang positif Covid 19 akan dikuarantin dalam tempoh yang lama untuk mengelakkan ia menjangkiti orang lain. Jika tidak bekerja mungkin tidak banyak masalah tapi bagaimana pula jika bekerja. Adakah gaji akan dipotong, bagaimana jika majikan enggan membayar gaji selama kuarantin atau mendapatkan rawatan, apa hak pekerja yang dijangkiti penyakit ini?
Kementerian Sumber Manusia berkongsi apa hak bagi seseorang pekerja yang dijangkiti Covid19
Antara yang perlu diketahui adalah pekerja yang diberi perintah kuarantin tidak boleh dipaksa menggunakan cuti tahunan mereka.
Mereka juga perlu diberi cuti sakit bergaji sepanjang tempoh rawatan.
Sekiranya pihak majikan gagal mematuhi garis panduan ini, laporkan kepada Jabatan Tenaga Kerja di talian 03-88865192.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...